Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar
Ibrahim?
Aku heran betullah tengok perangai Nurul Izzah ni. Dia
kata dia mahukan pilihanraya yang bersih, bebas dari serangan peribadi. Tapi
lepas tu dia sendiri yang buat serangan peribadi kat orang lain. Macam mana tu?
Contoh terbaik ialah serangan Nurul Izzah terhadap Dato’
Raja Nong Chik. Beberapa hari lepas Dato’ Raja Nong Chik ditemuramah
switchup.tv dan beliau mengambil kesempatan tersebut untuk menangkis
fitnah-fitnah yang dihambur oleh Nurul Izzah.
Antara isu yang dijawab:
Dato’ Raja Nong Chik menggunakan syarikat luar pesisir
untuk membuat pelaburan haram.
Jawapan:
Syarikat dibuka oleh bapa Dato Raja Nong Chik pada 2007
dan ditutup pada 2008 TANPA sebarang pelaburan. Kalau TIADA pelaburan, macam
mana Nurul boleh tuduh ada pelaburan haram?
Dato’ Raja Nong Chik beli rumah RM15 juta di TTDI. Nurul
Izzah membayangkan kononnya Dato Raja Nong Chik jadi kaya lepas jadi Menteri
sehingga boleh beli rumah mewah.
Jawapan:
Rumah tersebut dibeli 10 TAHUN LEPAS sebelum Dato’ Raja Nong
Chik menjadi Menteri dan harganya pula jauh lebih rendah dari amaun yang
digembar-gemburkan. Pada masa itu dia adalah ahli perniagaan yang berjaya.
Pernah dengar jenama Acson? Haaaaa…. Itu adalah jenama
yang diasaskan oleh Dato Raja Nong Chik. Hebatkan? Aku dulu ingat Acson tu
jenama antarabangsa, rupa-rupanya jenama Malaysia yang dah menyerlah di luar negara!
Ketokohan Dato’ Raja Nong Chik dalam bidang diiktiraf
rakan-rakan usahawan sehingga beliau dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Pengilang
& Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia serta Pengerusi Persatuan
Kontraktor Jentera Bumiputra Malaysia.
Jadi sebenarnya dia dah kaya laaaaaamaaaaa sebelum jadi
Menteri. Suka hatilah kalau dia nak beli rumah pakai duit dia sendiri.
Nurul Izzah patutnya tanya Papa Hebat, “Macam mana Papa
beli mahligai mewah di Segambut? Papa masa tu baru keluar penjara kerana meliwat,
Mama tak kerja, Nurul masih sekolah lagi. Papa tak pernah jadi bisnesman, mana
dapat duit juta-juta beli mahligai mewah tu? Haaaaaaaa…. Papa menang loteri
masa dalam jel yaaa?”
Dato Raja Nong Chik meluangkan terlalu banyak masa di
Lembah Pantai.
Jawapan:
Dato Raja Nong Chik ialah anak jati Lembah Pantai. Dia
dibesarkan di Lembah Pantai, dia berkahwin di Lembah Pantai, anak-anaknya
dilahirkan di Lembah Pantai, anak dia kahwin pun di Lembah Pantai. Dia pun dah
lama berkecimpung dalam bidang politik di Lembah Pantai sebagai Ketua Bahagian
UMNO Lembah Pantai. Jadi, salah ke kalau dia luangkan banyak masa di Lembah
Pantai?
Ini sebenarnya komplen dari Nurul yang paling aku tak
faham. Patutnya sebagai wakil rakyat Lembah Pantai, Nurul suka Dato Raja Nong
Chik banyak meluangkan masa membantu rakyat di Lembah Pantai. Tapi mengapa kau
marah pulak?
Ooooh, aku tahuuu. Kau marah sebab nanti terserlah kau ni
jarang turun padang, jadi bila orang bandingkan siapa yang buat kerja, orang
akan cakap Dato Raja Nong Chik KUAT KERJA, Nurul Izzah KUAT CAKAP je! Nurul
punya Pusat Khidmat pun asyik berkunci je, buang masa je buat pelancaran
besar-besaran dulu.
Kau lebih suka tengok rakyat Lembah Pantai merempat dan
menderita dari dibantu Dato’ Raja Nong Chik ke? Busuknya hati kau Nurul!!
Kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut tentang jawapan
Dato’ Raja Nong Chik, boleh tonton sendiri video tu.
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
No comments:
Post a Comment