Thursday, April 4, 2013

SAMSENG NURUL IZZAH MENGGANAS LAGI DI LEMBAH PANTAI



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Selama ni Nurul Izzah asyik mendabik dada kononnya dialah jaguh kebebasan bersuara. Dia asyik mendabik dada kononnya dia menentang politik ganas. Habis tu mengapa kau hantar samseng untuk mengancam bekas anggota PKR yang sedang mengadakan sidang media?

Eh, apa ceritanya ya?

Begini, baru-baru ini di Lembah Pantai saudara Parthiban, bekas Pengarah Biro Kebajikan & Kemasyarakatan PKR Lembah Pantai sedang mengadakan sidang media di taman Bukit Angkasa mendedahkan penipuan pendaftaran pengundi PKR.

Tiba-tiba Bidin Besi, samseng PKR di Taman Bukit Angkasa yang juga menguruskan Bilik Gerakan PKR Taman Bukit Angkasa muncul dari belakang dan menepuk bahu Parthiban yang sedang mengadakan sidang media. Boleh tengok sendiri wajah Parthiban berubah bila Bidin Besi muncul dan menepuk bahunya. Mengapa? Kerana Parthiban takut dibelasah oleh Bidin Besi dan kuncu-kuncu PKR lain yang dah ramai berkumpul di situ.

Selepas itu, Bidin Besi dengan kuncu-kuncu PKR lain berkumpul di belakang para wartawan dan menjerit kepada Parthiban, “PARTHIBAN!! JANGAN LEBIH-LEBIH!!”

Mengapa Bidin Besi buat begitu? Tak lain tak bukan untuk menakut-nakutkan Parthiban agar tidak membuka pekung Nurul Izzah dan PKR di hadapan wartawan.

Nurul, depan orang ramai kau beria-ia menolak keganasan politik dan menyokong kebebasan bersuara tapi di belakang orang ramai kau pula yang jadi kepala samseng, menghantar kuncu-kuncu kau mengancam Parthiban.

Mana pergi kebebasan bersuara Parthiban? Mengapa kau cuba halang dia dari mendedahkan pekung PKR?

Kau takut tembelang kau pecah ke Nurul sampai beria-ia hantar samseng untuk buat kacau?

Pemimpin macam ni ke orang Lembah Pantai nak?

Depan cakap lain, belakang buat lain. HIPOKRIT!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?


Inilah antara mangsa keganasan politik Nurul Izzah sebelum ini. Adakah Parthiban akan menjadi mangsa seterusnya politik ganas Nurul Izzah?



No comments:

Post a Comment