Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?
Tak cukup dengan cuba membatalkan pendaftaran pengundian
mereka, Nurul Izzah terus mahu menganiaya penduduk asal Lembah Pantai dengan
mendesak agar mereka dikenakan hukuman penjara 3 tahun dan didenda RM20,000
atas kesalahan tidak menukar alamat selepas berpindah.
Macam ni ke perangai wakil rakyat? Bukan nak bantu
rakyat, malah nak menganiaya rakyat!!
'Pengundi Hantu' serah memorandum bantahan terhadap Nurul Izzah
KUALA LUMPUR 26 April -
Seramai 4,637 yang didakwa oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Nurul Izzah Anwar sebagai 'pengundi hantu' menyerahkan memorandum bantahan
terhadap tindakan beliau yang cuba menafikan hak mereka sebagai pengundi.
Memorandum tersebut
diserahkan oleh Sekretariat Gerakan Mencari Pengundi Asal Lembah Pantai
(Gempur), Mohd. Yahya Yusop kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah
Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Antara isi kandungan
memorandum termasuklah bantahan terhadap hasrat Nurul Izzah memfailkan semula
permohonan rayuan kepada mahkamah setelah gagal mendapatkan kebenaran bagi
semakan kehakiman untuk membatalkan nama-nama pengundi terbabit.
Yahya berkata, sebagai
penduduk asal Lembah Pantai mereka amat bimbang dengan perkembangan terbaru itu
dan khuatir ia akan menjejaskan peluang mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya
Umum (PRU-13) nanti.
"Tidak cukup dengan
percubaan untuk membatalkan pendaftaran kami, beliau melalui peguamnya Edmund
Bon turut mendesak agar kami dikenakan hukuman yang berat.
"Ini termasuklah
penjara tidak melebihi tiga tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 di atas
kesalahan tidak menukar alamat yang kami anggap sebagai satu penganiayaan dan
zalim," jelasnya.
Sementara itu, Raja Nong
Chik menggesa Nurul Izzah supaya segera memohon maaf secara terbuka berhubung
perkara itu.
"Beliau perlu
menarik balik kenyataannya dan permohonan rayuan mahkamah tersebut yang mana
sekaligus jika berjaya, para penduduk terbabit bakal kehilangan hak mengundi
dalam PRU-13 ini.
"Dalam usaha
membantu para pengundi terlibat, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk
tindakan ke atas Nurul Izzah.
"Dalam hal ini saya
amat sedih dengan sikap seorang wakil rakyat yang tidak memahami para
pengundinya sendiri,"katanya.
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
Edmun Bon seorang peguam gay, mempunyai seorang toy boy dari Damansara. loyar mcmni yg Anwar anak beranak suka.
ReplyDelete