Wednesday, April 3, 2013

NURUL IZZAH BARU SEKARANG NAK CERITA PASAL PUSAT KHIDMAT RAKYAT LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Kawan-kawan nak tahu tak macam mana rupa wakil rakyat pilihanraya?

Ni lah dia rupanya!! Lepas menang dulu tak pernah turun padang, bila dah dekat pilihanraya baru nampak muka di kawasan.

Baru-baru ni dia berbangga sebab berjaya tulis artikel bertajuk Pusat Khidmat Lembah Pantai dan kejayaan maha gemilangnya itu terus dicanangnya ke seantero dunia menerusi Facebook dan Twitter.

Dia ingat bila dia tulis pasal Pusat Khidmat orang akan puji dia, tapi last-last kena kutuk. Eh, pasal apa kena kutuk?

Boleh baca sendiri komen dari pengikut Twitter beliau.



Abol (@AbolROY) mempersoalkan Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

"Parlimen dah nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk)."

"Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat.," kecam beliau.

Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.

Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.  “Nurul, baru nak cerita pasal pusat khidmat? Sekian lama jadi YB, baru hari ni nak cerita, u demam eh?”

Menurut Adam Reza pula (@adam_reza), bila ditanya abang jual burger di Pusat Khidmat Nurul Izzah, ini komen beliau, “Saya pernah nampak Nurul Izzah turun dua kali je kat sini.”


TU DIAAA!!



5 tahun jadi wakil rakyat, baru dua kali turun Pusat Khidmat?

Kalau kau tanya orang Lembah Pantai, dari 1000 orang, 1 orang je yang tahu Nurul Izzah ada Pusat Khidmat. Ni baru nak tahu kewujudan, kalau tanya lokasi, 10,000 orang kau tanya, 1 je yang tahu kat mana Pusat Khidmat Nurul.

Aikkk? Dah 5 tahun menang pilihanraya, pasal apa sampai sekarang orang tak tahu Nurul ada Pusat Khidmat?

Haaaaaa, mudah je jawapannya. Jawapannya ialah kerana Pusat Khidmat Nurul hanya indah khabar dari rupa.

Lepas lancar, terus tutup sebab Nurul Izzah sibuk nak keliling dunia untuk buruk-burukkan nama Malaysia.

Bila dia ada kat Malaysia pun, dia jarang turun kawasan, jadi Pusat Khidmat dia pun jadi macam biskut Chipsmore, kejap buka kejap tutup! Tapi biasanya tutuplah.

Cuma sekarang ni je Nurul Izzah luar biasa sibuk berada di kawasan, jadi Pusat Khidmat rakyat dia kembali beroperasi. Pasal apa? Sebab pilihanraya dah dekat beb!

Kalau pilihanraya jauh lagi, jangan haraplah nak tengok batang hidung Nurul, bayang pun tak nampak! Pusat Khidmat dia pun akan terus berkunci sampai berhabuk dan bersawang! Silap-silap dalam tu dah jadi hutan!  


Inilah Pusat Khidmat Nurul. Signboard dah berkarat. Tingkap pun takda langsir. Kalau tengok dalam pejabat, kosong takda perabot. Nampak sangat tak pernah pakai.

Pintu Pusat Khidmat Nurul yang sentiasa berkunci. Kunci pun dah berkarat sebab jarang pakai.

Lagi 10 tahun, kalau Nurul masih terpilih jadi wakil rakyat, macam ni lah agaknya rupa Pusat Khidmat Nurul.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

1 comment:

  1. Aku dh ddk kt lembah pantai dh 4 thn dr 2009 - 2012. Skrg ddk kt kajang, sepjg aku ddk kt lmbh pantai mmg si izzah ni langsng x jenguk org lembah pntai. Apatah lg tnya kabar. Yg plg byk turn pdg adalah RNC. Ini adalah kebenaran. Tp kalau org lmbh pantai still pilih izah sbgi wakil mereka, mmg diorg x kng budi la jwbnya..

    ReplyDelete