Wednesday, August 1, 2012

NURUL IZZAH BANYAK SEMBANG, RAJA NONG CHIK BANYAK KERJA!


Kenangan silam Dato Raja Nong Chik bersama Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, menziarahi setinggan Kg Pasir yang baru berpindah ke rumah PPR. Dah lama rupanya Dato Raja Nong Chik berbakti untuk penduduk Lembah Pantai!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Nak tengok beza orang kuat sembang dengan orang kuat kerja?

Tengok sahaja kes penyelenggaraan lif di P20, Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai.
Penduduk mengadu banyak lif rosak di kawasan itu dan minta supaya pemaju segerakan penyelenggaraan.

Ini respon Nurul Izzah pada 1 Ogos 2012.

@jalil3507 UOA tidak bsedia utk perbaiki lif2 lain - alasan wang selenggara yg tertunggak. InsyaAllah kita adakan dialog, cr penyelesaian

Ini pula respon Dato’ Raja Nong Chik pada 1 Ogos 2012, hari yang sama!

Terima panggilan dari UOA menyatakan bahawa pihak mrk sudah memperbaiki lif-lif yg rosak di P20.

Nurul Izzah bila orang mengadu, dia banyak berdalih dan cuba elak untuk buat kerja. 

Penyelesaian Nurul, mari kita buat dialog. Dialog tu tak pula dinyatakan bila nak dibuat. Minggu depan ke, bulan depan ke, tahun depan ke? Sementara nak tunggu dialog, penduduk dah nak tercabut kaki dan pinggang turun naik bangunan pakai tangga sebab lif belum dibaiki! Macam mana agaknya nasib orang tua, OKU, kanak-kanak yang terpaksa turun naik tangga tu? Jangan risau, Nurul akan buat dialog…

Dato Raja Nong Chik pula, bila dapat aduan, terus turun padang dan jumpa pemaju minta disegerakan kerja-kerja penyelenggaraan sebab beliau sedar perkara mustahak macam ni tak boleh nak dipandang ringan. Hasilnya, pemaju terus buat kerja-kerja penyelenggaraan.

Nurul baru nak anjur dialog, Dato Raja Nong Chik dah selesaikan masalah.

Inilah bezanya orang yang kuat sembang tapi malas kerja dan orang yang buat kerja tanpa banyak sembang.  

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

2 comments:

  1. Bros & Sis of Lembah Pantai..... gua like your blog sbb lu up Dato Raja sehabis gilest..... tapi!!!!

    Aku nak remind bila masa yg Minah nie buat kerja.... 'kerjakan' rakyat ada le!!! jangan jadi ngok, dok asyik kena tipu-bohong yg tak habiq-habiq..... bila dia rap-hip-hop tukar genre politik tertunggeng-tunggeng kamu semua dan jangan pulak lambong Raja Nong Chik sampai over-over nanti org mual beb!!!

    Lu asyik cite itu-ini gitu-gini... gua Bangsarian tarak apa pun. Smart sikit lah kalau cakap pasai raja, tak nanti nampak dia macam hero kampong!! Wake-up friends, nurul pandai nyanyi raja tak boleh.... nurul kaki kelentong raja lurus bendul..... she's still vogue!!

    ReplyDelete
  2. Who care sapa buat kerja atau sapa sembang? My X gen are not benefitting out of Najib National Prosperous Deeds and so on. We felt stupid of supporting u guys.

    ReplyDelete