Monday, July 23, 2012

NURUL IZZAH KANTOI LAGI FITNAH PEGAWAI SPR!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ini, Nurul Izzah semasa berucap dalam majlis makan malam Pakatan di Seputeh mendakwa bahawa Pegawai Pengurus Pilihanraya Lembah Pantai tahun 2008 kononnya memaklumkan bahawa Nurul tidak mungkin akan menang di Lembah Pantai dalam pilihanraya akan datang.

Ulasan tersebut Nurul telah spin sebagai bukti bahawa SPR sebenarnya tidak amanah dan SPR kononnya akan menggunakan taktik kotor untuk memastikan kekalahan Nurul Izzah dalam pilihanraya akan datang.

Pada aku, ini sebenarnya petanda bahawa Nurul sebenarnya telah goyah dan kini sedang mereka-reka alasan sekiranya dia kalah. Bila kalah sahaja, pasti dia akan merengek kononnya dia kalah kerana muslihat SPR sedangkan sebenarnya dia kalah kerana penduduk Lembah Pantai dah muak dengan taktik politik kotornya itu.

Sekiranya benar SPR tidak amanah, bagaimana Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak boleh jatuh ke tangan pembangkang? Kalau betul SPR akan menggunakan taktik kotor untuk memastikan kemenangan BN, mengapa daripada 16 pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum 2008, hanya 7 sahaja dimenangi BN manakala pembangkang menang 9 kerusi?

Kalau betullah SPR berat sebelah, sudah tentu kesemua 16 kerusi tersebut akan dimenangi oleh BN!!!

Sekiranya SPR akan menggunakan taktik kotor di Lembah Pantai, mengapa pegawai berkenaan memberitahu perkara itu kepada Nurul? Bayangkanlah, ada tak perompak yang beritahu mangsa awal-awal, “Eh, malam esok saya nak datang rompak rumah awak tau…” Kalau dah bagi tahu awal-awal, si mangsa sudah pastinya akan bersedia untuk menggagalkan rompakan itu.

Samalah dengan kes ini. Sekiranya SPR mahu main kotor di Lembah Pantai, sudah tentu ianya akan dibuat secara diam-diam tanpa memberitahu Nurul!

Nampak sangat tohmahan Nurul ialah tohmahan yang tak logik. Kesian Pegawai Pengurus Pilihanraya itu. Komen ikhlasnya terhadap Nurul di spin sehingga menjadi fitnah yang maha dahsyat terhadap SPR!  

Kini untuk membersihkan namanya, pegawai berkenaan telah mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya tohmahan Nurul terhadap beliau.

Tiada masa untuk berpolitik, bekas RO jawab Izzah

KENYATAAN media ini dikeluarkan bagi menjawab kenyataan pada majlis makan malam Thean Hou Temple Kuala Lumpur oleh YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai berdasarkan penulisan yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini bertarikh 13 Julai 2012 (Jumaat) bertajuk "Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi".

Sebagai seorang penjawat awam yang ditugaskan dan diamanahkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk kawasan Parlimen P121 Lembah Pantai bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan ini yang dianggap bagi saya bahawa YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengeluarkan kenyataan kepada portal berkenaan yang boleh disalahtafsirkan fakta, serta mahu menjejaskan nama baik SPR dan bertujuan menjatuhkan imej serta kredibilti penjawat awam.

Isu yang diketengahkan oleh YB Ahli Parlimen Lembah Pantai tercetus, selepas saya bertemu beliau sekadar bertanya khabar serta berbual secara selamba selepas kami sama-sama menghadiri Majlis Sidang Media Datuk Bandar bersama Media dan Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur pada 12 Julai 2012 di Bilik Lembaga Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Pertemuan ini diadakan sempena pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ybhg Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur serta wakil media sebelum persaraannya yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai 2012 yang lalu.

Bagaimanapun sehari selepas pertemuan tersebut, saya dikejutkan dengan satu laporan portal iaitu Malaysiakini menyebut, YB Ahli Parlimen Lembah Pantai telah diberi amaran oleh seorang bekas RO bahawa beliau akan kalah jika RO berkenaan ditugaskan semula pada PRU akan datang. Saya tidak jangka bahawa perbualan secara selamba dan berseloroh akan dijadikan satu isu sesi wacana beliau.

Jika perkataan saya dianggap sebagai kurang sopan, saya boleh juga anggapkan pertanyaan YB Ahli Parlimen Lembah Pantai sebagai tidak sopan, tetapi saya tidak ingin perkara ini berlanjutan, patut berhenti di sini saja.

Saya dapati bahawa Lembah Pantai sedang pesat membangun, setinggan telah ditempatkan di PPR memberikan penempatan yang lebih sempurna kepada mereka, penjaja tepi jalan telah dipindahkan ke pusat penjaja yang lebih memberikan peluang kepada mereka meningkatkan ekonomi mereka, flat PKNS Kerinchi akan berwajah baru dan kualiti hidup pemunya flat tersebut akan meningkat.

Di samping itu pembangunan hartanah di kawasan tersebut juga pesat dengan adanya Bangsar South dan Eco city sebagai contoh. Pemimpin negara termasuk Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sentiasa mendekati rakyat mengambil tahu permasalahan rakyat serta menghulurkan bantuan.

Rakyat setempat boleh membuat penilaian sendiri. Ingin ditekankan satu fakta lagi bahawa RO tidak dilatih untuk mirip kepada mana-mana parti. Latihan yang dijalankan adalah untuk membiasakan kakitangan terhadap prosedur pilhan raya.

Tugas RO semasa pilihan raya adalah sangat berat dan tiada masa untuk berpolitik kerana sentiasa berdepan dengan karenah parti politik yang bertanding semasa itu. Dan, tugasan serta panggilan RO terhenti apabila keputusan pilihan raya diumumkan.

Sekian, saya akhiri kenyataan media ini dengan ucapan pujian-pujian serta kesyukuran kepada ALLAH S.W.T dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadan yang barokah ini.

MOHD NAJIB MOHD


Memang layaklah Nurul digelar sebagai Betina BSF (Bangkang, Spin, Fitnah) kalau sembang biasa pun boleh diputarbelit dan dimanipulasi untuk memburukkan integriti pegawai berkenaan dan para pejawat awam!

Ini juga sebenarnya satu amaran kepada semua orang amnya dan penjawat awam khasnya supaya berhati-hati bila berbicara dengan pembangkang, terutamanya Nurul Izzah. Apa juga perkataan kita, sudah tentu akan di spin oleh mereka!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

2 comments:

  1. minah spin nie ingat dia sorang sj yg blh melenting. cukup-cukup le! rasanya expired date pun dah dekat. kagum dan heran! macam mana pun dia kelentong, pengikut masih ramai. yg satu aku blh guarantee depa nie sampai bila pun akan persalah spr, polis blablabla..... dlm dunia nie depa sj yg betui!!

    ReplyDelete
  2. Betina ni mewarisi sebijik perangai ibu bapak dia.. muka yang dulu kelihatan bersinar, kini telah hilang segala nur..

    ReplyDelete