Apa kecoh-kecoh ni PAS?
Bila aku baca berita pasal jawatan EXCO Agama Islam Selangor diisi oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim, aku memang rasa kesian kat PAS.
Mana taknya, PAS perlahan-perlahan, sikit-sikit, makin jauh dari perjuangan asal dan terus diperlekeh oleh DAP dan PKR.
Dulu perjuangkan Negara Islam, tapi demi nak pikat undi bukan Islam dan atas desakan DAP dan PKR, perjuangan Negara Islam digugurkan, sekarang jadi Negara Berkebajikan je.
Apa yang PAS dapat dari pengorbanan tu? Ni lah habuan ko, PAS… Terus kena gugur dari EXCO Agama Islam!!
Inilah penghinaan yang maha dahsyat buat PAS. PAS ni kononnya Parti Islam SeMalaysia tapi tak ada seorang pun pemimpinnya yang layak untuk isi jawatan EXCO Agama Islam Selangor?
Siapa yang layak? Khalid Ibrahim dari parti Anwar, PKR. Memang betullah kata Hassan Ali, PAS memang di bawah telunjuk Anwar Ibrahim.
Ya Allah… Malunyaaaaa… Mana pergi maruah PAS?
Khalid Ibrahim lagi layak dari semua pemimpin PAS di Selangor? Khalid ni sedalam mana pengetahuan dan amalannya terhadap Islam? Cuba tengok gambar kat atas, selamba je Khalid berkepit dengan wanita bukan muhram. Orang macam ni ke yang lebih baik dari semua pemimpin PAS di Selangor? Orang macam ni ke nak pikul tanggungjawab menegakkan syiar Islam di Selangor?
Bila dengar berita ni, confirm semua geng DAP tepuk tangan dan ketawa besar sebab takda sapa lagi akan berani kacau gereja. Takda sapa akan kecoh kalau orang Islam murtad.
Tahniah PAS kerana sekali lagi membuktikan mereka sekadar kuda tunggangan PKR dan DAP!!!!
Apa-kecoh-kecoh ni PAS?
No comments:
Post a Comment