Monday, January 9, 2012

NURUL IZZAH KANTOI LAGI CUBA FITNAH SPR!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ni si Nurul ni panggil sidang media untuk hamburkan fitnah terbaru beliau terhadap SPR. Apa fitnah beliau kali ini?

1.         Dakwat kekal TIDAK akan diguna untuk pengundi pos/pengundi awal.

2.         Khidmat MIMOS TIDAK akan digunapakai untuk menyemak daftar pengundi induk SPR.

Apa respon Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR?

1.         Dakwat kekal AKAN diguna untuk pengundi pos/pengundi awal. Proses undian untuk pengundi pos/pengundi awal adalah sama seperti pengundi biasa.

2.         Khidmat MIMOS AKAN digunapakai untuk menyemak daftar pengundi induk SPR. Malahan mesyuarat dengan MIMOS telahpun diatur pada penghujung bulan ini bagi membincangkan isu-isu berkaitan.

Aduuuuh… Mudahnya Nurul menghamburkan fitnah terhadap SPR, mempertikaikan kewibawaan badan itu dan memperlekehkan kesungguhan SPR menjalankan pilihanraya secara adil dan saksama.

Agaknya Nurul ingat SPR akan berdiam diri sahaja mendengar fitnah Nurul? Nah, jawapan yang padat dan tepat telah diberi, dengan mudah mematahkan fitnah Nurul.

Cukup-cukuplah tabur fitnah Nurul…. Kalau nak raih populariti pun janganlah sampai memfitnah kakitangan kerajaan. Kami nak pemimpin yang turun padang membantu rakyat, bukan cuma pandai tuding jari memburukkan orang lain tapi diri sendiri pun tak pernah buat apa-apa untuk bantu rakyat!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

No comments:

Post a Comment