Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Tahniah kepada Dato’ Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, merangkap Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, di atas keprihatinan beliau melawat mangsa ribut di Lembah Pantai dan sekaligus mengumumkan bantuan RM500 ribu sehingga RM1 juta untuk kerja-kerja pembaikan.
LEMBAH PANTAI - Sebanyak RM500,000 sehingga RM1 juta diperuntukkan untuk membaik pulih unit-unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka dan beberapa kawasan lain di ibu negara yang terjejas teruk ekoran kejadian ribut petang semalam.
Peruntukan tersebut diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Menurutnya, kementeriannya melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membaik pulih kerosakan di lima kawasan terjejas antaranya Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pangsapuri Taman Desa, Seputeh, Sungai Besi dan yang paling teruk terjejas di PPR Seri Cempaka.
"Di PPR Seri Cempaka, tiga keluarga perlu dipindahkan sementara di kawasan berdekatan. Ini bagi kerja-kerja membaik pulih rumah dapat dilakukan kerana aspek keselamatan penduduk dipentingkan dan tidak mahu kejadian sama berulang.
"Pada masa yang sama, beberapa rumah PPR yang dikenal pasti rosak juga akan dibaik pulih oleh DBKL termasuklah kedai dan gerai yang rosak," kata Raja Nong Chik yang melawat lokasi kejadian di PPR Sri Cempaka pada malam kejadian. Hadir sama Pengarah Pengurusan Perumahan DBKL, Sukiman Surahman.
Katanya, kepada penghuni yang terjejas dalam kes ini juga berhak membuat tuntutan insurans dan DBKL akan membuat tuntutan insurans tersebut.
Beliau berkata, DBKL dan pihak bomba turut akan melakukan kerja-kerja baik pulih dan pembersihan dengan segera dan aspek keselamatan penduduk adalah paling diutamakan.
"Saya juga ingin memuji pihak bomba, DBKL dan polis yang telah bertindak pantas," katanya.
Sebaik sahaja dapat tahu ada kejadian ribut yang melibatkan warga Lembah Pantai dan Wilayah Persekutuan, beliau terus turun padang walaupun pada masa itu sudah hampir tengah malam. Inilah Tradisi Membela Rakyat yang didukung oleh Barisan Nasional dan UMNO selama ini.
Mana pergi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah? Jangan harapkan batang hidung, bayang pun tak nampak!!
Ooooh, mungkin Nurul tengah sibuk bodek golongan pro-Israel dan pro-Gay dan Lesbian agaknya? Inilah Tradisi Membela Golongan Gay dan Israel sepertimana yang diperjuangkan Anwar Ibrahim. Kalau setakat nak bela rakyat, biarkan sahaja kepada BN dan UMNO. Rakyat biasa tak sepenting Israel dan golongan Gay. Tapi lepas tu jangan lupa nak curi kredit, mengaku bantuan tu semua hasil perjuangan dia.
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Anak perempuan anwar hanya suka bercakap jerit kuat-kuat macam bapak dia, bila tekak sudah kering, kurang tenaga hendak berusaha kuat menolong rakyat di Lembah Pantai. Apatah lagi di tempat lain. Tinggal di rumah bungalow besar, tak payah lah bersusah payah melawat rakyat di situ.
ReplyDelete