Sunday, January 8, 2012

NURUL, SIAPA SEBENARNYA AGENT PROVOCATEUR?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Dalam twitnya sebentar tadi, Nurul minta mereka yang berhimpun di mahkamah untuk berhimpun secara aman dan jangan hiraukan agent provocateur.

“Sudah tiba di mahkamah! Kpd semua, jgn dilayan agent provocateur. Kita berhimpun dgn aman

Soalan aku sekarang, siapa sebenarnya yang selalu jadi agent provocateur?



Masa perhimpunan Kotor, siapa yang hasut orang ramai untuk rempuh dan serbu polis? Tian Chua!! Siapa Tian Chua? Naib Presiden PKR dan sekutu rapat Nurul!!

Lepas tu, bila polis lepaskan gas pemedih mata untuk suraikan perusuh, mereka tuduh polis bertindak kejam!!

Jadi siapa agent provocateur sebenarnya?



Masa Solidariti Mahasiswa yang ditaja oleh Pakatan Haprak nak hantar memorandum ke PWTC dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri sudi terima memorandum tersebut, siapa yang buat provokasi dengan turunkan bendera PM dan naikkan bendera pertubuhan haram mereka di situ? Adam Adli, salah seorang kader Pakatan Haprak!

Cuba bayangkan kalau MCA nak hantar memorandum di ibupejabat PAS, dan semasa hantar memorandum mereka turunkan bendera PAS dan naikkan bendera MCA, agak-agaknya apa orang PAS akan buat? Aku gerenti mereka akan belasah orang yang turunkan bendera PAS tu sebab bersikap kurang ajar!


Tapi bila orang Pakatan Haprak buat begitu di ibupejabat UMNO, Pakatan Haprak puji, kononnya inilah kebebasan bersuara!!

Jadi siapa agent provocateur sebenarnya?



Semasa merusuh di UPSI, Adam Adli sekali lagi cuba wujudkan huru-hara dengan mengeluarkan twit kononnya ada pelajar dipukul sehingga nazak. Tapi esoknya kawan tu boleh pulak gelak-gelak masa buat Sidang Media. Apa ke jadahnya nazak macam tu?

Jadi siapa agent provocateur sebenarnya? Siapa yang cuba cetuskan suasana huru-hara di Malaysia? Cuba jawab Nurul!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

No comments:

Post a Comment