Monday, January 2, 2012

APABILA NURUL IZZAH HILANG SERI

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Ahad baru ni Mingguan Malaysia ada siarkan artikel “Apabila Puteri Reformasi Hilang Seri”. Bagi sesiapa yang belum kenal lagi Nurul Izzah, eloklah baca artikel tu.

Jelas, kepura-puraan Nurul bukan setakat orang Lembah Pantai je tahu, sekarang satu Malaysia dah tau perangai buruk Nurul!!

Apabila puteri reformasi hilang seri
Warung Politik

M. PARTHIBAN seperti tidak dapat membendung kemarahan apabila bercakap mengenai Nurul Izzah Anwar, sedangkan suatu waktu dulu mereka adalah daripada satu pasukan.

Apa yang tidak dikorbankan oleh Parthiban untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Nurul Izzah? Hubungan mereka sangat akrab sehingga Parthiban mengibaratkan ‘tidur dan ke tandas sahaja tidak bersama’

Tugasnya mengetuai biro kebajikan dan komuniti Parlimen Lembah Pantai, menjadikannya begitu dekat dengan Nurul Izzah. Dialah yang ke hulu ke hilir memakai vest Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk menunjukkan kehadiran Nurul Izzah. Dialah yang menjaga dan bekerja untuk Nurul Izzah, membuat laporan dan mengambil gambar.

Dialah yang mengajar Nurul Izzah selok-belok kawasan dan politik Lembah Pantai. Tak tidur dan tak makan, malah tanpa gaji adalah pengorbanan biasa.

Tetapi kini dia yang telah bergolok-gadai demi memperjuangkan keadilan itu mengaku sangat kecewa. Bersama-sama rakan-rakannya, dia bukan sekadar keluar parti. Dia berazam untuk menemui setiap orang pengundi di Lembah Pantai yang pernah ditemuinya dulu bagi menerangkan siapa sebenarnya Nurul Izzah. Parthiban mahu menebus kesilapan lalu.

Kini, tanpa segan silu Parthiban yang memang dikenal sebagai seorang aktivis sosial yang disegani di Lembah Pantai, mengisytiharkan Nurul Izzah sebagai musuhnya. Daripada pengalaman 12 tahun bersama PKR dan kemudian bekerja untuk Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, dia masak benar dengan perwatakan Nurul Izzah.

“Itu antara sebab saya keluar PKR. Dari dulu pun dia tak buat apa-apa. Dia tidak lebih sebagai penagih simpati,” kata Parthiban yang mengaku menyimpan rahsia besar semasa pemilihan Naib Presiden PKR yang lalu.

Parthiban melihat Nurul Izzah seperti bapanya sebagai pemimpin yang tidak konsisten dan suka mencetuskan polemik. Sepanjang yang diketahuinya Nurul Izzah terlalu sibuk dengan agenda lain dan selalu memberi alasan I’m rushing semasa dibawa ke majlis bertemu rakyat.

Dia mengaku ada pihak memujuknya supaya berbaik-baik semula dengan Nurul Izzah tetapi pintu hatinya telah tertutup kerana ‘biarlah (dulu) kali pertama dan terakhir menyokong PKR’.

Begitu pula ada penduduk Lembah Pantai menggelar Nurul Izzah sebagai Ratu Twitter, merujuk kepada kegemarannya yang suka menggunakan medium itu untuk memaklumkan apa juga kejadian kepada umum. Kadang kala dakwa mereka, Nurul Izzah sengaja mereka-reka cerita kononnya beliau wakil rakyat yang prihatin.

Dalam hal menjalankan aktiviti pula, ada penduduk sinikal menyindir Nurul Izzah sebagai suka menempel majlis orang. Bila majlis sudah habis, beliau tiba-tiba muncul, ambil gambar dan masuk Facebook untuk dapat kredit. Inilah cerita-cerita daripada penduduk di Lembah Pantai sekarang.

“Dia juga suka buat kacau. Contohnya dalam isu rumah pangsa 4 tingkat Kerinchi yang mahu dibangunkan semula, dia bersama kumpulan minoriti yang jumlahnya kira-kira 50 pemilik menjadi penghalang projek itu dilaksanakan,” kata bendahari persatuan penduduk rumah pangsa itu, Lokman Hakim Mohd. Tasi.

Sedangkan, lebih 400 pemilik bersetuju dengan tawaran pemaju yang antara lain menawarkan rumah transit, imbuhan RM5,000 dan rumah percuma. Lokman melihat ada pihak tidak mahu projek pembangunan semula rumah pangsa itu dijayakan kerana ia tidak memberi keuntungan politik kepada mereka.

Begitu juga kepada kumpulan penjaja dan peniaga kecil. Pengerusi Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pantai Dalam/Puchong, Mohamad Abdullah dari dulu tidak senang dengan cara Nurul Izzah menangani isu setempat.
“Dia tidak suka jumpa persatuan atau cuba selesaikan masalah dengan cara baik. Apa yang dia tahu nak protes saja, nak buat biar elok jangan haraplah,” katanya.

Dia mempunyai pengalaman pahit berdepan dengan Nurul Izzah dalam projek pembangunan Bazaria Pantai iaitu tapak baru peniaga kecil yang sebelum ini berterabur dan kotor.

“Sepatutnya dia beri idea dan pandangan. Ini tidak, dia tahan orang pindah (ke tapak baru) tapi bila dah dapat gerai dia komplen pulak. Nak tunjuk hero, seolah-olah itu perjuangan dia,” jelasnya.

Mungkin Mohamad prejudis kerana dia memang dikenal sebagai penyokong BN tetapi bagi menyelesaikan masalah rakyat, katanya, wakil rakyat seharusnya bijak memainkan peranan.

Dan, jika ditinjau blog-blog berita semasa dan politik Parlimen Lembah Pantai pula, memang ternampak ada yang tak kena dengan imej Nurul Izzah. Banyak gosip dan cerita negatif mengenai Nurul Izzah berbanding kisah positif beliau terpapar.

Boleh disimpulkan Nurul Izzah dan Lembah Pantai bukan lagi sebuah kisah kejayaan. Catatan manis pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, tinggal kenangan. Imej anak sulung Anwar yang diagung-agungkan bak ratu ini tidak dapat bertahan lama.

Siapa sangka puteri reformasi yang masih mentah ini boleh mengalahkan seorang menteri Kabinet yang telah berakar umbi di Lembah Pantai. Tetapi itu tiga tahun dulu, semasa ibu-ibu dan bapa- bapa di Lembah Pantai masih bersimpati dengan nasibnya. Dulu semasa mendengar suaranya pun sudah sayu, melihat keayuan wajahnya yang mempesona, apatah lagi ditambah bumbu emosi.

Sekarang, modal itu tak laku lagi di Lembah Pantai. Sekarang, walaupun berstatus Naib Presiden PKR dan digembar-gemburkan sebagai calon Perdana Menteri, sanjungan orang di Lembah Pantai kepadanya tidak seperti dulu.
Gambaran seorang anak yang teraniaya dan mahu berjuang menuntut keadilan tidak lagi mampu meraih simpati orang ramai. Warga Lembah Pantai sudah banyak belajar untuk lebih mengetahui siapa yang seharusnya layak menjadi Ahli Parlimen kawasan itu.

Nurul Izzah dan pasukannya di Lembah Pantai memang wajar berasa bimbang. Imejnya menurun bukan sekadar akibat prestasi dirinya sendiri tetapi juga kerja kuat jentera BN untuk mendekati rakyat.

Sekarang ini, di sana sini di kawasan Lembah Pantai ada nama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (RNC) yang juga Ketua UMNO Bahagian.

Nong Chik berjaya meletakkan BN dan dirinya sebagai fenomena RNC di Lembah Pantai. Walaupun Nurul Izzah menjalankan gerakan menuduh Nong Chik menyalahgunakan kedudukan tetapi realitinya cara beliau yang suka turun padang dan mendekati rakyat dengan sendirinya telah membongkar siapa sebenarnya Nurul Izzah.

No comments:

Post a Comment