Sunday, May 17, 2015

PERGI BALIK KELANTAN LAH, PAS!!!



DAP LARANG PAS ADAKAN MUKTAMAR DI SELANGOR
Teng Chang Khim berkata, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.
 SHAH ALAM – Berang dengan PAS Kelantan yang mengecam tindakan Lim Kit Siang berceramah mengenai hudud di Kota Bharu baru-baru ini, DAP Selangor hari ini tampil mempertahankan ‘bosnya’ itu.
Seolah-olah mahu membalas dendam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, PAS tidak perlu mengadakan sebarang program utama di negeri ini jika sudah mengetahui kerajaan negeri Selangor menolak sebarang usaha untuk melaksanakan hudud.
Tegasnya, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.
“Kenapa pula kamu (PAS) datang ke Selangor yang tidak mahu melaksanakan hudud, untuk memperjuangkan hudud?
“Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?” katanya dalam laman Facebook hari ini.
Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menempelak Kit Siang yang merupakan Penasihat DAP kerana menyanggah pelaksanaan hudud dan pada masa sama dilihat cuba mengajar rakyat negeri itu berhubung hukum berkenaan dalam ceramah yang berlangsung di Kota Bharu, Ahad lalu.
Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS dalam nada sinis berkata, Kit Siang bukanlah individu yang layak untuk memperkatakan tentang undang-undang Islam, apatah lagi mengajar masyarakat perkara berkaitan hudud.
Dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana, Kit Siang memanfaatkan ruang untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong PAS.
Ceramah tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sedar Kit Siang sememangnya merupakan individu yang menolak hudud, namun beliau sepatutnya menghormati Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan enakmen berkaitan hudud secara sebulat suara oleh wakil rakyat.
Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula memberitahu, PAS Kelantan telah bermesyuarat kelmarin dan bersetuju memanggil pemimpin PAS Kawasan Kota Bharu untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu.
Sementara itu, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 dijadualkan berlangsung dari 4 sehingga 6 Jun ini di Kuala Selangor.

Apa kecoh-kecoh ni Teng Chang Khim?

Wah, garangnya DAP Selangor sampai tak bagi PAS buat muktamar! Kena halau balik pergi Kelantan!

Eh, Kerajaan Negeri Selangor ni wakil rakyat semua dari DAP dan PKR ke? Takda langsung wakil rakyat PAS? Ada kan? Habis tu apa hak DAP nak tolak PAS dari Selangor sedangkan dalam Kerajaan Negeri sendiri ada wakil rakyat PAS yang jelas menyokong hudud. Tapi yang sokong ni tak termasuk puak liberal PAS lah, macam Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Saari Sungib.

Mungkin kerana adanya sokongan dari dalam PAS sendiri maka makin berani DAP membuli kepimpinan PAS. Ya lah, kalau Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, sendiri sokong pendirian anti Islam Lim Kit Siang, maknanya lampu hijaulah untuk kutu-kutu DAP turut bantai PAS. Macam orang mengantuk disorongkan bantal lah.

Jadi kita tak boleh salahkan Teng Chang Khim dan DAP Selangor dalam hal ini.  Yang patut disalahkan puak liberal PAS diketuai Mat Sabu yang jadi musuh dalam selimut menghancurkan PAS dari dalam!

Apa kecoh-kecoh ni Teng Chang Khim?

2 comments:

  1. Sy sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama islam dan berbangsa Melayu memberi sokongan padu pada parti pas, sy bersyukur kerana pas dan dap telah bercerai dan harapan sy agar pas juga akan keluar dari pkr. Sy juga menyeru semua rakyat Malaysia seperti sy, marilah kita sama2 bersatu memberi sokongan penuh pada pas, insyaallah jika kita bersatu kita boleh tendang terus parti dap dan pkr yg didalangi mossad / Israel..
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP ISLAM!!

    JOM JIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH!!
    ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA..

    ReplyDelete
  2. Sy sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama islam dan berbangsa Melayu memberi sokongan padu pada parti pas, sy bersyukur kerana pas dan dap telah bercerai dan harapan sy agar pas juga akan keluar dari pkr. Sy juga menyeru semua rakyat Malaysia seperti sy, marilah kita sama2 bersatu memberi sokongan penuh pada pas, insyaallah jika kita bersatu kita boleh tendang terus parti dap dan pkr yg didalangi mossad / Israel..
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP ISLAM!!

    JOM JIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH!!
    ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA..

    ReplyDelete