Monday, November 5, 2012

NURUL IZZAH MAHU MELAYU DIBERI HAK UNTUK MURTAD


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Nurul Izzah mahu Melayu diberi hak untuk murtad? Biar betul? 

Walaupun Nurul Izzah ni memang banyak buat benda yang salah, tapi takkan sampai ke tahap menghina agama Islam? Kenyataan macam ni boleh menyebabkan seseorang tu jatuh kafir. Takkan Nurul Izzah sampai begitu sekali semata-mata untuk pancing undi bukan Islam?

Haaaa, kalau tak percaya, boleh baca sendiri kenyataan Nurul dalam portal pro-pembangkang Malaysiakini dan Free Malaysia Today.



Nurul: There should be no compulsion in choosing faith (Malaysiakini) 

People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays, says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar.

"When you ask me, there is no compulsion in religion... how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally." she said.

She was speaking at a forum on "Islamic State: Which version; Who's responsibility?" in Subang Jaya this morning.

The Lembah Pantai MP was responding to a question from the floor on whether Malays should have religious freedom like non-Malays.

Nurul: Tidak harus ada paksaan dalam memilih agama (Malaysiakini)
   
Rakyat tidak harus dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga terpakai kepada orang Melayu, kata Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar.

"Apabila anda bertanya kepada saya, saya akan jawab tidak ada paksaan dalam agama ... bagaimana sesiapa sahaja boleh mengatakan maaf, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu sahaja, ia juga perlu terpakai sama rata kepada semua sama ada Melayu atau bukan Melayu." katanya.

Beliau bercakap pada forum mengenai "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya pagi ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengulas demikian semasa menjawab soalan sama ada orang Melayu harus mempunyai kebebasan agama seperti bukan Melayu.

ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM.

BERTAUBATLAH NURUL, BERTAUBATLAH!!

Macam mana tergamak kau kata begitu?

Orang Melayu secara tradisinya memang beragama Islam. Bila kau kata orang Melayu pun perlu ada kebebasan memilih agama, maknanya kau kata tiada masalah kalau Melayu murtad dan masuk agama Kristian, Buddha atau Hindu. Nau'zubillah  Nurul!!!

Tahniah Nurul!! Aku faham kau sedang berusaha gigih untuk memancing undi bukan Islam, dan kenyataan kau ini sudah tentunya disambut baik oleh penyebar agama Kristian, Buddha dan Hindu. Aku yakin mereka 100% akan menyokong Pakatan dalam PRU akan datang, kerana jika Pakatan menang, sudah pastinya mereka akan mendapat lampu hijau untuk bergerak secara terang-terangan bagi menyebarkan agama mereka di kalangan orang Melayu beragama Islam.

Kalau Pakatan menang, jangan terkejut kalau wujud gereja untuk orang Melayu, dengan paderinya pun orang Melayu dan khutbahnya pun dalam Bahasa Melayu. Sebab semasa belum memegang kuasa lagi pun Nurul dan bertegas mengatakan bahawa kebebsan untuk memilih agama perlu diberi kepada orang Melayu.Jadi, tak salah lah di mata Nurul kalau orang Melayu Islam murtad dan masuk agama lain. Kebebasan beragama beb!!

Macam ini ke masa depan Malaysia yang kita mahu? 

Kalau nak kebebasan agama ala Nurul Izzah, undilah Pakatan!

Aku nak tanya juga geng-geng PAS yang kononnya memperjuangkan Islam. Nurul Izzah dah terang-terang menyokong hak Melayu untuk murtad. Apa pendirian PAS dalam hal ini? 

Kalau masih menyokong Pakatan, sah-sahlah perjuangan Islam yang disuarakan PAS sandiwara semata-mata. Yang sebenarnya perjuangan PAS ialah untuk merebut kuasa, Islam cuma sekadar alat untuk meraih undi umat Islam. 

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

1 comment:

  1. http://www.rezabtanahmelayu.blogspot.com/2012/11/lagi-20-tahun-nurul-izzah-jangan.html

    ReplyDelete