Wednesday, November 14, 2012

MURTAD ISU REMEH JE, TAK PAYAH SENTUH DALAM MUKTAMAR PAS.



Apa kecoh-kecoh ni Salahuddin Ayub dan PAS?

Aku cukup musykil tengok tindak-tanduk pemimpin PAS seolah-olah meremehkan isu murtad.
Kawan-kawan boleh baca sendiri laporan tentang kenyataan Naib Presiden PAS tentang isu murtad ini.

Perwakilan Tidak Akan Bentang Isu Remeh

Perwakilan PAS matang memilih isu untuk dibentangkan di Muktamar Pusat PAS Pusat ke 58 dan tidak akan memfokuskan isu remeh melibatkan personaliti beberapa pemimpin yang menimbulkan kontroversi.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, muktamar kali ini memfokuskan usaha terakhir menghadapi PRU 13.

Beliau percaya isu remeh melibatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak akan disentuh.

Kenyataan Nurul Izzah tu isu remeh ke?

Aku ulang semula kenyataan Nurul Izzah ni untuk bacaan semua.

Nurul Izzah ditanya, sama ada kebebasan beragama turut terpakai untuk orang Melayu.

Berikut jawapan Nurul Izzah:

Tidak harus ada paksaan di dalam agama..Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),”kata Nurul Izzah dalam forum bertajuk “Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?,” di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November.

Sekarang ni dari kenyataan tersebut, jelas Nurul mahukan orang Melayu turut diberi kebebasan memilih agama mereka, jadi kalau asalnya Islam nak jadi Kristian, tak salah, kerana ia termasuk dalam kebebasan beragama.

Ini isu melibatkan akidah umat Islam, Salahuddin!! Bukan isu remeh, bukan isu main-main!!

Aku nak tanya kawan-kawan, apa maksud PAS? Parti Islam SeMalaysia.

Apa perjuangan asal PAS? Nak menegakkan Islam.

Kalau dalam Muktamar PAS yang kononnya parti Islam, isu melibatkan akidah umat Islam dan murtad dianggap remeh dan tak perlu disentuh, baiklah PAS tukar terus nama parti dan perjuangan mereka.

Dari Parti Islam SeMalaysia tukarlah nama jadi Parti Pilihanraya SeMalaysia atau Parti Gila Kuasa SeMalaysia kerana matlamat perjuangan PAS jelas semata-mata untuk merebut kuasa dalam pilihanraya!

Isu akidah umat Islam? Perkara remeh!

Isu umat Islam murtad? Langsung tak penting!

Apa yang penting? KUASA!!!

Apa kecoh-kecoh ni Salahuddin dan PAS?

No comments:

Post a Comment