Thursday, February 21, 2013

NURUL IZZAH KEMARUK NAK DEBAT DENGAN RAJA NONG CHIK. PINANGAN DITOLAK TAPI KENDURI KAHWIN BUAT JUGA!

Nurul Izzah dah gila bayang. Pinangan dah kena tolak tapi kenduri kahwin nak buat  juga

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Baru-baru ni Nurul Izzah hantar surat cabar Dato Raja Nong Chik berdebat. Walaupun dah banyak kali Dato Raja Nong Chik dah banyak kali cakap dia lebih suka membantu rakyat dari buang masa berdebat dengan Nurul Izzah, tapi Nurul Izzah tak reti-reti bahasa jugak. Dia masih lagi kemaruk nak berdebat dengan Raja Nong Chik.

Terkini, Nurul Izzah dah siap pasang banner di seluruh Lembah Pantai war-warkan kononnya debat dia dengan Dato Raja Nong Chik akan diadakan pada 24 Februari ni.

Hek eleh, gila bayang ke kau Nurul? Orang dah kata tak nak, kau pulak yang beria-ia sampai setkan tarikh sendiri.

Kau ni macam perempuan kena reject lah Nurul. Orang lelaki dah kata tak hingin, kau pulak yang gila bayang sampaikan setkan tarikh perkahwinan sendiri. Lepas tu kau pasang banner merata-rata ajak orang datang kenduri, siap hantar kad jemputan kahwin lagi! Bak kata pepatah, macam perigi cari timba. Lagi satu pepatah yang sesuai, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!

Yang kau beria-ia sangat nak berdebat ni mengapa Nurul?

Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil berkata, “Walaupun cabaran ini telah ditolak sebelum ini, cabaran itu dikemukakan semula berikutan dakwaan Raja Nong Chik bahawa Nurul Izzah tidak menunaikan tanggungjawabnya di Lembah Pantai.”

“Nurul Izzah kononnya tidak membawa apa-apa kebaikan dan pembangunan kepada Lembah Pantai. Dakwaan ini sangat serius kerana YB Nurul Izzah sebenarnya telah banyak berjasa kepada Lembah Pantai.”

Bila perkara ni diajukan media kepada Dato Raja Nong Chik untuk ulasan, mudah sahaja jawapan Dato Raja Nong Chik.

“Kalau betul dia banyak berjasa untuk Lembah Pantai, senaraikan jasa-jasa yang pernah dia buat. Kita bandingkan dengan khidmat saya kepada penduduk Lembah Pantai. Tak perlu nak debat-debat. Biar penduduk Lembah Pantai sendiri bandingkan sumbangan saya dan Nurul Izzah dan buat pilihan sendiri di peti undi.”

Betul juga cakap Dato Raja Nong Chik tu. Kalau setakat nak banding jasa, tak payah debat, senaraikan je semua jasa-jasa kau. Print risalah dan sebarkan kat semua orang. Lepas tu penduduk boleh bandingkan sendiri jasa kau dengan jasa Dato Raja Nong Chik.

Pasal apa kau tak nak buat macam tu Nurul? Haaaa, jawapannya mudah je, sebab dia memang tak pernah buat jasa di Lembah Pantai. Apa yang dia tahu buat ialah lempar fitnah, curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik dan cuba halang usaha baik yang di bawa oleh Dato Raja Nong Chik.

Tak percaya? Boleh baca sendiri macam mana Nurul Izzah cuba halang pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi dan juga macam mana Nurul cuba curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik di Pantai Permai. Ni baru sikit je aku senaraikan.

Aku pun hairan juga bila Nurul Izzah merengek kononnya tak dapat liputan media untuk menjawab dakwaan Dato Raja Nong Chik. Habis tu media pro-pembangkang kan banyak yang suka buat liputan pasal kau, tiap-tiap hari ada berita pasal Nurul Izzah dalam Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today dan macam-macam lagi! Tu belum ambil kira media parti pembangkang macam Harakah, Suara Keadilan, Selangor Times dan Roketkini. Blogger Pakatan pun ramai. Dalam akhbar Sinar Harian pun kau ada ruangan tetap. Tak cukup liputan lagi ke?

Jadi bila kau merengek kononnya tak dapat liputan media, nampak sangat kau ni kaki temberang.

Nasihat aku kat kau Nurul, dari buang masa merengek nak berdebat, baik kau gunakan masa yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat. Contohilah Dato Raja Nong Chik. Sampai PRU nanti rakyat sendiri akan nilai kau ni memang berjasa atau cuma pandai cakap tapi tak tahu buat kerja!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Monday, February 18, 2013

NURUL IZZAH BAYAR RM50 UNTUK DENGAR CERAMAH ANWAR?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Kelmarin Anwar turun ke Bangsar, kalau tengok sambutan memang hebat. Jauh betul bezanya dari sambutan semasa Anwar turun ke Taman Sri Sentosa tempoh hari. Masa Anwar turun Taman Sri Sentosa tempoh hari, tak sampai 500 orang turun sehinggakan PKR Lembah Pantai kena maki dengan Anwar. Anwar tengking, "Kalau crowd tak sampai 5 ribu, jangan jemput aku turun!!"

Kali ni nampaknya Nurul Izzah dah belajar dari kesilapan. Untuk elak dari dimaki Anwar lagi, Nurul Izzah dah atur awal-awal untuk import orang dari luar sehinggakan orang Selangor pun diangkut beramai-ramai untuk memenuhkan majlis. Lebih 20 biji bas digunakan untuk mengangkut orang luar ke Bangsar!

Aku kebetulan ada kat situ, saja je lah cucuk-cucuk nak dapat info. Aku saja sembang-sembang dengan auntie India yang baru turun bas nak korek maklumat.

"Auntie, saya datang sini dia bagi RM20 saja, auntie dapat berapa?"

Auntie tu jawab, "Itu you sudah kena tipu. Mesti orang you ambik duit. Saya dapat RM50."

Ooooooh, dapat RM50 seorang rupanya nak datang ke ceramah Anwar.

"Auntie datang dari mana?"

Auntie tu jawab lagi, "Saya datang dari PJ."

Uissshhh, orang Selangor rupanya. Bukannya orang Lembah Pantai pun!

Patutpun ceramah Anwar nampak macam ramai orang, penuh dengan orang luar rupanya!

Boleh tengok sendiri video dan gambar-gambar di bawah sebagai bukti:



Plet bas Johor. Aikkk... Jauhnya datang sampai ke Bangsar? Pengundi hantu PKR di Lembah Pantai ke?

Plet Selangor. 




Rakan blogger aboudiabydoo & Berita Lembah Pantai turut melaporkan taktik terdesak Nurul Izzah.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Sunday, February 17, 2013

NURUL IZZAH ANGGAP PONGGAL LEBIH PENTING DARI SOLAT?



Apa kecoh-kecoh ni Anwar Ibrahim & Nurul Izzah?

Aku cukup risau tengok telatah anak-beranak Nurul & Anwar ni.

Baru-baru ni di Taman Seri Sentosa, Lembah Pantai, PKR telah menganjurkan sambutan Pesta Ponggal. tak salah nak buat Pesta Ponggal, baguslah nak wujudkan perpaduan sesama kaum, tapi yang tak berapa kena ialah masa sambutan tu dibuat.

Pesta Ponggal tu dibuat dari pukul 7 hingga lepas Isyak. Masa nak solat Maghrib, masa tulah dia nak berpesta sakan.

Bila masuk waktu Maghrib, ada orang tanya Nurul Izzah, "YB, kita takda berhenti solat Maghrib ke?"

Nak tahu apa jawapan Nurul Izzah?

Sambil gelak-gelak kecil, Nurul Izzah jawab, "Takpa, sembahyang ni kita boleh qadha."

Uishhh... Hebat betul ulama PKR Nurul Izzah ni. Hukum Islam kata qadha solat tu dibenarkan kalau tertidur atau terlupa. Ada juga yang kata dibenarkan qadha kalau darurat, kalau kecemasan sampai takda masa atau peluang untuk tunai solat. Ni ajaran mana pulak boleh qadha solat untuk Pesta Ponggal ni?  

Nurul ada tertidur ke tengah pesta Ponggal tu sampai terlepas solat? TAK!!

Nurul terlupa ke dah masuk waktu Maghrib? TAK!!

Pesta Ponggal tu masuk dalam kategori darurat ke sampai boleh meninggalkan solat? TAK!! 

Lagipun pesta tu kau sendiri yang anjurkan Nurul, pasal apa pilih time solat Maghrib? Mengapa tak buat lepas pukul 8.30 malam?

Masa umat Islam nak solat Maghrib, masa tu lah kau dan Papa Hebat, Anwar Ibrahim nak berpesta.

Isy.. Isyy.. Isyy...

Memang tambah berdaulatlah Islam di bawah pimpinan anak beranak Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah ni.

Tak sia-sia PAS nobatkan diorang sebagai pemimpin.

Nak membangun bersama Islam apa mendanya, bangun solat pun tak boleh! Tapi kalau bangun joget, goyang gerudi, anytime!!

Takbirrr!!!

Apa kecoh-kecoh ni Anwar & NO ROLE?

Thursday, February 14, 2013

TURUNKAN BANNER: NURUL IZZAH TUDUH BN ZALIM MACAM DAP?




Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Baru-baru ni Nurul Izzah asyik merengek kononnya banner dia tak boleh dipasang dan asyik diturunkan.

Aku ada soalan mudah:

Kau pasang banner tu ada minta permit tak?

Aku tanya kawan aku kat DBKL, dia kata sekali pun DBKL tak pernah terima permohonan permit pasang banner dari Nurul.

Haiiii Nurul, kalau takda permit pasang banner, mengapa kau nak marah bila banner diturunkan?


Eh Nurul, kalau takda permit, banner kau sama taraf macam iklan haram Ah Long dengan Tukang Urut tau?

Kau sibuk melalak kononnya Kerajaan BN zalim, tapi sekurang-kurangnya tak pernahlah Kerajaan BN kenakan denda atau kompaun kat kau kerana letak banner haram.

Walaupun kau pasang banner haram, tak pernahlah Kerajaan BN sampai haramkan kau dari pasang banner atau poster semasa PRU.

Tapi di Penang, Kerajaan DAP bukan setakat kenakan denda atau kompaun malahan BN DIHARAMKAN dari memasang poster atau banner semasa PRU akan datang ni!

Tak percaya? Boleh baca sendiri laporan ni:

GEORGE TOWN: The Penang Municipal Council will issue a compound notice to Barisan Nasional, tentatively next week, over the illegal setting up of some 10,000 1Malaysia flags here.
MPPP councillor Ong Ah Teong said the council held the coalition responsible and would finalise the amount and send it to the state Barisan elections operation centre in Datuk Keramat.
“The cost would include labour charge, lorry fees and others,” he said during a press conference at the council’s enforcement office in Jalan Timah yesterday.
“State Gerakan Youth vice-chief Ng Say Kheng had applied for permit to put up 1,000 Barisan party flags at five locations – Jalan Datuk Keramat, Jalan Air Itam, Jalan Masjid Negeri, Jalan Thean Teik and Jalan Tereng-ganu,” he pointed out.
“Only about 200 Barisan flags were put up, while about 10,000 1Malaysia flags were put up illegally instead.”
Penang Chief Minister Lim Guan Eng’s political secretary Ng Wei Aik, who was also present, said they would advise the local councils not to issue permits to Barisan to put up flags during the general election campaign period if Barisan or Penang Barisan Youth chief Oh Tong Keong refused to pay the compound.
Oh said Barisan could not stop the council from issuing a compound notice to it.
“I would like to stress that we are not behind the setting up of the illegal flags. If they have proof, then they should make a police report.
“The flags could have been put up by supporters of Barisan. It was not even Barisan’s logo on the flags,” he said, adding that they would look into the matter once they had received the compound notice.
As for permits to put up flags for the election campaign, Ong said “we’ll cross the bridge when we come to it”.

Sekarang ni siapa yang zalim Nurul? BN atau Pakatan?

Jelas bila dah dapat kuasa, maka terserlah kezaliman dan sikap kuku besi Pakatan yang ditunjangi DAP!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

Wednesday, February 13, 2013

DAP PENANG TERDESAK, LARANG PASANG BENDERA BN SEMASA PRU



Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Haiii…. Terdesak betul nampaknya DAP Penang sampai BN nak pasang bendera semasa PRU pun dia larang.

Selama ni dia melalak sana-sini kononnya dia pejuang demokrasi, jaguh kebebasan bersuara, tapi bila dia pegang kuasa terus nampak kezaliman dan sikap kuku besinya.  

GEORGE TOWN: The Penang Municipal Council will issue a compound notice to Barisan Nasional, tentatively next week, over the illegal setting up of some 10,000 1Malaysia flags here.
MPPP councillor Ong Ah Teong said the council held the coalition responsible and would finalise the amount and send it to the state Barisan elections operation centre in Datuk Keramat.
“The cost would include labour charge, lorry fees and others,” he said during a press conference at the council’s enforcement office in Jalan Timah yesterday.
“State Gerakan Youth vice-chief Ng Say Kheng had applied for permit to put up 1,000 Barisan party flags at five locations – Jalan Datuk Keramat, Jalan Air Itam, Jalan Masjid Negeri, Jalan Thean Teik and Jalan Tereng-ganu,” he pointed out.
“Only about 200 Barisan flags were put up, while about 10,000 1Malaysia flags were put up illegally instead.”
He said the council would seek advice from the State Legal Advisor on what to do with the seized flags.
Penang Chief Minister Lim Guan Eng’s political secretary Ng Wei Aik, who was also present, said they would advise the local councils not to issue permits to Barisan to put up flags during the general election campaign period.
Oh said Barisan could not stop the council from issuing a compound notice to it.
“I would like to stress that we are not behind the setting up of the illegal flags. If they have proof, then they should make a police report.
“The flags could have been put up by supporters of Barisan. It was not even Barisan’s logo on the flags,” he said, adding that they would look into the matter once they had received the compound notice.
As for permits to put up flags for the election campaign, Ong said “we’ll cross the bridge when we come to it”.

Kalau time dia jadi pembangkang dulu, Pakatan dan DAP kerap tuduh Kerajaan BN zalim, kononnya tak bagi pembangkang pasang bendera merata-rata.

Aku nak tanya balik penyokong pembangkang, pernah tak BN larang pembangkang pasang bendera masa pilihanraya? Pernah tak?

Tak pernah! Malah dibenarkan letak di merata-rata tempat!

Tapi di Penang sekarang, bukan sahaja nak pasang bendera semasa lawatan PM pun tak boleh, malah masa PRU nanti pun pemasangan bendera BN DIHARAMKAN oleh Kerajaan DAP Penang!

Tapi kalau nak letak bendera DAP, takda masalah! Letaklah kat mana-mana pun. Kerajaan DAP takkan kenakan kompaun. Kompaun hanya untuk orang yang pasang bendera BN atau 1Malaysia sahaja.

Sekarang siapa yang zalim sebenarnya?

 Orang zalim macam ni kita nak bagi perintah negara?

Na’uzubillah!

Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Tuesday, January 29, 2013

APA NURUL IZZAH BUAT DI PARLIMEN UNTUK ORANG LEMBAH PANTAI?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Dah hampir 5 tahun Nurul Izzah dipilih oleh penduduk Lembah Pantai menjadi Ahli Parlimen. Tapi dalam tempoh tu, berapa banyak soalan khusus mengenai Lembah Pantai yang dia tanya di Parlimen?


Dalam masa 5 tahun, tak sampai sebelah tangan pun jumlah soalan yang ditanya khusus mengenai Lembah Pantai.

Habis tu, apa yang Nurul buat di Parlimen?

Parlimen tu jadi tempat Nurul Izzah buat sidang media je, nak sebar fitnah dan tohmah.

SIDANG MEDIA FITNAH KEDAI RAKYAT  1MALAYSIA


Nurul Izzah dakwa barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia sebenarnya lebih mahal dari kedai-kedai biasa.


Habis tu mengapa bila dia buat hamper sumbangan, barangannya dibeli dari Kedai Rakyat 1Malaysia?

SIDANG MEDIA FITNAH KAPAL SELAM


 Nurul Izzah dakwa kononnya Malaysia beli kapal selam yang tak boleh menyelam.


Tapi bila kapal selam ni dibuktikan dapat menyelam malah dengan DYMM Yang di Pertuan Agong sebagai penumpang maka jelaslah Nurul Izzah cuma pandai fitnah sahaja.

Selain dari tempat sebar fitnah dan tohmah, Parlimen juga jadi ruang Nurul Izzah mempertahankan bapa dan dirinya.



Bila Anwar isytihar bahawa dia “MENYOKONG SEMUA USAHA UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN NEGARA ISRAEL”,  Nurul Izzah jadikan Parlimen ruang untuk mempertahankan kenyataan bapanya.


Bila Nurul Izzah dikecam hebat umat Islam ekoran kenyataannya mahukan Melayu diberi hak untuk murtad, Nurul Izzah jadikan Parlimen ruang untuk mempertahankan dirinya.

Hei Nurul, orang Lembah Pantai pilih kau jadi Ahli Parlimen untuk memperjuangkan hak penduduk Lembah Pantai, bukan untuk sebar fitnah dan tohmah atau untuk kepentingan diri!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE? 

Wednesday, January 23, 2013

AWAS JERAT NURUL IZZAH, WAKIL RAKYAT PILIHANRAYA!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Eh, apa benda wakil rakyat pilihanraya ni?

Oooh, wakil rakyat pilihanraya ialah calon wakil rakyat yang hanya muncul sejurus sebelum pilihanraya. Lepas menang dulu, haram muka tak nampak. Tapi mentang-mentanglah pilihanraya dah dekat, tiba-tiba je dia ni muncul semula.

Contoh terbaik ialah Nurul Izzah.

Lepas menang dulu, Nurul Izzah jarang jejak kaki kat Lembah Pantai ni. Dia lebih suka goyang kaki, makan angin ke luar negara sambil memburukkan nama Malaysia di mata dunia. 

Kononnya Malaysia ni banyak rasuah, banyak kacau-bilau, tak selamat – sampai pelabur dan pelancong asing pun takut nak ke mari. Lepas tu bila pelabur dan pelancong tak datang, yang merana ialah rakyat Malaysia sendiri kerana ekonomi negara terjejas. Bila ekonomi terjejas, Nurul Izzah tuding jari menyalahkan Kerajaan, padahal punca ekonomi merudum sebenarnya ialah dia sendiri!

Contoh terbaik ialah isu kapal selam. Dia pergi ke Indonesia, buat sidang media besar-besaran jaja cerita kononnya kapal selam Malaysia tak boleh menyelam! Jadi Malaysia pun jadi bahan momokan masyarakat antarabangsa, kononnya langsung tak efisien. Tapi bila diadakan majlis perasmian dengan DYMM Yang diPertuan Agong sendiri berada di atas kapal selam tersebut semasa ia menyelam, terdiam Nurul Izzah. Tapi pada masa itu nama Malaysia dah pun diburukkan di mata orang asing.

Dek kerana jarang turun padang, maka bila sekali-sekala buat majlis, Nurul Izzah boleh sesat-larat! Lembah Pantai tak besar mana pun boleh sesat?

Tak percaya? Boleh baca sendiri tweet si Nurul ni.

Alhamdulillah ramai turut serta dalam pertandingan mewarna yg kami anjurkan :) -medan angkasa

Aduhai Nurul… Mana ada tempat nama Medan Angkasa kat Lembah Pantai. Tempat program kau tu ialah Dataran Angkasa Jaya…

Apa ni Nurul? Nama tempat program sendiri pun tak tahu ke?

Lepas tu, sebab dia jarang turun padang, maka nak tahu pasal kejadian pun tumpang tweet Dato’ Raja Nong Chik.

Bila ada kebakaran kecil di Lembah Pantai, Dato’ Raja Nong Chik segera minta wakilnya datang melawat mangsa untuk hulurkan bantuan. Dato’ Raja Nong Chik juga minta DBKL untuk segerakan pembaikian.

Dpt makluman kebakaran kecil dapur @Blok B,PPR Kerinci.Peg saya hadir utk dpt butiran mangsa.Terima kasih anggota Bomba atas kecekapan anda!

Bila Nurul Izzah baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik dan tahu pasal kebakaran ni, dia pun jadi tak tentu arah. Bayangkan kawan-kawan, nak tahu pasal kebakaran di Lembah Pantai pun kena baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik. Apa jenis wakil rakyat macam ni?

Bila dapat tahu Dato’ Raja Nong Chik dah hantar wakil, dia pun tak nak kalah, hantar juga wakil dia…

‎"Kebakaran kecil Blok D PPR Kerinchi (bhg dapur).Wakil Nurul Izzah (@n_izzah) hadir melihat kerosakan

Malangnya hantar wakil pun tempat salah… Kebakaran di Blok B PPR Kerinchi, wakil dia pergi Blok D PPR Kerinchi. Lepas tu Nurul Izzah dengan bangganya dabik dada konon dah hantar wakil, padahal dia tak sedar, wakil pergi tempat salah!!!

Itulah Nurul, orang lantik jadi wakil rakyat, tak nak buat kerja betul-betul. Dato’ Raja Nong Chik hantar wakil aku tak hairan, sebab dia Menteri, jadi banyak perkara yang perlu diuruskan, bukan setakat Lembah Pantai semata-mata.

Tapi kau tu Ahli Parlimen Lembah Pantai sepenuh masa. Sepatutnya 24 jam kau ada di Lembah Pantai. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kau yang dapat tahu dulu, bukan dapat tahu dari Twitter Dato’ Raja Nong Chik. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kaulah yang dulu sampai, bukannya sekadar hantar wakil.

Itulah kau, lebih suka makan angin dari berkhidmat untuk penduduk Lembah Pantai. Tahun ni je berapa negara kau dah pergi untuk makan angin sambil burukkan nama Malaysia di mata dunia? Aku rasa si Nurul ni lebih arif tentang tempat-tempat di London, Australia, Turki, Singapura dan Indonesia berbanding dengan tempat-tempat di Lembah Pantai!

Sebab tak biasa turun padang tu lah, bila sekarang dia cuba memancing undi dengan turun majlis pengkebumian orang boleh tanya, “Eh, awak ni siapa ye? Sedara arwah ke?”

Orang Lembah Pantai pun tak kenal siapa Nurul Izzah!! Aku harap jangan ada yang terpedaya dengan kemunculan tiba-tiba Nurul Izzah di Lembah Pantai!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?