Friday, June 12, 2015

ISU SARONG JPJ ADALAH PROSES ISLAMISASI TERANCANG – TIMBALAN KETUA MENTERI PENANG

Apa kecoh-kecoh ni P. Ramasamy?

Sebelum ni P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Penang dari DAP telah menunjukkan kebodohannya dengan menuduh pelarian Rohingya sebagai cara BN untuk menambah pengundi hantu.

Sekarang dia buat bodoh lagi.

Apa kata P. Ramasamy sekarang?



“Sarong” measure is not a slip but a deliberate and systematic attempt to impose Islamic dress code on non-Muslims!!

“Isu sarong bukan kesilapan tetapi tindakan sistematik yang disengajakan untuk memaksa kod pakaian Islam ke atas bukan Islam!!”

Ini berkaitan isu wanita Cina berpakaian skirt pendek di JPJ yang diminta untuk memakai kain sarung.

Betapa cetek dan dangkalnya pemikiran Timbalan Ketua Menteri Penang ini. Penggunaan kod etika berpakaian dikatakannya cara untuk memaksa orang bukan Islam mengikut kod berpakaian Islam!

Ramasamy, kalau pakai sarung tu belum kira tutup aurat tau. Kalau nak ikut kod berpakaian Islam yang betul, semua orang yang pergi JPJ kena pakai tudung, pakai baju labuh seluruh badan. Kalau setakat pakai sarung, kepala terdedah, ketiak terdedah, itu bukan kod berpakaian Islam tahu!!

Kau ni dah berapa lama tinggal kat Malaysia? Beza antara berpakaian sopan dan berpakaian menutup aurat pun tak tahu ke?

Cuba tengok gambar ni. Ni gambar import dari India, negeri asal kau.


Habis lah India P. Ramasamy, semua orang dah pakai macam orang Islam sebab di kampung semua orang pakai kain sarung!! Kat sana pun ada “tindakan sistematik yang disengajakan untuk memaksa kod pakaian Islam ke atas bukan Islam” juga ke?

Apa kecoh-kecoh ni P. Ramasamy?

Wednesday, June 10, 2015

BURUKNYA PUAK LIBERAL PAS MERAJUK


Apa kecoh-kecoh ni Mazlan Aliman?

Biasanya lepas pemilihan parti, ahli-ahli akan kembali bersatu dan bersama demi perjuangan parti. Lebih-lebih lagi PAS, yang kononnya parti Islam berasaskan ukhwah dan silaturrahim. Tapi lain pula jadinya selepas Muktamar PAS kali ini.

Puak liberal PAS yang kalah teruk dalam pemilihan kali ini semuanya merajuk tak nak pegang sebarang jawatan dalam parti. Yang paling teruk sekali ialah Mazlan Aliman, satu-satunya calon puak liberal yang berjaya menang kerusi Majlis Tertinggi PAS.

Apa kata Mazlan Aliman?

“Saya akan menolak kedudukan ini kerana tidak berminat dalam politik parti dan hanya akan bergiat sebagai aktivis.”

Laaaaa…. Kalau dah tak berminat dengan politik parti, pasal apa sebelum ni kau terima pencalonan lepas tu siap berkempen lagi? Tak ke buang masa je? Baik kau tolak awal-awal pencalonan, tak payah buang masa, tenaga, wang untuk berkempen. Boleh terus tumpukan untuk jadi aktivis.

 Lagipun kau sekarang kena kerja kuat kumpul duit untuk bayar Felda. 

Pasal apa ya? Sebab baru-baru ini mahkamah dapati dia bersalah memfitnah Felda dan diarahkan untuk membayar pampasan RM0.5 juta kepada Felda sebagai pampasan.

Setengah juta woooo… Bukan sikit tuuu…

Jadi eloklah juga kau tolak jawatan dalam parti dan kerja keras kumpul duit bayar hutang. Kalau tak nanti jatuh bankrap pula.


Apa kecoh-kecoh ni Mazlan Aliman?

DRESS CODE PUN TAK FAHAM KE, TERESA KOK?

Apa kecoh-kecoh ni Teresa Kok?

Baru-baru ni kecoh apabila seorang wanita Cina berpakaian skirt pendek diminta memakai kain sarung sebelum boleh berurusan di JPJ. Ini adalah kerana JPJ sepertimana semua jabatan kerajaan mengamalkan kod etika berpakaian di mana semua pelanggan perlu berpakaian sopan.

Tapi bila wanita Cina ni mengamuk di media sosial, ramailah yang menjadi hero tahi kucing membela wanita berkenaan. Antara hero tahi kucing ini ialah Teresa Kok.

Apa kata Teresa Kok?

JPJ is not mosque, why does this department impose such dress code rules?

JPJ bukan masjid, mengapa jabatan ini mensyaratkan kod etika berpakaian?

Hai Teresa Kok, Kod etika berpakaian ini terpakai untuk semua jabatan kerajaan. Bukannya JPJ saja-saja cipta kod etika baru.  Kau tak pernah pergi berurusan dekat jabatan kerajaan ke?

Cuba baca elok-elok kod etika tu:

Pelawat mestilah berpakaian KEMAS, BERSIH dan SESUAI dengan amalan masyarakat Malaysia.

Antara cara berpakaian sopan ialah skirt panjang di bawah paras lutut

Wanita Cina tempoh hari pakai skirt atas lutut, maka dia dah melanggar kod etika berpakaian.

Susah sangat ke nak faham?

Semua tempat ada kod etika berpakaian, Teresa Kok. Bukan masjid sahaja ada kod etika berpakaian. Cuba kau pergi Parlimen pakai bikini, agak-agak kakitangan Parlimen bagi tak kau masuk?

Tapi yang lebih membimbangkan, JPJ tunduk kepada tekanan dari hero-hero tahi kucing macam Teresa Kok dan memohon maaf kepada wanita Cina berkenaan.

Bila JPJ memohon maaf, maknanya kod etika berpakaian untuk semua jabatan kerajaan tu dah tak terpakai dan boleh dibuang dalam tong sampah. Jadi selepas ini kalau rasa nak pergi jabatan kerajaan pakai spenda atau berlengging tak pakai baju, silakan.

Kalau kena tahan, jawab saja: Jabatan kerajaan bukan masjid, mengapa nak mensyaratkan kod etika berpakaian?

Apa kecoh-kecoh ni Teresa Kok?

SIAPA PILIHAN HATI AZMIN?


Apa kecoh-kecoh ni Azmin Ali?

Sekarang ni Azmin Ali dalam dilema, tak boleh nak tidur lena. Bila mata terpejam asyik terbayang wajah dua rupawan – seorang manis bertudung litup, seorang seksi berpakaian cheongsam. Mana satu pilihan hati?

Mahfuz Omar dari PAS telah beri kata dua kepada Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dari PKR – pilih PAS atau DAP sebagai rakan pentadbir di Selangor. Ugutan yang sama turut dibuat oleh Tony Pua dari DAP.

Jadi sekarang Azmin Ali dalam dilema. Dia terhutang budi kepada PAS dan Haji Hadi kerana dia hanya berjaya menjadi Menteri Besar berkat sokongan PAS. Kalau tak, Wan Azizah yang jadi Menteri Besar.

Pada masa yang sama, perjuang PKR sebagai parti liberal dan sekular lebih mirip dengan perjuangan DAP berbanding PAS yang memperjuangkan negara Islam.

Mimpi indah Azmin Ali kini bakal bertukar jadi mimpi ngeri!


Apa kecoh-kecoh ni Azmin Ali?

PAS VS DAP – SIAPA MEMBELIT, SIAPA TERBELIT?



Apa kecoh-kecoh ni PAS dan DAP?

Susulan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, maka Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Tony Pua di Selangor pula telah memberikan kata dua kepada PAS – letakkan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor!!

Maka kelam-kabutlah PAS cuba mempertahankan kedudukannya di Selangor dan Pulau Pinang.

Ini komen Lim Guan Eng:

Menurut Guan Eng. apa yang membuatkan beliau tidak faham ialah kenapa pemimpin-pemimpin Pas seolah-olah tidak berani membuat tindakan susulan yang logik iaitu mengeluarkan arahan peletakan jawatan kepada wakilnya dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Katanya, ini adalah kerana usul Dewan Ulama yang menggesa parti itu dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dengan DAP diterima secara muktamad pada Muktamar Pas ke-61 minggu lalu.

Beliau turut bertanyakan kepada kepimpinan Pas: “Adakah pertahankan jawatan lebih penting daripada prinsip?”

“Kalau pemimpin-pemimpin Pas ada amalan yang jelas, pasti serta konsisten, berpeganglah kepada prinsip. Cakaplah serupa bikin. Sebelum ini mereka menerima usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP, kini mereka kata perlu rujuk (Majlis Syura Ulama) pula. Mereka sepatutnya guna perkataan rujuk bukan terima.

“Mungkin sekarang mereka terpaksa membuat keputusan melepaskan jawatan, oh.. sekarang mereka cuba pusing balik. Adakah ini perkara pertama yang dilakukan oleh kepimpinan baharu Pas? Ini saya rasa akan dipersoalkan,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Pas tidak perlu memutar belit kenyataannya sendiri dengan memberi alasan bahawa usul memutuskan hubungan dengan DAP itu perlu dirujuk kepada pihak lain pula kerana sudah jelas parti berlabel Islam itu telah menerima usul berkenaan.

“Kalau begitu, kenapa mereka menggunakan perkataan usul itu diterima? Sebagai parti yang berpengalaman dan matang, takkan awak guna perkataan diterima? Kalau cakap rujuk, kena guna perkataan dirujuk bukan diterima? Apa maksud diterima? Saya rasa kita tidak perlu berbelit-belit dalam hal ini. Kalau hendak putus, kita terima keputusan tetapi ambil tindakan susulannya,” katanya.

Ada penyokong PAS yang cuba beri justifikasi, kononnya yang memutuskan hubungan ialah DAP dahulu di mana DAP Sabah dan Sarawak telah menendang PAS Sabah dan Sarawak keluar dari Pakatan Rakyat manakala DAP Pusat sendiri telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Haji Hadi. Maka tidak salah untuk PAS pula memutuskan hubungan dengan DAP.

Tapi PAS tidak sedar jarum halus DAP yang cuba untuk mencucuk PAS agar melatah.

JIka kita lihat, di Sabah dan Sarawak pengaruh PAS memang hampir tiada, jadi DAP tidak memerlukan bantuan PAS untuk menang kerusi di negeri-negeri tersebut. Maka tiada masalah jika DAP putuskan hubungan dengan PAS. Cuba lihat negeri-negeri di Semenanjung, ada DAP negeri yang berani putuskan hubungan? TAKDA!!! Kerana mereka sedar, tanpa bantuan PAS, susah nak menang.

Begitu juga tindakan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS. DAP dah nyatakan mereka masih boleh bekerjasama dengan pemimpin PAS lain, jadi urusan pentadbiran seharian masih boleh dijalankan. Tiada impak langsung bila putus hubungan dengan Presiden. Selepas putus hubungan pun, PAS masih bantu DAP & PKR semasa PRK Permatang Pauh.

Tapi bila PAS melatah dan putuskan hubungan secara keseluruhan dengan DAP, jelaslah PAS sudah terperangkap dengan mainan politik DAP.

Bila PAS putuskan hubungan,  DAP cepat-cepat mencanangkan kononnya pimpinan PAS tiada pendirian tetap dan hanya gilakan jawatan dan kuasa kerana tidak sanggup meletak jawatan dalam kerajaan negeri.

Dan boneka DAP dalam PAS seperti Mat Sabu dan Mujahid yUSOF cepat-cepat letak jawatan dan cabar pemimpin PAS lain buat perkara yang sama. Kalau tak buat memang gila jawatan dan kuasa.

Jadi PAS pun dah terbelit. Nak tarik balik keputusan putuskan hubungan, Muktamar PAS dah setuju. Kalau nak teruskan tapi tak nak letak jawatan, nampak macam PAS gila kuasa.

Jadi macam mana?

DAP membelit, PAS terus terbelit!!

Apa kecoh-kecoh ni PAS & DAP?

Monday, June 8, 2015

CERAI DENGAN DAP CUMA SANDIWARA PAS – MAT SABU


Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu?

Selepas tumpas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS, Mat Sab terus menyerang kepimpinan PAS.

Aku petik dari portal pro pembangkang, Malaysiakini:

Mat Sabu: Perceraian Dengan DAP Hanya Helah Untuk Merebut Kuasa

Kelantangan untuk memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar PAS minggu lepas
hanya sandiwara yang digunakan untuk memenangi kerusi kepimpinan tertinggi parti, dakwa bekas Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

"Sekarang saya boleh lihat - label (negatif) pada orang lain, Anwarinas, ejen DAP - ini semua hanya satu cara untuk mendapatkan jawatan (dalam parti)," kata pemimpin yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Sekarang mereka telah mendapat kedudukan mereka, mereka cuba untuk berbaik-baik semula dengan DAP. Malangnya, pemimpin PAS yang membina Pakatan Rakyat dari awal telah dihalau keluar," katanya.

"Adakah hanya jawatan yang mereka kejar? Semoga tuhan menunjukkan kepada kita kebenaran," sambung beliau.

Nadanya macam kecewa je Mat Sabu. Bila dah kalah macam-macam alasan lah yang diberikan. 

Hakikatnya kau memang keldai DAP dari awal lagi. Tapi bila PAS dah tak rela jadi kuda tunggangan DAP, kau kena tendang keluar dan mulalah kau meroyan.

Kalau dah kalah tu buatlah macam orang kalah, kembali masuk saf, ikut kata pemimpin. Tapi kau terus buat kacau.

Betul ke kau pengikut PAS, atau memang agen DAP yang nak memecah-belahkan PAS?

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu?

Sunday, June 7, 2015

DAP DAH LAMA RANCANG JADIKAN PASMA PARTI POLITIK – RONNIE LIU

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu & Phahrolrazi?

Selama ini  Presiden PASMA, Phahrolrazi Zawawi sering menekankan bahawa PASMA hanya sekadar NGO yang akan kekal dalam PAS  dan tiada rancangan untuk menjadikannya parti politik. 

Tapi sekarang tembelang Phahrolrazi dah pecah.

Boleh baca sendiri Facebook pemimpin DAP Ronnie Liu:


Mudah-mudahan Mat Sabu dan rakan2 akan keluar en block (beramai-ramai) dan jadikan PASMA parti politik SEPERTI DIRANCANG.

PKR + DAP + PASMA = Satu Pakatan Rakyat yang baru

Tu diaaaa!!!

Mat Sabu dan geng-geng PASMA rupa-rupanya selama ni BERBOHONG pada semua ahli PAS!! Kononnya akan kekal setia dengan PAS, rupanya dah lama RANCANG nak tubuhkan parti politik dan menjadi sekutu DAP!!

Ini bukan fitnah, kerana yang pecahkan tembelang mereka ialah sekutu rapat, teman sekatil mereka sendiri iaitu DAP!!

Dan DAP pula sudah semestinya bertepuk tangan dengan kewujudan parti PASMA kerana setelah gagal memperkudakan PAS, kini sudah muncul keldai baru PASMA yang sudi malah gembira menjadi haiwan tunggangan DAP!!


Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu dan Phahrolrazi?

Friday, June 5, 2015

MANA HILANGNYA DARAH PAHLAWAN BUGIS , NAJIB?


Apa kecoh-kecoh ni Datuk Seri Najib?

Aku sebenarnya ternanti-nanti acara Nothing To Hide yang sepatutnya menjadi medan PM, Najib Tun Razak menjelaskan tentang isu 1MDB. Malangnya pada saat akhir, Najib tak jadi turun, kononnya atas nasihat PDRM yang risau tentang ancaman keselamatan. Tapi Tun M turun dan bila PM tiada, maka acara ini menjadi medan untuk Tun M menghentam PM mengenai isu 1MDB.
Tapi Tun M pun tak dapat berucap lama, selepas 5 minit dia dihalang oleh PDRM dari meneruskan ucapan.

Soalan aku:

1. Apakah ancaman keselamatan yang memaksa PDRM membatalkan majlis tersebut? Adakah ia ancaman terhadap PM? Mengapa dalam majlis ini tiba-tiba timbul ancaman sedangkan sebelum ini PDRM dah meluluskan acara tersebut, jadi sudah pastinya PDRM telahpun membuat persediaan untuk melindungi PM?

2. Sekiranya ada ancaman terhadap PM, mengapa PDRM halang majlis diteruskan sedangkan PM tiada di situ? Kalau tiada PM, sepatutnya tiadalah ancaman keselamatan kan? Mengapa Tun M dihalang berucap?  Sepatutnya penganjur sahaja yang berhak menghalang Tun M berucap, bukannya PDRM.

3. Adakah acara itu sendiri dianggap sebagai ancaman keselamatan? Jika ya, mengapa PDRM luluskan penganjurannya sebelum ini? Lebih baik tolak sahaja permohonan penganjur!

Sekarang ini bermacam spekulasi dibuat terhadap pembatalan acara ini. Salah satu spekulasi tersebut ialah kononnya PM takut bila Tun M muncul sedangkan dia tidak sepatutnya hadir di acara tersebut. Kononnya PM takut nak bersemuka dengan Tun M atau dalam istilah lebih professional, kecut teloq!!

Betul ke PM?

Satu-satunya cara untuk PM menangkis spekulasi ini ialah dengan mengadakan majlis bersama Tun M. Biar masing-masing bentangkan hujah dan kita sebagai rakyat menjadi hakim, hujah siapa yang lebih meyakinkan.

Macam mana? Ada berani ke PM?

Apa kecoh-kecoh ni Datuk Seri Najib?

Monday, June 1, 2015

KERAJAAN MALAYSIA LEBIH TERUK DARI KOMUNIS – DAP


Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong mendakwa tahap kawalan harga barangan Malaysia lebih teruk dari negara komunis

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Seorang ahli parlimen DAP mempersoalkan kawalan harga Putrajaya selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dan mengatakan bahawa kerajaan komunis pun tidak mengenakan kawalan ketat seperti ini.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong menggesa kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan Peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Mekanisme untuk Menentukan Keuntungan Melampau) (Margin Keuntungan Bersih) 2014.

Menurut ahli parlimen itu, pihak berkuasa telah mengadakan rondaan setiap hari untuk memeriksa tahap keuntungan melampau berdasarkan aduan dan beberapa peniaga telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau juga memberi amaran bahawa banyak perniagaan mungkin akan gulung tikar jika ini berterusan.

Bernama melaporkan awal bulan ini bahawa Trendell Sdn Bhd, pemilik  Jaya Grocer Supermarket, merupakan syarikat pertama yang dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk "keuntungan tinggi yang tidak berpatutan"  ekoran perbuatan mereka menaikkan harga jualan bendi yang terlalu tinggi.

Apa kecoh-kecoh ni Liew Chin Tong?

Aku hairan betullah dengan geng-geng DAP dan Pakatan Rakyat ni ni. Bila harga barang naik, dia salahkan kerajaan kerana tak kawal harga. Bila kerajaan bertindak tegas untuk kawal harga, dia marah kerajaan balik, kononnya lebih kejam dari komunis dan akan menyebabkan banyak perniagaan gulung tikar.

Habis tu, apa yang kau nak kerajaan buat sebenarnya?

DAP dan Pakatan kena ingat, ahli parlimen mereka dipilih oleh rakyat dan rakyat mahukan kawalan harga supaya harga tak naik melampau. Janganlah kerana towkay-towkay dalam DAP dah panas bontot kerana tindakan tegas kerajaan, korang cuba nak sabotaj usaha murni kerajaan pula.

Dalam kes yang dirujuk (Jaya Grocer), mereka telah menaikkan harga bendi dari RM3.10/kg sebelum GST menjadi RM9.70/kg selepas GST. Naik lebih dari 300%! GST kena 6% je, macam mana harga sayur boleh naik sampai lebih dari 300%!

Memang patut kena tindakan kerana ambil untung secara melampau!

Tapi disebabkan Jaya Grocer ni dimiliki Cina penyokong kuat DAP, maka DAP pun melompatlah bila Jaya Grocer kena tindakan. Terus dituduhnya kerajaan lebih zalim dari komunis!!

Aku nak tanya balik Liew Chin Tong dan geng-geng DAP serta Pakatan Rakyat – mana lebih zalim, ambil tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga terlampau tinggi atau membiarkan peniaga tak berhati perut ni terus memeras rakyat marhaen sehingga mereka tak mampu beli makanan?

Apa kecoh-kecoh ni Liew Chin Tong?