Showing posts with label 1MDB. Show all posts
Showing posts with label 1MDB. Show all posts

Monday, August 3, 2015

RM2.6 BILION DERMA RUPANYA…TAPIIII…..


Apa kecoh-kecoh ni Najib?

SPRM mengesahkan bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi YAB PM, Dato’ Sri Najib Tun Razak ialah derma dari luar negara dan bukannya wang yang diselewengkan dari 1MDB.

Alhamdulillah. Baguslah kalau begitu.

Susulan kenyataan SPRM, Pengarah Strategik & Komunikasi BN, Datuk Rahman Dahlan telah keluarkan kenyataan susulan mengatakan tidak salah bagi wang derma untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri/Presiden UMNO. Juga tidak wujud undang-undang menghalang penerimaan derma tersebut walau sebesar manapun jumlahnya.

Kita tolak dululah isu sumber derma tersebut. Faham-faham je lah, walaupun dah dinafikan oleh SPRM, ramai orang masih tuduh duit derma ni sebenarnya diseleweng dari 1MDB cuma dipusing-pusing di luar negara sebelum dihantar balik ke Malaysia.

Apa yang aku nak tanya, apa prosedur dalaman UMNO bila terima derma terutamanya yang melibatkan jumlah yang sebegini besar?

RM2.6 bilion bukan setakat duit simpan dalam kocek, lepas tu keluarkan masuk dalam tabung derma. Besar tu!!

Yang musykilnya, orang no 2 dalam UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tak tahu pasal derma RM2.6 bilion ini sehinggalah diberitahu oleh Dato’ Sri Najib secara sembang-sembang. Bukan ada hitam putih tau, tapi sambil borak-borak je. Tan Sri Muhyidin sendiri terkejut bila dengar wang sebanyak tu dimasukkan dalam akaun peribadi PM.

Dalam keadaan seperti ini, kalau dah ada persetujuan nak gunakan akaun peribadi PM untuk simpan derma, mengapa Tan Sri Muhyiddin tak tahu? Bagaimana UMNO mengawasi kemasukan dan pengeluaran wang tersebut? Kalau PM senyap tak cakap apa-apa, siapa yang tahu pasal wang tu?

Mungkinkah akan timbul ketirisan dan kebocoran di mana wang yang masuk digunakan sesuka hati memandangkan tidak ada rekod yang jelas mengenai pergerakannya?

Bukan nak kata apalah, kadang-kadang tengok sesetengah pemimpin dalam UMNO, asalnya bukan orang kaya, tiba-tiba boleh shopping luar negara, beli beg Birkin, set rambut besar-besar. Adakah mereka ini juga pemegang amanah wang derma?

Jadi demi ketelusan, perlu ada prosedur yang jelas mengenai wang derma ini. Bukan apa, kita takut timbul macam-macam tohmahan kepada UMNO sedangkan perkara ini boleh dihindarkan dengan mudah.


Apa kecoh-kecoh ni Najib? 

Sunday, August 2, 2015

NAJIB CUTI REHAT SEHINGGA SIASATAN 1MDB SELESAI


Apa kecoh-kecoh ni PMSP?

Eh, PMSP ni apa? PMSP ni ialah Persatuan Minda Sosial Prihatin. Tak pernah dengar pun?

Yalah, masa takda isu PMSP ni memang senyap je. Bila ada isu, terutamanya kalau ada isu yang cuit Dato’ Sri Najib, baru dia keluar.

Baru-baru ni, ekoran kenyataan Tan Sri Muhyiddin tentang 1MDB semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras, PMSP telah melenting dan minta Tan Sri Muhyiddin mengambil cuti rehat sehinggalah siasatan SPRM terhadap projek 1BestariNet selesai.

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini digesa mengambil cuti rehat hingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek 1BestariNet selesai.

Penasihat Ekonomi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Suud Ridzuan berkata pihak mereka telah membuat aduan kepada SRPM pada kira-kira 11.40 pagi tadi untuk menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

"Tan Sri Muhyiddin, bercutilah. Berehatlah buat sementara siasatan 1BestariNet ini selesai. Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar.

Menurut laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang), projek ini adalah satu kegagalan. Mengapakah jumlah yang begitu besar dibelanjakan untuk program ini? Saya mohon SPRM siasat,”

Kebetulan pula, memang pun PM lucutkan jawatan Tan Sri Muhyiddin selepas itu sebagai TPM dan Menteri Pendidikan. Jadi, tercapailah hasrat PMSP.

Tapi yang musykilnya, kalau siasatan SPRM terhadap  projek RM663 juta dah memadai untuk PMSP desak Tan Sri Muhyiddin bercuti rehat, mengapa PMSP senyap macam syaitan bisu bila timbul kes penyelewengan 1MDB sehingga RM42 billion melibatkan PM?

Mengapa PMSP tak desak PM bercuti rehat juga sehingga siasatan 1MDB selesai? RM42 billion jauh lebih tinggi nilainya berbanding RM663 juta.

Mengapa ya?

Cuma PMSP sahaja yang boleh jawab.

Apa kecoh-kecoh ni PMSP?

Thursday, July 30, 2015

GANI PATAIL DIPECAT KERANA MAHU DAKWA NAJIB?

Apa kecoh-kecoh ni Gani Patail?

Sekarang ni heboh kononnya Gani Patail dipecat kerana beliau telah bersedia untuk mendakwa Perdana Menteri . Kononnya beliau telahpun mendrafkan pendakwaan terhadapa PM atas tuduhan rasuah dan pecah amanah tetapi apabila perkara ini diketahui PM, PM telah mengarahkan KSN untuk melucutkan jawatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara.

Berikut adalah draf pendakwaan yang dimaksudkan:




Betul ke? Ada yang kata draf ni palsu. Ada yang kata ini draf yang sebenar.

Siapa yang boleh jawab? Sudah tentulah Tan Sri Gani Patail.

Sebagai rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran, saya menggesa Tan Sri Gani Patail untuk tampil ke hadapan dan menjelaskan kebenaran tuduhan ini,


Apa kecoh-kecoh ni Gani Patail?

Wednesday, July 29, 2015

NAJIB MENGAKU MASUKKAN RM2.6 BILLION DALAM AKAUN PERIBADINYA

Apa kecoh-kecoh ni Najib?

Dalam suasana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak asyik menepis tuduhan bahawa dia terlibat dalam skandal 1MDB, kini bekas Timbalan Perdana Menteri mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib telah mengaku memasukkan RM2.6 billion di dalam akaun peribadinya.

Boleh lihat sendiri videonya:


Berikut adalah transkrip video tersebut:

Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia,
from somewhere in the Middle East.

Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a
lot', 'a lot'.

Then saya kata kenapa masuk account you? ...(tidak jelas)... kenapa masuk
account Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga
point something... 2.6 billion that goes into his personal account.

Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal
account?

Video tersebut telah disahkan oleh Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO. 

Menurut beliau video tersebut dirakam di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau menerima kunjungan pemimpin-pemimpin UMNO yang bersimpati dengan pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selain Tan Sri Kadir, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir turut hadir.

Walaupun soalan mengenai isu ini telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, tiada komen diberikan sehingga kini.

Semakin banyak dalih diberikan untuk menangkis skandal 1MDB, semakin banyak bukti yang timbul untuk mensabitkan Datuk Seri Najib!

Bak kata pepatah,  bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru!

Apa kecoh-kecoh ni Najib?

Tuesday, July 28, 2015

DEMI 1MDB, SIAPA LAGI KORBAN NAJIB?


Apa kecoh-kecoh ni Najib?

1MDB memang macam puaka, seorang demi seorang menjadi mangsa!

Mangsa pertama, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai siasatan dakwaan perpindahan RM2.6 billion ke akaun milik PM. Beliau dilucutkan jawatan tapi bila ditanya langsung tidak tahu mengenai perlucutan tersebut. Adakah Gani Patail dilucutkan jawatan untuk memastikan beliau tidak dapat bertindak terhadap PM? Dengan ketiadaan Gani Patail, maka penyiasatan 1MDB terbantut.

Mangsa seterusnya, YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana berani mempersoalkan tentang isu 1MDB secara terbuka.

Setelah dipecat, ini kenyataan Tan Sri Muhyiddin:

Dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Inilah pemimpin yang tidak gila kuasa dan sanggup hilang segala-galanya demi kebenaran dan kepentingan rakyat.

Selain Tan Sri Muhyiddin, Menteri-menteri yang tidak sependapat dalam isu 1MDB turut dicantas, terutamanya mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.

Bijaknya Najib, beliau turut membantutkan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap isu 1MDB dengan melantik 4 orang ahlinya sebagai Menteri termasuklah Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed. Adakah ini tindakan untuk membantutkan penyiasatan PAC terhadap 1MDB? Helah Najib nampak semakin ketara apabila Nur Jazlan mengumumkan penamatan penyiasatan PAC terhadap 1MDB sehinggalah ahli-ahli baru dilantik. Persoalannya, berapa lamakah masa yang bakal diambil untuk melantik ahli-ahli baru? Tidak hairan jika pelantikan ahli baru mengambil masa berbulan-bulan semata-mata untuk memberi peluang kepada 1MDB menyediakan dalih-dalih baru untuk menghalalkan kerugian berbilion ringgit duit rakyat.

Selepas ini, siapa lagi bakal jadi mangsa 1MDB?


Apa kecoh-kecoh ni Najib? 

Friday, June 5, 2015

MANA HILANGNYA DARAH PAHLAWAN BUGIS , NAJIB?


Apa kecoh-kecoh ni Datuk Seri Najib?

Aku sebenarnya ternanti-nanti acara Nothing To Hide yang sepatutnya menjadi medan PM, Najib Tun Razak menjelaskan tentang isu 1MDB. Malangnya pada saat akhir, Najib tak jadi turun, kononnya atas nasihat PDRM yang risau tentang ancaman keselamatan. Tapi Tun M turun dan bila PM tiada, maka acara ini menjadi medan untuk Tun M menghentam PM mengenai isu 1MDB.
Tapi Tun M pun tak dapat berucap lama, selepas 5 minit dia dihalang oleh PDRM dari meneruskan ucapan.

Soalan aku:

1. Apakah ancaman keselamatan yang memaksa PDRM membatalkan majlis tersebut? Adakah ia ancaman terhadap PM? Mengapa dalam majlis ini tiba-tiba timbul ancaman sedangkan sebelum ini PDRM dah meluluskan acara tersebut, jadi sudah pastinya PDRM telahpun membuat persediaan untuk melindungi PM?

2. Sekiranya ada ancaman terhadap PM, mengapa PDRM halang majlis diteruskan sedangkan PM tiada di situ? Kalau tiada PM, sepatutnya tiadalah ancaman keselamatan kan? Mengapa Tun M dihalang berucap?  Sepatutnya penganjur sahaja yang berhak menghalang Tun M berucap, bukannya PDRM.

3. Adakah acara itu sendiri dianggap sebagai ancaman keselamatan? Jika ya, mengapa PDRM luluskan penganjurannya sebelum ini? Lebih baik tolak sahaja permohonan penganjur!

Sekarang ini bermacam spekulasi dibuat terhadap pembatalan acara ini. Salah satu spekulasi tersebut ialah kononnya PM takut bila Tun M muncul sedangkan dia tidak sepatutnya hadir di acara tersebut. Kononnya PM takut nak bersemuka dengan Tun M atau dalam istilah lebih professional, kecut teloq!!

Betul ke PM?

Satu-satunya cara untuk PM menangkis spekulasi ini ialah dengan mengadakan majlis bersama Tun M. Biar masing-masing bentangkan hujah dan kita sebagai rakyat menjadi hakim, hujah siapa yang lebih meyakinkan.

Macam mana? Ada berani ke PM?

Apa kecoh-kecoh ni Datuk Seri Najib?

Sunday, May 17, 2015

NAJIB DAH JAWAB. MASIH ADA SOALAN?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau dan kerajaan, termasuk mengenai kes Altantuya.
Najib, dalam catatan terbaharunya di Twitter dan blog NajibRazak.com, berkata: “Saya telah meluangkan masa untuk melihat pelbagai soalan dan isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu, dan telah menulis pendapat saya mengenainya.”

1. Tuduhan mengenai isu Altantuya.
a. Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah
Persekutuan. Ia adalah kes sembilan tahun yang tanpa pengakhirannya kerana ia terus “dikitar semula” oleh Pembangkang.
Memandangkan ia adalah kes mahkamah yang berpanjangan, pihak yang membuat rayuan mempunyai masa yang mencukupi untuk memberi keterangan dan menceritakan segala-galanya kepada mahkamah. Jadi, mengapa kita perlu mendengar kepada individu-individu yang telah memberi keterangan dan didapati bersalah terhadap jenayah itu?
c. Apa yang penting ialah penghakiman itu telah membawa keadilan kepada
semua orang, yang paling penting buat keluarga mangsa, kepada tertuduh dan juga kepada saya.
d. Saya telah banyak kali menyatakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu ini, malah saya telah pun melafazkan sumpah Al-Quran di sebuah Masjid.
e. Rakyat perlu mengambil kira bahawa dalam politik, banyak isu yang terus dimainkan, dan ini adalah satu daripadanya. Ia menjadi panas ketika saya merupakan bakal perdana menteri dan pembangkang memerlukan cara untuk menghalang saya daripada menyandang jawatan itu.
Oleh kerana kedua-dua pengawal peribadi itu pernah bekerja untuk saya, dan Razak Baginda adalah rakan dan sekutu, mereka cuba untuk mengaitkan perkara itu dengan saya. Razak Baginda telah secara terbuka mengakui perhubungannya dengan Altantuya tetapi saya sama sekali tidak tahu mengenainya.
Pakatan dan media mereka telah secara tidak bertanggungjawab cuba untuk memainkan perang saraf ini dengan cuba mengaitkan saya dan mempengaruhi persepsi. Malah, mereka sanggup melakukan teknik tindanan terhadap gambar saya makan malam dengan mangsa di sebuah restoran.
Dalam era media sosial kini, perkara-perkara ini mudah menjadi viral tanpa kawalan, termasuk gambar yang ditindan itu.
f. Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas perdana menteri, telah menerima laporan siasatan penuh daripada pihak polis dan secara peribadi telah mengesahkan bahawa saya tidak terlibat.
g. Berikutan perkembangan di atas, adalah tidak adil untuk memaksa saya menyiasat kes ini lagi dan mendesak untuk tahu siapa, jika ada sesiapa, yang mengarahkan pembunuhan itu. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa. Mahkamah telah memutuskan siapa yang bersalah bagi pembunuhan itu. Itu sepatutnya menjadi pengakhiran cerita ini.
h. Saya merasa terganggu kerana isu ini dibangkitkan sekali lagi. Kita semua tahu bahawa jika pemimpin-pemimpin veteran berkeras membangkitkannya, walaupun secara sepintas lalu, ia secara automatik akan menyebabkan isu ini dibangkitkan sekali lagi.
i. Individu-individu berpengaruh berkenaan mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka masih dapat mengesahkan kesahihan tuduhan itu. Jika mereka percaya ini benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya ketika isu itu tercetus 8 tahun lepas? Mengapa sekarang?
Ada yang berkata bahawa mereka hanya mempersoalkan isu ini sekarang kerana ia telah bertukar menjadi suatu perkara berkaitan hidup dan mati orang yang telah disabitkan kesalahan itu. Tetapi kes ini telah dibicarakan di mahkamah, dengan keputusan yang jelas dan hukuman yang dikenakan.
Adakah mereka mempertikaikan sistem kehakiman yang diwujudkan mereka?
j. Walaupun perbincangan dan pertimbangan secara panjang lebar oleh mahkamah, masa yang mencukupi telah diberikan kepada pihak yang merayu supaya kes mereka didengar dan diadili, Sumpah Laknat saya (Bersumpah Al-Quran), penafian yang saya lakukan berulang kali, penjelasan umum oleh Razak Baginda, sesetengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus cuba untuk membabitkan saya.


2. Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai ‘Negara Paling Banyak Mengamalkan Rasuah’.

a.Saya sedar tentang komen itu. Bagaimanapun, tajuk itu diambil daripada kaji selidik berdasarkan persepsi. Kebanyakan kita lebih bergantung kepada ukuran empirikal yang digunakan kumpulan bebas yang boleh dipercayai. Satu daripada contohnya ialah Indeks Transparency International. Mengikut indeks itu, Malaysia kini menduduki tempat ke-50 daripada 175 negara, meningkat tiga takat daripada tahun sebelumnya. Sekiranya negara kita adalah yang paling kuat banyak mengamalkan rasuah, mengapa kedudukan kita begitu jauh daripada nombor 175?
b. Saya sukar memahami mengapa seseoerang yang sebelum ini selalu mengkritik media antarabangsa sebagai bersikap berat sebelah, tiba-tiba kini mempercayai dan menerima hujah mereka sebagai sesuatu yang benar.
c. Ingatkan pemimpin veteran ini pernah menyifatkan media barat sebagai ‘berat sebelah’ apabila ia menerangkan tentang pentadbiran mereka. Jadi, apabila media barat mengkritik pentadbiran itu, mereka dianggap berat sebelah, tetapi apabila mereka mengkritik pentadbiran saya, mereka tidak pula bersifat begitu?
Nampaknya di sini, ada berat sebelah.
d. Baru-baru ini, Transparency International mengulangi bahawa amalan rasuah di Malaysia adalah terkawal dan peningkatan pelaburan asing di negara ini menjadi buktinya. Indeks Kebebasan Ekonomi 2015 meletakkan Malaysia di tempat ke-31 sebagai ekonomi paling bebas daripada kalangan 178 negara, dengan mendapat 70.8 markah. Ini merupakan peningkatan 1.2 mata sejak tahun lepas, dengan adanya penambahbaikan dari segi kebebasan daripada rasuah, kebebasan berniaga dan kebebasan perdagangan mengatasi penurunan dari segi kebebasan tenaga kerja serta pengurusan perbelanjaan kerajaan.
e. Bloomberg meletakkan kita di tempat kelima sebagai pasaran sedang muncul yang mempunyai masa depan paling cerah pada 2015 dan merupakan satu-satunya negara anggota ASEAN yang menduduki senarai 10 teratasnya.
f. Bank Dunia menaikkan kedudukan kita daripada nombor 20 pada 2014 kepada nombor 18 pada 2015 dalam indeks ‘Ease of Doing Business’ mereka.
g. Bagaimana kita boleh memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia yang cukup berdaya saing itu sekiranya kita dikatakan begitu banyak mengamalkan rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu?
h. Isu yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara memang perlu ditangani dan diselesaikan. Tetapi, apa yang penting di sini ialah kita mencatat kemajuan. Pada 2013, terdapat 418 perkara yang diketengahkan, tetapi pada 2014, jumlahnya menurun kepada 319. Kita berharap dapat terus mengurangkannya lagi pada tahun-tahun akan datang.

3. Tuduhan bahawa BR1M adalah Rasuah
a. BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah satu jaringan keselamatan social yang disyorkan oleh Jawatankuasa Fiskal Negara, yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Bank Negara dan Kementerian Kewangan. Mereka kebanyakannya adalah pakar ekonomi, bukannya ahli politik. Jaringan keselamatan sosial sedemikian sedang dilaksanakan di banyak negara-negara lain.
Sesetengah negara menggelarnya sebagai “manfaat pengangguran” yang menyasarkan kepada mereka yang menganggur. Bagaimanapun, BR1M menyasarkan mereka yang berpendapatan rendah. Kedua-duanya, pada dasarnya, adalah satu bentuk elaun keselamatan sosial kerana ia menyasarkan kumpulan rentan.
b. Kita berhasrat untuk merasionalisasikan subsidi menyeluruh semasa kepada subsidi yang menyasarkan hanya untuk mereka yang memerlukan. Semua orang (termasuk yang kaya dan warga asing) mendapat manfaat daripada subsidi menyeluruh ini. Dengan menghapuskan subsidi menyeluruh, kita menjana penjimatan yang kemudiannya disalurkan kepada mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah. Dan kita akan dapat memberi kumpulan yang layak ini lebih daripada apa yang mereka akan terima daripada skim subsidi menyeluruh. Oleh itu, BR1M perlu dilihat dalam konteks subsidi yang disasarkan, dan Jawatankuasa Fiskal percaya bahawa ia akan mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kecekapan mekanisme subsidi.
c. BR1M juga memberi ganti rugi kepada mereka yang memerlukan bagi sebarang perbelanjaan tambahan yang mungkin ditanggung akibat daripada GST. Sesetengah pihak mendakwa bahawa GST adalah cukai regresif kerana setiap orang termasuk golongan miskin adalah tertakluk kepadanya. Bagaimanapun, dengan adanya BR1M, GST bukan regresif kerana kumpulan berpendapatan rendah ini mendapat ganti rugi. Selain itu, sebahagian besar daripada hasil GST akan dibelanjakan untuk komuniti yang rentan ini.
d. Beberapa ahli politik berkata walaupun adanya BR1M, rakyat “tidak bersyukur.” Ini adalah mengapa mereka percaya ia rasuah dan tidak berada di laman yang sama dengan Jawatankuasa Fiskal. Kami melihatnya sebagai satu langkah ekonomi, tetapi ahli-ahli politik melihatnya semata-mata dalam konteks politik. Untuk makluman anda, BR1M diberikan kepada semua orang tanpa mengira kecenderungan politik mereka. BR1M diberikan tanpa mengira bila pilihan raya diadakan. Nurani saya jelas. BR1M adalah satu langkah ekonomi, bukannya rasuah dan saya telah menyatakan sebab-sebabnya.
e. Orang selalu berkata, “Berikan seseorang ikan dan kamu memberinya makan untuk sehari. Ajarkan seseorang memancing dan kamu memberinya makan buat selamanya.” Namun, dalam dunia sebenar, kita perlu melakukan kedua-duanya. Memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan pada masa yang sama, melabur dalam pendidikan/meningkatkan kemahiran/meningkatkan produktiviti. Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar daripada bajet kita. Selain itu, kita juga mewujudkan entiti seperti TERAJU, Tekun, Genovasi, Superb, MAGiC dan banyak program latihan kerajaan yang lain di bawah pelbagai kementerian.

4. Tuduhan terhadap 1MDB.
a. Adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan.
b. Apabila kebimbangan disuarakan, saya mahukan penjelasan terperinci, jadi saya mengarahkan Ketua Audit Negara dan PAC menyiasat 1MDB. Sesiapa jua yang didapati bersalah menggelapkan wang atau melakukan penyelewengan, akan dihadapkan ke muka pengadilan.
c. Kami menjangka laporan awal ketua Audit Negara akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB.
d. Kita semua mahukan jawapan terperinci, tetapi sebelum itu, biarlah para juruaudit melaksanakan tugas mereka dan memaklumakan kepada kita secara jelas tentang keadaan sebenarnya. Jika kita terlebih dahulu menjatuhkan hukuman, maka kita akan mengganggu tugas mereka dan inilah yang dilakukan oleh banyak pihak. Ini bukanlah prosedur yang sewajarnya. Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi.

5. Tuduhan mengenai ‘Jambatan bengkok’ – Dakwaan: Kita tidak berani membina jambatan di atas tanah kita sendiri tanpa kelulusan daripada Singapura

a. Jabatan Peguam Negara (AGC) kita telah menasihatkan kerajaan mengenai kesahihan sebarang pengubahsuaian kepada Tambak Johor di bawah undang-undang antarabangsa. AGC telah menasihatkan bahawa paip-paip dalam Tambak Johor adalah tertakluk kepada perjanjian air Johor-Singapura (1961, 1962), yang menggariskan bahawa paip-paip milik Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura, dan sebarang pengubahsuaian paip itu mesti diluluskan oleh PUB.
b. Tiada persoalan sama ada kita mempunyai keberanian yang mencukupi untuk menentang Singapura. Jambatan itu tidak dibina kerana Malaysia komited untuk mematuhi semua perjanjian yang telah ditandatangani. Mana-mana jambatan sedemikian, jika dibina bagi menggantikan Tambak Johor tanpa kebenaran nyata daripada PUB Singapura, akan melanggar hak hartanah di bawah undang-undang antarabangsa.
c. Kita telah meningkatkan hubungan dengan negara jiran selatan itu ke satu tahap di mana kami kini terlibat dalam projek dan usaha sama yang membawa kedudukan yang menguntungkan bagi kedua-dua buah negara. Untuk meningkatkan lagi perhubungan antara Malaysia dan Singapura, kami kini membina keretapi berkelajuan tinggi dan malah, mencetuskan idea jambatan persahabatan yang tidak akan melanggar undang-undang antarabangsa dan melihat kami membina sebuah jambatan yang dimahukan oleh kedua-dua negara.

6. Dakwaan: (Najib) mengetepikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), tubuh agensi baharu untuk merancang pembangunan negara.
a. Saya menubuhkan Pemandu sebagai badan pemandu untuk menyelia program transformasi, yang bukan sahaja meliputi aspek ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) tetapi juga aspek bukan ekonomi di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang sudah tentulah tidak terletak di bawah bidang kuasa EPU kerana ia adalah sebuah badan ekonomi.
b. Bercanggah dengan apa yang dikatakan sesetengah pihak, saya member kepercayaan yang amat tinggi kepada EPU kerana ia merupakan kunci bag memastikan kejayaan ETP. Malah, saya melantik seorang daripada CEO paling berkebolehan di negara ini untuk menerajui EPU.

7. Dakwaan: Untuk mendapatkan kembali sokongan orang Cina dan India, Najib mengetepikan tindakan afirmatif

a. Ini tidak tepat sama sekali. Saya sentiasa memberi keutamaan terhadap kemajuan Bumiputera dan di bawah pentadbiran saya, saya telah mewujudkan Program Pemerkasaan Bumiputera yang ditadbir oleh TERAJU bagi memastikan Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera menjadi agenda nasional untuk dilaksanakan dengan berkesan. Sehingga hari ini, TERAJU telah menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan, pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan mewujudkan ekuiti melebihi RM47.95 bilion.
b. Baru-baru ini, Majlis Ekonomi Bumiputera mengesahkan sejumlah 99 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan digunakan pada tahun ini dalam kesemua 23 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri untuk membantu Bumiputera. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) termasuk Petronas mempunyai kuota khas kontrak untuk Bumiputera. Setiap GLC juga tertakluk kepada satu program pembangunan untuk kontraktor Bumiputera bagi memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera yang berkelayakan. Lebih banyak biasiswa diberi kepada Bumiputera di bawah badan berkaitan kerajaan. Geran Superb disediakan untuk melahirkan lebih banyak usahawan Bumiputera. Ekuinas pula dibentuk untuk meningkatkan nilai pegangan Bumiputera dan sehingga 2014, ia telah mencapai objektifnya untuk mewujudkan RM4.2 bilion nilai ekuiti Bumiputera bagi syarikat portfolionya.
c. Di samping itu, UiTM kini diperluaskan untuk menambah tempat daripada 174,875 pada 2011 kepada 250,000 menjelang 2020. UiTM juga telah mewujudkan program ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’, di mana ia masuk ke kawasan pedalaman bagi membantu belia Bumiputera yang tidak mendapat manfaat dari segi pendidikan, anak yatim dan golongan miskin. Kini, mereka boleh belajar di UiTM dan langkah ini membantu mengubah sepenuhnya masa depan mereka. Sebanyak 5,000 tempat diberikan pada setiap semester. Terdapat lebih banyak lagi contoh konkrit dalam kad laporan TERAJU.
d. Oleh itu, secara ringkasnya, untuk mengatakan saya mengetepikan tindakan afirmatif, adalah karut.
e. Sebagai perdana menteri, saya juga memberi banyak sokongan kepada orang Cina dan India dan semua komuniti lain yang menjadikan negara kita ini hebat. Namun demikian, ia bukan dilakukan dengan mengabaikan Bumiputera. Fokus utama saya ialah untuk meningkatkan carta pai ekonomi agar lebih banyak dapat diberi kepada SEMUA kaum. Selagi saya dapat memastikan wujudnya pertumbuhan ekonomi, maka akan ada mobiliti sosial, dan semua kaum akan dapat mendaki tangga ekonomi yang lebih tinggi.

8. Dakwaan bahawa BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum akan datang
a. Jika saya mendapat sokongan yang saya perlukan untuk meneruskan program transformasi, kita akan berjaya. Jika kita bersatu dan menghentikan perbalahan dalaman, kita akan berjaya. Jika kita memberi tumpuan kepada politik membina dan bukannya politik yang merosakkan, kita akan berjaya. Jika kita memberi tumpuan kepada kerja dan bukannya mempercayai dan menyebarkan khabar angin, putar belit dan perkara separuh benar, kita akan berjaya.
b. Satu rancangan yang jelas telah pun digerakkan. Kita mula menyaksikan hasil usaha kita. KDNK kita meningkat kira-kira 5-6 peratus sejak saya mengambil alih (jawatan) dan kita juga berada di landasan baik untuk mencapai ekonomi maju menjelang 2020.
c. Kita berdepan halangan pada masa ini disebabkan oleh kejatuhan harga minyak mentah yang melemahkan nilai Ringgit. Faktor-faktor ini adalah di luar kawalan kita. Namun begitu, kita dapat bertahan kerana asas kita kukuh, rizab terkumpul dalam tahun-tahun sebelum ini serta aliran pendapatan yang pelbagai berbanding penggantungan kepada minyak.
Kita juga telah mencapai skor bebas terbaik yang pernah dicatatkan mengenai rasuah dalam tempoh 10 tahun lepas berdasarkan Indeks Transparency International. Pentadbiran saya telah menyaksi Pelaburan Langsung Asing yang paling tertinggi setakat ini. Nisbah hutang kepada KDNK kita menyusut dalam pertumbuhan dan defisit bajet kita semakin berkurangan dari tahun ke tahun.
Selain itu, kita mencapai tahap tertinggi dalam indeks ekonomi paling berdaya saing WEF, yang mengatasi Australia, Perancis, Austria dan Korea Selatan. Kita mencapai tahap paling tinggi dalam indeks kemudahan menjalankan perniagaan Bank Dunia. Ketiga-tiga agensi penarafan kredit utama telah mengekalkan gred pelaburan yang baik untuk Malaysia. Kita terus mempunyai lebihan dalam perdagangan. Penjagaan kesihatan kita diiktiraf sebagai antara yang terbaik dan paling berpatutan di rantau ini.
d. Kunci kepada beberapa rumah mampu milik PR1MA telah diserahkan dan semakin banyak lagi akan menyusul. Jambatan Pulau Pinang kedua sudah siap, Fasa 1 MRT hampir 60 peratus siap, ekonomi telah membuka peluang 1.5 juta pekerjaan baharu dalam 5 tahun lepas dan menjadikan kadar pengangguran kita yang paling rendah di dunia serta koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia menyaksikan infrastruktur, rumah, kilang dan kawasan komuniti maju sedang dibina.
Greater KL telah pun dimulakan, dengan lebih banyak kawasan perbandaran sedang dibangunkan selain rumah-rumah dibina, Fasa 1 Bas Rapid Transit akan siap pada pertengahan tahun dengan lebuh raya Pan Borneo akhirnya dilaksanakan dan bakal menjadi pemangkin ekonomi utama di Sabah dan Sarawak seperti lebuh raya PLUS untuk Semenanjung.
Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) sedang dijalankan. Ini semua adalah projek, inisiatif dan usaha yang dijalankan pentadbiran saya untuk membangunkan negara ini. Seperti yang anda lihat, ini adalah hasil Program Transformasi yang dilancarkan 5 tahun lepas. Ia akhirnya berlaku dan saya amat teruja bahawa kita mula melihat impaknya. Inilah yang benar-benar penting buat rakyat.
e. Penambahbaikan sedang berlaku di depan mata kita. Tetapi saya tahu bahawa ramai akan melihat kepada yang buruk dan terus bercakap mengenai khabar angin, perkara separuh benar dan putar belit yang tidak berkesudahan. Mereka terus percaya bahawa ‘akhir amat dekat’ dan bahawa pembangkang akan menang. Ia merupakan dakwaan yang dibuat berulang-ulang kali dalam tempoh lima dekad yang lalu, namun kita masih di sini.
f. Walaupun semua orang bebas untuk mengkritik saya dan menyenaraikan semua ‘kegagalan’ saya, ia juga penting untuk menyedari sejauh mana pencapaian kita dalam tempoh enam tahun lepas, dalam usaha memberikan pandangan yang adil mengenai sesuatu.

9. Dakwaan bahawa 1Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia

a. 1Malaysia merupakan suatu usaha untuk mewujudkan perpaduan. Perbezaan paling utama dengan konsep “Malaysian Malaysia” ialah 1Malaysia jelas menerima Perlembagaan Malaysia secara keseluruhannya, terutama semua peruntukan yang terkandung dalam Perkara 153.
b.“Malaysian Malaysia” pada mulanya adalah suatu konsep yang bercanggah dengan Perkara 153 dan kemudiannya bersifat amat taksa. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentu sekali tidak akan ada Majlis Permerkasaan Bumiputera, TERAJU dan lain-lain lagi. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentulah tidak akan ada Model Baharu Ekonomi (MBE), satu rangka kerja untuk meningkatkan sifat ekslusif dalam ekonomi dan pada masa sama, memperkasakan masyarakat Bumiputera agar mereka menjadi lebih berdaya saing.
c. Mengatakan bahawa 1Malaysia adalah sama dengan Malaysian Malaysia merupakan suatu perbuatan memutarbelitkan realiti, dengan niat yang tidak lain dan tidak bukan iaitu untuk menipu orang Melayu.

10. Dakwaan bahawa Jenayah meningkat sejak ISA dihapuskan
a. Dakwaan ini adalah tidak benar. Pada tahun lepas sahaja, polis Berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini sebanyak 12.6 peratus. Jenayah ganas di negara ini juga menurun sebanyak 13.4 peratus. Polis DiRaja Malaysia telah bekerja keras untuk memastikan semua rakyat Malaysia selamat daripada segala bentuk jenayah dan keganasan.
b. Sebenarnya, seramai 8,868 individu telah ditahan dan sebanyak 280 senjata dirampas dalam Ops Cantas Khas yang diadakan baru-baru ini. Ketika ISA mula dilaksanakan, tujuannya hanyalah untuk memerangi kebangkitan komunis dan oleh itu, ia tidak lagi relevan pada masa kini.
c. Untuk memastikan ekstremis keganasan tidak mempunyai tempat di Malaysia, kerajaan memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 yang diluluskan Parlimen. Akta baharu ini akan memerangi cabaran baharu termasuk kebangkitan kumpulan militan yang menggelarkan diri mereka sebagai Islamic State dan ia tidak akan digunakan bagi tujuan politik. Hanya mereka yang ingin melakukan keganasan ekstremis boleh ditahan di bawah Akta baharu ini.

11. Tuduhan mengenai pesawat kerajaan

a. Adalah menjadi amalan standard di seluruh dunia bagi kebanyakan pemimpin menggunakan jet rasmi, bukan untuk kemewahan, tetapi sebagai kecekapan dalam menjalankan tugas mereka. Hiasan dalaman pesawat dikonfigurasikan supaya mesyuarat dan perbincangan boleh diadakan dalam pesawat dan tugas negara boleh diteruskan walaupun semasa penerbangan. Oleh itu, tidak timbul persoalan sama ada atau tidak sesebuah negara harus mempunyai sebuah jet rasmi.
b. Kita tidak boleh terpengaruh dengan propaganda pembangkang bahawa kerajaan telah membazirkan wang membeli jet baharu. Apa yang mereka gagal jelaskan adalah jet itu dibeli untuk menggantikan pesawat berusia 16 tahun, yang berbahaya dari segi keselamatan. Selain itu, ia juga adalah pesawat rasmi yang digunakan oleh Yang Di-Pertuan Agong, yang merupakan sebab mengapa kita tidak boleh berkompromi mengenai jaminan keselamatan. Kos penyenggaraan pesawat lama adalah tinggi. Oleh itu, pesawat lama akan dilupuskan dan wang yang diperoleh kerajaan daripada penjualannya akan digunakan untuk mengurangkan kos pembayaran pesawat baharu.