Friday, March 15, 2013

FULL VIDEO NURUL IZZAH HINA POLIS – PART 1


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Sejak keluar video Nurul Izzah buat kenyataan memperlekeh polis dan mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas, pencacai Pakatan cuba mempertahankan Nurul Izzah kononnya video tersebut telah diedit & mendesak mahu melihat video penuh ceramah tersebut.

Bagi memenuhi permintaan istimewa para pencacai Pakatan, di sini aku siarkan episod pertama full video Nurul Izzah perlekeh polis beserta ulasan fitnah-fitnah & janji-janji palsu yang dihamburkan oleh Nurul Izzah.

ANTARA RUMUSAN FITNAH NURUL IZZAH PART 1


  • Jaminan Pakatan akan tunaikan janji sepertimana di Selangor kalau menang PRU:
Khalid Ibrahim, MB Selangor, dah cakap, “MANIFESTO BUKAN JANJI!!” Maknanya Nurul awal-awal dah mengaku, Pakatan tak akan tunaikan manifesto mereka kalau menang pilihanraya.

Antara Manifesto Pakatan yang masih BELUM tertunai di Selangor:

  • Perubatan percuma untuk warga berumur 65 tahun ke atas.
  • Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan premis komersial sebanyak 10%.
  • RM100 untuk setiap anak kelahiran Selangor.
  • RM75 sebulan untuk setiap anak yang dihantar ke nurseri.
  • RM1,000 untuk setiap anak Selangor yang ke universiti.
  • Takaful RM2,500 untuk warga emas, OKU & anak yatim.
  • Elaun untuk ibu tunggal.
  • Elaun untuk surirumah.
  • Memastikan SETIAP rakyat Selangor mendapat kediaman sendiri.
Ini baru sikit aku senaraikan. Kalau nak senaraikan semua, panjang sangat pulak nak baca. Kat Selangor pun tak mampu tunai janji, boleh percaya ke Pakatan mampu tunaikan janji-janji baru?

  • Pembangkang kononnya tak ada hak bersuara.


Media pro-pembangkang kan banyak? Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysian Chronicle, Malaysia Today, Free Malaysia Today, Harakah, Suara Keadilan, SelangorKini, The Rocket, Aliran dan banyak lagi. Kat media mainstream pun Nurul Izzah ada ruangan tetap di Sinar Harian. 

Macam tu kau kata takda hak nak bersuara, Nurul?


  • Pembangkang kononnya tak dibenarkan guna prasarana awam.


Bersih 2.0 DBKL benarkan guna Stadium Merdeka, tapi mereka tolak sebab nak merusuh di Dataran Merdeka. Terkini Bersih 3.0 menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat perhimpunan. Stadium Merdeka tu bukan prasarana awam ke?

  • Media mainstream kononnya berat sebelah.
Habis tu, media pro-pembangkang tu tak berat sebelah? Ada pernah media pro-pembangkang macam MalaysiaKini dan Malaysian Insider buat cerita puji Kerajaan BN? TAKDA!! Semuanya mengutuk Kerajaan BN. 

Di mainstream media, Sinar Harian ada ruangan tetap untuk Nurul Izzah. Kat akhbar Sun, Malay Mail, The Edge pun ada siarkan artikel Nurul Izzah malah artikel Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh  pun pernah keluar. BFM Radio pula pernah interview Anwar Ibrahim.

Nurul, media mainstream lebih adil dari media pro-pembangkang!

  • Kerajaan tak bagi pembangkang mendekati pengundi.


Takda masalah pun Nurul nak buat ceramah merata-rata mendekati pengundi sambil mengutuk kerajaan?

  • Nurul buat fitnah kononnya Dato’ Raja Nong Chik salahguna kuasa untuk pastikan penerima BR1M di Lembah Pantai lebih tinggi dari kawasan-kawasan Parlimen lain di Wilayah Persekutuan.
Fitnah! Lembah Pantai cuma berada dalam kedudukan no 5 dari 10 kawasan Parlimen dari segi jumlah penerima. lembah Pantai dok tengah-tengah je. Kalau Dato’ Raja Nong Chik salahguna kuasa, mestilah Lembah Pantai no 1. Nampak sangat Nurul Izzah suka buat fitnah.

  • Anwar Ibrahim & Pakatan kononnya bersih, tiada kroni
Betul ke Anwar Ibrahim tu bersih sangat? Masa Anwar Ibrahim jadi Menteri, macam mana datuk Nurul, bapa Anwar, Ibrahim Abd Rahman jadi Pengerusi syarikat gergasi IOI Berhad?  Macam mana pakcik Nurul, Rani Ibrahim, jadi Pengerusi Olympia Industries yang memiliki lesen judi di Sabah?

Jawab Nurul, jawab!

Sebenarnya banyak lagi fitnah Nurul yang aku tak senaraikan. Kalau nak tahu semuanya, tengok je video tu.

Tak sabar nak tonton Episod 2? Tungguuuuu…..

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

FUZIAH SEKEH KEPALA ANWAR KERANA ISU LYNAS



Apa kecoh-kecoh ni Anwar Ibrahim & Fuziah Salleh?

Baru-baru ni Anwar kata takda masalah kalau Lynas beroperasi di Kuantan, sekaligus menyanggah manifesto Pakatan yang mahu kilang Lynas ditutup.

Sekarang ni Fuziah sudah berani sekeh kepala Anwar, dengan menegaskan Lynas tetap akan ditutup jika Pakatan menang dalam PRU 2013.

Laaaa, macam mana boleh jadi serabut macam ni Anwar, Fuziah?

Boleh baca sendiri laporan portal pro-pembangkang, Malaysian Insider.

Fuziah: Jika menang, Pakatan akan tetap tutup Lynas

KUANTAN, 15 Mac — Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya berkompromi dan akan menutup kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang jika menang pilihan raya umum (PRU) ke 13, kata ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh untuk meredakan kebimbangan mereka akan melakukan sebaliknya.
Ini berikutan laporan media memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas sebagai berkata Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) boleh diteruskan jika terbukti selamat.
“Manifesto Pakatan Rakyat jelas. Kita akan tutup Lynas sebaik sahaja Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan,” kata Fuziah dalam satu kenyataan di sini.
Sebagai salah seorang yang awal menentang loji tersebut, Fuziah menegaskan ia tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi sama ada di Gebeng atau mana-mana tempat di Malaysia.
“Malah jika ada satu peratus peluang loji Lynas terbukti selamat, ia masih tidak sepatutnya berada di Gebeng,” kata naib presiden PKR itu.
Pemerhati melihat Anwar mempunyai risiko dituduh tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai loji tersebut berikutan laporan akhbar berpengkalan di Melbourne, The Age, minggu lepas di mana beliau berikrar untuk menyokong pelombong Australia itu jika Lynas terbukti selamat oleh inkuiri awam baru.
Anwar dilaporkan berkata beliau akan mempercepatkan inkuiri tersebut, akan tetapi loji Lynas akan terus ditutup sebelum itu.
“Saya tidak bersedia untuk membiarkan risiko keselamatan rakyat di Kuantan dan kawasan sekitarnya,” Anwar memberitahu The Age.
Kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan kenyataan dibuatnya semasa perhimpunan Himpunan Hijau di Kuantan tahun lalu.
Pada ketika itu, Anwar memberi jaminan kepada hadirin PR akan menutup loji tersebut.

Hairan betul aku tengok telatah pemimpin-pemimpin Pakatan ni.

Bos cakap lain, anak buah cakap lain.

Depan orang Malaysia cakap lain, depan orang Australia cakap lain.

Dalam manifesto cakap lain, dalam temuramah cakap lain.

Pemimpin lidah bercabang macam ni ke kita nak percaya?

Apa kecoh-kecoh ni Anwar & Fuziah?

Thursday, March 14, 2013

NURUL IZZAH MAHU MANSUH PASUKAN GERAKAN AM & SPECIAL BRANCH UTK TAMBAH POLIS DI LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Sekarang ni memang ramai betul orang marah kat Nurul sebab nak mansuhkan PGA & SB di kala anggota PGA & SB telahpun mengorbankan nyawa mereka di Sabah menentang pengganas Sulu.

Bagi yang belum tengok lagi, boleh tengok di sini video kenyataan Nurul Izzah.



“General Operation Force (Pasukan Gerakan Am) untuk lawan komunis dulu. You do not need, okay, General Operation Force now. Komunis semua, Chin Peng pun BN tak bagi mai balik Malaysia. Okay? So you do not need anymore General Operation Forces. Polis dah cukup. You hanya perlu mansuhkan Special Branch (Cawangan Khas)."

Jadi bila ramai dah marah, Nurul Izzah pun jadi kelam-kabut nak pertahankan kenyataan bodohnya itu.


Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik Nurul Izzah terus keluarkan tuduhan kononnya ucapan Nurul Izzah telah diedit dan tidak menggambarkan kenyataan sebenar Nurul Izzah.

Tapi Nurul Izzah KANTOI lagi sebab ada orang dah tengok ucapan penuh Nurul Izzah dan memang CONFIRM dia desak supaya dimansuhkan PGA & SB serta mahukan Chin Peng dibenarkan balik ke Malaysia.

Boleh baca tweet yang ditujukan kepada Nurul Izzah:

@fahmi_fadzil @n_izzah @PDRMsia dah tgk video penuh. Nurul kata PGA kena mansuhkan sbb komunis dah takda. dia nak chin peng balik msia ke?

KANTOI lagi! Nak berdalih macam mana pulak ni Nurul?

Dalam keadaan kelam-kabut, terus Fahmi Fadzil kata ucapan tu untuk orang Lembah Pantai je, bukan untuk orang lain.

Ooooo itu macam kaaaaa?

Memang confirm Nurul Izzah ni anak didik Anwar Ibrahim, depan orang Lembah Pantai cakap lain, depan orang Sabah cakap lain, depan Melayu cakap lain, depan Cina cakap lain.

Mentang-mentang la ucapan ni depan orang Cina Lembah Pantai, jadi Nurul Izzah anggap takda masalah kalau nak kutuk dan hina polis yang kebanyakannya orang Melayu?

Lepas tu semata-mata nak tambah pegawai penyiasat kat Lembah Pantai, maka Nurul nak mansuhkan PGA & SB? Memang le seronok orang Lembah Pantai dengar nak tambah jumlah polis di kawasan mereka, tapi Nurul Izzah sedar tak, bila PGA dimansuhkan, maka tiada lagi rondaan di sempadan? Bila tiada rondaan, pendatang haram boleh masuk dengan senang lenang! Lepas tu bila tiada Special Branch, maka tiadalah risikan anti pengganas dan anasir subversif lain. Makin selamat ke makin tak selamat, penduduk Lembah Pantai?

Nurul ni memang sebiji macam Papa Hebat, Anwar Ibrahim. Demi kepentingan politik, kepentingan negara ditolak tepi! Demi nak raih undi Cina di Lembah Pantai, Nurul Izzah sanggup mansuhkan Pasukan Gerakan Am dan Special Branch!

Pelbagai janji manis ditabur, tanpa mengambilkira kesannya kepada negara!

Janji manis Anwar Ibrahim boleh sebabkan negara bankrap. Janji manis Nurul Izzah boleh sebabkan keselamatan negara terjejas!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Wednesday, March 13, 2013

ZAMAN KHAN BANTAI NURUL IZZAH “BUTA SEJARAH” KERANA MAHU MANSUHKAN PASUKAN GERAKAN AM & CAWANGAN KHAS



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Makin ramai nampaknya yang marah pada Nurul Izzah kerana mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am dan Cawangan Khas sedangkan mereka telahpun mengorbankan nyawa menentang pengganas Sulu di Sabah.

Dan terkini, Tan Sri Zaman Khan, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah turut menghentam politik sempit Nurul di kala wira-wira kita sedang menggadaikan nyawa Sabah.

Ni laporan yang aku petik dari portal the Mole.

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, Nurul Izzah patut mengkaji isu sejarah keselamatan negara bagi memahami skop tugas Polis Diraja Malaysia serta jabatan-jabatannya.

“Saya agak kecewa apabila sesetengah pihak yang tidak memahami skop tugas (PDRM) dan memperalatkannya demi kepentingan politik. Ketika keselamatan negara terancam, kita seharusnya mengenepikan perbezaan pendapat dan berikrar untuk menyokong perjuangan pasukan keselamatan negara.”

“Apa juga bentuk kritikan sentiasa dialu-alukan, namun tidak pada waktu krisis,” kata Zaman Khan.

Zaman Khan memberitahu The Mole bahawa Pasukan Gerakan Am merupakan barisan pertama pertahanan yang melindungi negara daripada ancaman bahaya luar. Fungsi pasukan bukanlah semata-mata sebagai ‘polis hutan’ seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai.

“Pasukan Gerakan Am kita diperlukan dalam pelbagai aspek keselamatan negara. Khidmat mereka diperlukan untuk mengawal sempadan negara, kawasan-kawasan di mana rakyat tempatan sendiri tidak berani jejakkan kaki,” kata bekas Pesuruhjaya Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam itu lagi.

Menurut beliau, Pasukan Gerakan Am memainkan peranan dalam hal-hal seperti pencerobohan warga asing dan kawalan awam.

“Mereka telah memainkan peranan yang besar sewaktu Konfrontasi (antara Malaysia dan Indonesia pada era 1960-an).

“Kita tidak boleh menyangkal sumbangan mereka semata-mata kerana kita tidak faham sejarah,” tambah beliau lagi.

Zaman Khan menganggap cadangan untuk memansuhkan bahagian Cawangan Khas sebagai satu pendekatan yang dangkal.

“Jelas sekali cadangan tersebut datang daripada seorang individu yang tidak mengetahui fungsi setiap jabatan dalam angkatan polis.”

“Pegawai-pegawai Cawangan Khas adalah unit perisikan yang bertanggungjawab bagi mengumpul maklumat. Amerika Syarikat mempunyai badan perisikan mereka seperti FBI dan CIA. Malah hampir semua negara di dunia memiliki unit seumpamanya. Saya tidak faham bagaimana seseorang boleh mengeluarkan cadangan seperti ini.”

Zaman Khan menegaskan, pasukan keselamatan ditubuhkan bukan untuk berkhidmat kepada mana-mana parti politik tetapi kepada rakyat Malaysia.

“Jangan memperkecilkan pengorbanan mereka demi memastikan kehidupan kita selamat,” kata beliau.

Isnin lalu, dilaporkan terdapat sebuah video dengan durasi tiga minit memaparkan Nurul Izzah mempersoalkan keperluan wujudnya Pasukan Gerakan Am polis. Video tersebut telah dihujani kritikan di internet.

The Mole turut menyiarkan surat daripada pembaca yang dikenali sebagai Harry Kwok. Beliau mengaku telah menghadiri majlis tersebut di mana Nurul Izzah telah berucap dan melahirkan rasa terkejut apabila Nurul Izzah membuat kenyataan yang beliau rasakan tidak wajar.

Antara lain, Kwok menyebut: “Ketika Nurul Izzah menyampaikan ucapan, saya amat terkejut dan kecewa apabila beliau mengkritik pasukan polis kita dan berkempen untuk penstrukturan semula angkatan (PDRM).

“Saya terkejut kerana beliau tidak wajar sama sekali berucap demikian memandangkan pasukan polis kita sedang menghadapi situasi berbahaya di Lahad Datu pada ketika itu. Tiada kata-kata berunsur sokongan mahupun doa, hanya sindiran dan kritikan.

“Nurul Izzah berkata, ‘KITA TIDAK PERLUKAN PASUKAN GERAKAN AM’ (petikan sebenar ungkapan yang diulangi oleh Nurul Izzah beberapa kali). Hujah utama beliau adalah kerana ‘tiada lagi ancaman komunis di negara ini’, dan kemudiannya beliau terus membuat kenyataan bernada sinis tentang pihak kerajaan yang telah mengharamkan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

BAPA SAIFUL KANTOI ‘TER’MENGAKU ANWAR MEMANG LIWAT ANAKNYA


Apa kecoh-kecoh ni Azlan Mohd Lazim?

Sapa Azlan Mat Lazim ni? Alaaaa, bapa si Saiful Bukhari yang Anwar liwat tuuu…

Kalau ikut cakap Chegu Bard, orang kuat Angkatan Muda Keadilan, Azlan ni kaki judi yang pernah cuba lacurkan bini!




    BAPA SAIFUL KAKI JUDI, PERNAH CUBA MELACURKAN ISTERI!

    Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di Hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia seorang yang kuat berjudi.

    Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam beberapa buah filem Melayu dan drama. Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur.

    Ni aku petik sikit je, kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca sendiri kat blog Chegu Bard.

    Kalau orang macam ni yang terdesak nak cari duit sampai sanggup lacurkan isteri, dah confirm takda kredibiliti. Ni bukan orang UMNO atau BN yang cakap ye, tapi orang PKR sendiri yang sebarkan keburukan si Azlan ni.

    Tapi sekarang si Azlan ni lah yang dijulang dan disanjung PKR ke sana ke sini kononnya bukti kukuh Anwar tak liwat Saiful.

    Haiiiii, kalau bini pun sanggup dilacurkan untuk cari duit, inikan pulak anak. Takda hal lah nak sua bontot Saiful kat Anwar kalau boleh cover hutang judi!

    Dan terkini, dia kantoi dalam sidang media bersama PKR.

    Boleh baca sendiri laporan Sinar Harian.

    Tidak Akan Sumpah Laknat

    Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, semalam menegaskan beliau tidak akan bersumpah laknat untuk membuktikan dakwaannya bahawa Kes Liwat II membabitkan anaknya dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah tidak benar atau fitnah.

    “Saya tidak akan bersumpah,” tegasnya pada sidang media di ibu pejabat PKR, semalam.

    Sebelum ini, Azlan mendakwa Kes Liwat II merupakan konspirasi bagi menjatuhkan karier politik Anwar.

    Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak takut untuk bersumpah laknat sekiranya berada di pihak yang benar.

    Mula-mula si Azlan cakap dia tak takut untuk bersumpah laknat sekiranya berada di pihak yang benar. Lepas tu dia kata takkan bersumpah laknat pulak!

    Haiiii, kalau tak takut nak sumpah laknat pasal apa tak berani? Kau kan mengaku berada di pihak yang benar? Jadi, sepatutnya takda masalah nak sumpah laknat!!

    KANTOIIII BEB!!!

    Si Azlan ni sama spesies dengan Anwar Ibrahim, tak berani nak sumpah laknat sebab takut kena laknat dengan Allah.

    Jadi, bila si Azlan tak berani nak sumpah laknat, CONFIRM lah dia bukan berada di pihak yang benar. Maka, CONFIRM lah Anwar memang liwat Saiful.

    Apa kecoh-kecoh ni Azlan Mat Lazim?

    Tuesday, March 12, 2013

    NURUL IZZAH KATA MANSUH PASUKAN GERAKAN AM BOLEH SELESAI SEMUA JENAYAH DI MALAYSIA



    Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

    Sekarang ni Nurul sedang hebat diasak ekoran kenyataannya menghina polis yang terkorban di Lahad Datu & Semporna menentang pengganas Sulu.

    Bagi mempertahankan dirinya, dia mendakwa kononnya kenyataan beliau adalah merujuk kepada cadangan reformasi polis Pakatan untuk menghapuskan jenayah di Malaysia.

    Ini bermakna, Nurul Izzah mengaku memang Pakatan bercadang untuk

    MEMANSUHKAN PASUKAN GERAKAN AM
    &
    MEMANSUHKAN CAWANGAN KHAS.

    Kononnya bila dimansuhkan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas, anggota polis ni ini akan ditugaskan semula sebagai pegawai penyiasat jenayah jalanan. Maka akan selesailah masalah jenayah di Malaysia. Begitulah formula mudah Pakatan.

    Persoalannya sekarang, cukup ke jumlah anggota PGA untuk selesaikan masalah jenayah di Malaysia?

    Cadangan bodoh Pakatan untuk mansuhkan PGA sebenarnya dah pernah dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri di Parlimen. Kalau Nurul rajin turun Parlimen, mungkin dia dah tahu dari awal mengapa cadangan bodohnya itu tak sesuai untuk dilaksanakan. Tapi Nurul lebih suka ponteng pergi parlimen dan pergi makan angin memburukkan nama Malaysia di luar negara,  jadi tu sebab dia tak tahu isu ni dah pernah dijawab.

     Berikut jawapan Timbalan Menteri Dalam Negeri mengenai isu ini.

    Tiada Cadangan Mansuhkan PGA: Abu Seman

    KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada cadangan untuk memansuhkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata ia berikutan tugas dan tanggungjawab pasukan itu sama seperti anggota polis dalam jabatan atau pasukan lain di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.


    "Sebagai salah satu komponen dalam PDRM, PGA masih relevan dalam menjaga keselamatan awam," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.


    Beliau menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) yang ingin tahu jumlah tenaga PGA serta adakah kerajaan bersedia menamatkan pasukan itu dan menyerapkannya dalam pasukan lain untuk membanteras jenayah.


    Abu Seman berkata, PGA yang dahulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) kini mempunyai kekuatan seramai 12,746 pegawai dan anggota. 


    Beliau berkata, pada masa ini pasukan itu ditugaskan untuk mencegah penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin terutama di sempadan negara, membanteras rompakan di laut dan mengawal keselamatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sempadan Malaysia-Thailand serta Sarawak, dan Malaysia-Kalimantan, Indonesia.


    "Mereka juga terbabit membuat kawalan keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa dan kawasan strategik lain, serta terbabit dalam operasi semasa krisis atau bencana.” 


    Tu diaaaa Nuruuuul.

    Mari kita dengar semula tuduhan Nurul mengenai PGA.


    "Saya kata, you tak payah tambah polis. Polis dah cukup. Semua polis itu ramai, kebanyakan besar dihantar jadi polis hutan, General Operation Force (Pasukan Gerakan Am) untuk lawan komunis dulu. You do not need, okay, General Operation Force now. Komunis semua, Chin Peng pun BN tak bagi mai balik Malaysia. Okay? So you do not need anymore General Operation Forces."

    Tuduhan 1

    Kebanyakan besar polis adalah dalam polis hutan (sekarang dikenali sebagai PGA).

    Jawapan:

    Bila Nurul kata kebanyakan polis adalah dalam PGA, nampak sangat Nurul langsung tak tahu fakta. Jumlah polis sekarang dalam 130,000 ribu orang, kebanyakannya memang bertugas untuk menyiasat jenayah. PGA cuma ada 12, 746 anggota sahaja! Lebih kurang 10% dari keseluruhan polis.

    10% tu kau kata kebanyakan besar? 10% tu kau kata majoriti?

    Gila fail Matematik Nurul Izzah ni.. Mengaku cerdik, ijazah sarjana muda pun ada, tapi kira peratus pun tak tahu? Dulu ijazah kau beli online ke?

    Tu lah Nurul, orang suruh belajar Ilmu Hisab, tapi kau belajar Ilmu Hisap. Kan dah jadi buta Matematik sekarang!

    Tuduhan 2

    PGA hanya untuk lawan komunis. Sekarang ancaman komunis dah takda, maka PGA MESTI DIMANSUHKAN!

    Jawapan:

    Bodoh piang betul kau ni Nurul. Kau tu wakil rakyat, kalau nak cakap kenalah berlandaskan fakta. Ni tak, semua benda kau nak fitnah.

    Sejak dari dulu hingga sekarang, tugas PGA ialah menjaga keselamatan di sempadan & perairan negara, mengawasi ancaman pencerobohan pendatang asing, anti pengganas dan menjaga ketenteraman awam. Semua ini adalah tugas yang mereka jalankan dari dulu sehingga sekarang termasuklah di Lahad Datu dan Semporna.

    Bila kau cakap PGA dah takda fungsi sejak ancaman komunis dihapuskan pada tahun 1989, maknanya kau tuduh PGA goyang kaki selama ni, padahal mereka bertungkus-lumus mempertahankan keselamatan negara! Dan demi menjalankan tugas, nyawa digadaikan.

    Kalau PGA dimansuhkan, maknanya tiadalah lagi rondaan keselamatan di sempadan. Maka pendatang haram pun akan berbondong-bondong melintasi sempadan tanpa rasa takut dan gentar.

    Bayangkanlah, Nurul nak mansuhkan PGA untuk jadikan mereka pegawai penyiasat. Berapa pegawai penyiasat dapat ditambah? Dalam 12 ribu je.

    Tapi bila PGA dah mansuh & tiada lagi rondaan keselamatan di sempadan, berapa banyak pendatang haram akan masuk? Confirm juta-juta yang masuk!

    Bila pendatang haram dah bertambah sampai berjuta-juta, agak-agaknya kadar jenayah makin naik ke makin turun?

    Confirm makin naik kadar jenayah! 

    Jenayah sedia ada pun tak dapat nak diselesaikan, tambah pula beratus ribu kes baru yang berpunca dari kebanjiran pendatang haram!

    Maka secara automatik formula mudah Pakatan untuk menghapuskan jenayah akan GAGAL!

    Hmmm, tambah pegawai penyiasat 12 ribu tapi pendatang asing tambah juta-juta. Macam ni je polisi hebat Pakatan untuk menangani masalah jenayah? Tak yah fikir panjang pun dah tahu, polisi ni memang TAK LOGIK!

    Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?   

    Monday, March 11, 2013

    NURUL IZZAH TUDUH TRAGEDI LAHAD DATU SANDIWARA UMNO UNTUK TAMBAH UNDI POS!



    Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

    Aku cukup tak faham perangai Nurul Izzah ni. Dalam masa kecemasan di mana keselamatan negara terancam, dia boleh desak Kerajaan mansuhkan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas sedangkan anggota PGA & Cawangan Khas telah mengorbankan nyawa mereka demi kedaulatan tanah air tercinta. 

    Dan kini, dia dan kuncu-kuncunya boleh buat tuduhan bahawa tragedi Lahad Datu ni cuma sandiwara UMNO untuk tambah undi pos!

    Kalau tak percaya, boleh baca sendiri Twit dari Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil.

    Now jadi postal voters “@NST_Online: PM : 5 battalions will be stationed at the newly established special security area to safeguard Sabah.”

    Sekarang jadi pengundi pos. “@NST_Online: PM: 5 batalion akan ditempatkan di kawasan keselamatan khas yang baru diwujudkan untuk mengawal keselamatan Sabah.”

    Bila PM buat pengumuman tu, apa agaknya perasaan pertama yang terdetik di hati kita?
    1. Semoga pertambahan tentera akan dapat menyelesaikan konflik ini secepat mungkin.
    2. Semoga tentera kita semuanya selamat.
    3. Semoga rakyat kita akan terpelihara keselamatannya.
    4. Kesemua di atas.
    Kalau aku, pilihan aku ialah No 4. Kalau orang biasa, memang perasaan seperti inilah yang akan terdetik di hati kita.

    Tapi kalau orang-orang yang memang niat dah jahat macam Nurul & Fahmi Fadzil, perkara baik macam ini pun dipandang serong.

    Apa agaknya perasaan yang terdetik di hati mereka bila dengar berita pertambahan tentera di Sabah?
    1. Sial, bertambahlah undi pos untuk BN!
    2. Celaka, kalau cepat selesai konflik ni, rakyat mesti sokong Kerajaan BN!
    3. Bangsat punya Najib, time nilah nak tunjuk sifat kepimpinan. Apasal tak dok diam-diam je kat Putrajaya?
    4. Kesemua di atas.
    Aku tak hairan kalau pilihan Nurul & Fahmi ialah pilihan No 4.

    Orang biasa takkan terfikir pasal undi pos semasa keadaan cemas & darurat macam di Sabah. Yang fikir macam tu memang confirm cuma orang yang bersangka buruk sahaja. Keselamatan polis dan tentera langsung tak difikirkan, jauh sekali keselamatan penduduk di Sabah. Apa yang difikirkan cuma KUASA, KUASA & KUASA!

    Orang-orang macam ni ke yang layak dijadikan pemimpin?

    Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?