Tuesday, April 16, 2013

BEGINILAH CARA NURUL IZZAH BERKHIDMAT UNTUK LEMBAH PANTAI



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Korang nak tahu tak? Sebenarnya jadi wakil rakyat ni senang je. Tak payah turun padang, tak payah berpanas nak ziarah mangsa kebakaran, tak payah berhujan nak lawat mangsa ribut. Sambil goyang kaki makan angin kat luar negeri pun boleh!

Haaaa… Macam mana caranya? Mudah… Mari kita tanya pendapat pakar, Puan Nurul Izzah.

“I tengok twitter Raja Nong Chik je untuk mengetahui perkembangan kawasan Lembah Pantai. Lepas tu I suruh wakil I turun then I akan claim kredit kononnya semua bantuan atau sumbangan adalah inisiatif I. Dengan berbuat demikian, I tak perlu buang masa turun kawasan kerana I lebih suka makan angin di luar negara sambil memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Cuma sebab pilihan raya dah dekat, maka I terpaksa turun untuk raih sokongan pengundi. Kalau tak, tak kuasa I nak jejak Lembah Pantai ni.”

Oooooh begitu rupanya cara menjadi wakil rakyat. Senang je.. Patut pun ramai orang nak jadi wakil rakyat!

Contoh terbaik aksi Nurul ialah semasa kebakaran di Blok B, PPR Kerinchi. Baca ikut twitter Raja Nong Chik, lepas tu hantar wakil. Tak payah turun sendiri pun takpa.

Wakil rakyat macam ni ke yang kita nak untuk Lembah Pantai? Lepas menang dulu jarang tunjuk muka, tapi bila PRU dah dekat baru nak muncul? Kalau pilih lagi silap besar la orang Lembah Pantai.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Monday, April 15, 2013

RAJA NONG CHIK JAWAB FITNAH NURUL IZZAH!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Aku heran betullah tengok perangai Nurul Izzah ni. Dia kata dia mahukan pilihanraya yang bersih, bebas dari serangan peribadi. Tapi lepas tu dia sendiri yang buat serangan peribadi kat orang lain. Macam mana tu?

Contoh terbaik ialah serangan Nurul Izzah terhadap Dato’ Raja Nong Chik. Beberapa hari lepas Dato’ Raja Nong Chik ditemuramah switchup.tv dan beliau mengambil kesempatan tersebut untuk menangkis fitnah-fitnah yang dihambur oleh Nurul Izzah.

Antara isu yang dijawab:

Dato’ Raja Nong Chik menggunakan syarikat luar pesisir untuk membuat pelaburan haram.

Jawapan:

Syarikat dibuka oleh bapa Dato Raja Nong Chik pada 2007 dan ditutup pada 2008 TANPA sebarang pelaburan. Kalau TIADA pelaburan, macam mana Nurul boleh tuduh ada pelaburan haram?

Dato’ Raja Nong Chik beli rumah RM15 juta di TTDI. Nurul Izzah membayangkan kononnya Dato Raja Nong Chik jadi kaya lepas jadi Menteri sehingga boleh beli rumah mewah.

Jawapan:

Rumah tersebut dibeli 10 TAHUN LEPAS sebelum Dato’ Raja Nong Chik menjadi Menteri dan harganya pula jauh lebih rendah dari amaun yang digembar-gemburkan. Pada masa itu dia adalah ahli perniagaan yang berjaya.

Pernah dengar jenama Acson? Haaaaa…. Itu adalah jenama yang diasaskan oleh Dato Raja Nong Chik. Hebatkan? Aku dulu ingat Acson tu jenama antarabangsa, rupa-rupanya jenama Malaysia yang dah menyerlah di luar negara!

Ketokohan Dato’ Raja Nong Chik dalam bidang diiktiraf rakan-rakan usahawan sehingga beliau dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia serta Pengerusi Persatuan Kontraktor Jentera Bumiputra Malaysia.

Jadi sebenarnya dia dah kaya laaaaaamaaaaa sebelum jadi Menteri. Suka hatilah kalau dia nak beli rumah pakai duit dia sendiri.

Nurul Izzah patutnya tanya Papa Hebat, “Macam mana Papa beli mahligai mewah di Segambut? Papa masa tu baru keluar penjara kerana meliwat, Mama tak kerja, Nurul masih sekolah lagi. Papa tak pernah jadi bisnesman, mana dapat duit juta-juta beli mahligai mewah tu? Haaaaaaaa…. Papa menang loteri masa dalam jel yaaa?”

Dato Raja Nong Chik meluangkan terlalu banyak masa di Lembah Pantai.

Jawapan:

Dato Raja Nong Chik ialah anak jati Lembah Pantai. Dia dibesarkan di Lembah Pantai, dia berkahwin di Lembah Pantai, anak-anaknya dilahirkan di Lembah Pantai, anak dia kahwin pun di Lembah Pantai. Dia pun dah lama berkecimpung dalam bidang politik di Lembah Pantai sebagai Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai. Jadi, salah ke kalau dia luangkan banyak masa di Lembah Pantai?

Ini sebenarnya komplen dari Nurul yang paling aku tak faham. Patutnya sebagai wakil rakyat Lembah Pantai, Nurul suka Dato Raja Nong Chik banyak meluangkan masa membantu rakyat di Lembah Pantai. Tapi mengapa kau marah pulak?

Ooooh, aku tahuuu. Kau marah sebab nanti terserlah kau ni jarang turun padang, jadi bila orang bandingkan siapa yang buat kerja, orang akan cakap Dato Raja Nong Chik KUAT KERJA, Nurul Izzah KUAT CAKAP je! Nurul punya Pusat Khidmat pun asyik berkunci je, buang masa je buat pelancaran besar-besaran dulu.

Kau lebih suka tengok rakyat Lembah Pantai merempat dan menderita dari dibantu Dato’ Raja Nong Chik ke? Busuknya hati kau Nurul!!

Kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut tentang jawapan Dato’ Raja Nong Chik, boleh tonton sendiri video tu.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Sunday, April 14, 2013

NURUL IZZAH & ANWAR IBRAHIM JADI PENGUNDI HANTU??



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Katakan tidak Nurul, katakan tidak!!! Katakan padaku kau bukanlah pengundi hantu!

Nurul Izzah yang selama ini asyik mengutuk SPR kononnya tidak telus kerana membenarkan orang luar yang tidak bermastautin di Lembah Pantai mengundi di situ kini dibongkar tembelangnya oleh Dato Raja Nong Chik bahawa Nurul sebenarnya adalah PENGUNDI HANTU!!

Berikut laporan dari Kosmo:

NURUL IZZAH PENGUNDI HANTU SEBENAR DI LEMBAH PANTAI

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai pengundi hantu paling besar kerana mendaftar mengundi di kawasan bukan tempat tinggalnya.
Kata beliau, pada tahun lepas, Nurul Izzah mendaftar sebagai pengundi di Parlimen itu melalui alamat sebuah rumah di Bangsar walaupun tidak pernah tinggal di situ.
"Dia daftar sebagai pengundi Lembah Pantai menggunakan alamat sebuah rumah di Bangsar. Dia tidak tinggal di situ, bapanya juga tidak tinggal di situ, alamat ini mungkin alamat kenalan atau saudaranya sahaja," katanya
"Jika dia (Nurul Izzah) cakap orang tidak tinggal dan bermastautin di sini (Lembah Pantai) tidak boleh mengundi, dia pun sama tidak boleh mengundi di sini," katanya.

Kalau kawan-kawan ingat, sebelum ini Nurul memang cukup lantang mengutuk SPR dalam isu pengundi luar kawasan ni:

Aku petik semula tweet Nurul tentang isu ini:


@bersih2 Ada 3.1 juta pemilih yg mengundi di luar kawasan tempat tinggal mrk (non resident voters). SPR tidak kisah. Bgm ya? 

Sekarang ni aku nak tanya, Nurul tinggal di mana?

Nurul tinggal di mahligai mewah di Segambut bersama dengan Papa Hebat, Anwar Ibrahim.





Dia bukannya tinggal di Lembah Pantai.

Macam mana ni Nurul Izzah? Kau sibuk-sibuk bantai SPR sebab kononnya biarkan kewujudan pengundi hantu, tapi kau sendiri adalah PENGUNDI HANTU!!

Macam mana pula dengan Papa Hebat, Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim tinggal di Segambut,  KL tapi mengundi di Permatang Pauh, Pulau Pinang.. Ni memang confirm mengundi di luar kawasan tempat tinggal!!

Jadi, kalau ikut tafsiran Nurul Izzah, ANWAR IBRAHIM SENDIRI ADALAH PENGUNDI HANTU!!

Nurul, kalau kau betul-betul serius membantah kewujudan pengundi luar kawasan dan ikhlas dalam membersihkan daftar pengundi, maka orang pertama yang perlu digugurkan ialah Anwar Ibrahim!!

Macam mana Nurul? Bila kau nak buat protes kepada SPR untuk menggugurkan nama Anwar Ibrahim dari daftar pengundi?

Ada berani ke Nurul?

Ni memang betul kes cakap tak serupa bikin! Dia bantai SPR pasal kes pengundi luar kawasan, tapi dia anak-beranak juga yang buat benda tu!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Saturday, April 13, 2013

ORANG KUAT PKR MENGAKU NURUL IZZAH TAK BUAT APA-APA DI LEMBAH PANTAI


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), PKR Lembah Pantai yang diketuai naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar menerima tamparan hebat apabila seramai 210 ahli mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Yang keluar tu pula bukan calang-calang orang. Salah seorang darinya ialah pencadang Nurul Izzah sendiri semasa penamaan calon pada Pilhan Raya Umum 2008, Norleha Ghani dan seorang lagi ialah Ketua Wanita PKR Cawangan Taman Bukit Angkasa, Rossimah Abu Bakar.

Norleha yang berjuang bersama PKR sezaman dengan bekas pengasas parti itu, Ng Lum Yong berkata, keputusan meninggalkan parti tersebut dibuat kerana sudah tidak yakin dengan perjuangan PKR selain kecewa dengan Nurul Izzah.

Malah dakwanya, orang seperti beliau dianggap PKR kawasan tersebut tidak diperlukan lagi kerana dikatakan ketinggalan zaman.

''Beliau (Nurul Izzah) tidak tahu bagaimana kami meninggalkan suami dan anak-anak di rumah semata-mata untuk membantunya semasa berkempen (2008). Kami bekerja kuat, malah menganggapnya seperti anak kami sendiri.

''Kami kesal kerana selepas beliau menang, kami dilupakan. Janji-janji yang dibuat kepada pengundi-pengundi tidak ditunaikan," katanya.

Norleha yang dikenali sebagai 'otai', dalam kalangan ahli PKR mendakwa, sepanjang lima tahun menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, hanya akhir-akhir ini Nurul Izzah dilihat berjumpa dengan rakyat.

Malah,dalam tempoh itu, Noleha mendapati Nurul Izzah tidak memberi apa-apa sumbangan langsung kepada kawasan yang dimenanginya itu.

''Nurul Izzah tidak buat kerja dan tidak tahu buat kerja. Sebaliknya saya lihat, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang banyak berbakti kepada penduduk di sini.

"Beliau (Raja Nong Chik) tidak banyak bercakap tetapi kuat bekerja. Kalau Nurul Izzah pula, dia memang pandai bercakap sana-sini tetapi satu kerja pun tidak buat," katanya.

TU DIAAA NURUL!!

Kalau orang PKR sendiri dah mengaku Nurul Izzah memang tak buat kerja, malah melupakan semua janji-janjinya kepada pengundi selepas menang, takkanlah kita sebagai pengundi di Lembah Pantai masih lagi nak pilih calon yang cuma KUAT CAKAP, TAPI TAK KUAT KERJA?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Friday, April 12, 2013

NURUL IZZAH SESAT LARAT DI LEMBAH PANTAI?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Korang boleh percaya tak ada wakil rakyat yang boleh sesat bila datang ke kawasan sendiri?

Dah 5 tahun jadi wakil rakyat, tapi kawasan sendiri pun dia tak tahu. Mana taknya, orang lain dok kawasan beri khidmat kepada penduduk, dia lebih suka makan angin sambil memburukkan nama negara di mata dunia.



Isy.. isy.. isy...

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Thursday, April 11, 2013

NURUL IZZAH RELA TENGOK MANGSA KEBAKARAN MEREMPAT DARI TERIMA BANTUAN KERAJAAN



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Baru-baru ni, Nurul Izzah sekali lagi memfitnah Raja Nong Chik kerana kononnya tak faham fungsi kerajaan sementara.

Apa kata Nurul Izzah ya? Boleh baca sendiri petikan artikel dari Harakah & Keadilan Daily ni:

Guna aset DBKL, Nong Chik tak faham ‘kerajaan sementara’

LEMBAH PANTAI 8 APRIL: Menteri Kesejahteraan Bandar & Wilayah, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin memperkuda agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

“Dia masih lagi gunakan sumber DBKL. Semuanya diguna untuk menangkan (bekas) Menteri Wilayah. Dia (Raja Nong Chik) kena profesional dan faham peranan kerajaan sementara,” kata Nurul Izzah.

Apakah isu yang mencetus kemarahan Nurul Izzah ini?

Isu mangsa kebakaran di Sg Penchala dapat bantuan DBKL. Boleh baca sendiri laporan dari Sinar Harian:

Tiga Bulan Percuma

Enam Keluarga Mangsa Kebakaran Ditawar Sewa PPR

Enam keluarga mangsa kebakaran di Kg Sungai Penchala ditawarkan menyewa PPR setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran baru-baru ini. 

Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik Dato Raja Zainal Abidin berkata, kesemua mereka akan ditempatkan di PPR Bukit Jalil.

"Pengecualian sewa selama 3 bulan diberikan untuk meringankan beban yang ditanggung," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa tersebut. 

Dalam majlis itu, setiap keluarga turut menerima sumbangan wang tunai RM500 daripada Yayasan Wilayah Persekutuan dan RM300 lagi daripada DBKL.

Raja Nong Chik turut menambah, sebelum ini setiap keluarga telah menerima sumbangan RM2,000 dari Baitulmal.

"Sumbangan itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung mereka selain tanda keperihatinan Kerajaan kepada masyarakat," katanya.

Inilah dia isu yang mencetus kemarahan Nurul Izzah. Nurul Izzah menganggap Raja Nong Chik menyalahgunakan kuasa kerana Raja Nong Chik memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran menggunakan wang DBKl dan turut memberi mereka penempatan percuma di PPR yang berada di bawah pengurusan DBKL.

Nurul Izzah oooi, pemberian sumbangan seperti ini adalah amalan biasa walaupun sebelum Parlimen dibubarkan. 

Mari sini aku ajar sikit apa beza Kerajaan Sementara dengan Kerajaan Tetap. Kerajaan Sementara BOLEH menjalankan semua fungsi sedia ada tetapi TIDAK BOLEH membuat dasar baru yang akan mengikat Kerajaan yang bakal dilantik.

Dalam kes ni, pemberian sumbangan dan pemberian unit PPR kepada mangsa kebakaran adalah dibenarkan kerana ianya termasuk dalam fungsi sedia ada.

Tapi kalau mengikut fahaman sempit Nurul, DBKL tak boleh bagi apa-apa bantuan sebab semua tu dia anggap sebagai kempen untuk menangkan calon BN!

Cuba bayangkan, rumah kita terbakar, lepas tu kita jumpa DBKL, "Tuan, rumah saya dah terbakar. Saya tinggal sehelai sepinggang. Satu sen pun takda. Keluarga saya tempat berteduh pun takda. Boleh saya dapat bantuan?"

Kalau ikut fahaman sempit Nurul, DBKL patut jawab macam ni, "Tak boleh beri bantuan sebab Kerajaan sekarang cuma Kerajaan Sementara. Kalau nak dapat bantuan, tunggu lagi 2 bulan lepas Kerajaan baru dilantik." 

"Habis tu, anak saya 11 orang nak makan apa?"

"Lagi 2 bulan kita akan bagi bantuan wang dan makanan."

"Habis tu anak saya 11 orang nak tinggal mana?"

"Lagi 2 bulan kita bagi rumah PPR."

Ambik kau!! DUA BULAN lah mangsa kebakaran ni kena merempat, Nak makan kena minta sedekah, mengemis minta ihsan orang ramai. Nak tidur kena cari bawah jambatan, tak pun tumpang kandang kambing, reban ayam.

Haa, macam tu lah Kerajaan Sementara ikut fahaman Nurul. 

Sekarang ni siapa sebenarnya yang tak faham konsep Kerajaan Sementara? 

Sanggup kau tengok mangsa kebakaran merempat Nurul, semata-mata sebab takut mereka akan undi BN?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Tuesday, April 9, 2013

NURUL IZZAH TUNTUT BN GUGURKAN RAJA NONG CHIK DARI SENARAI CALON!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Haiii… Sebelum ni berdegar-degar si Nurul mengaku kononnya dia akan menang mudah di Lembah Pantai. Kalau dah konfiden menang Nurul, apasal kau cuba nak elak dari berdepan Raja Nong Chik sampai kau sanggup guna Malaysiakini tabur fitnah kononnya semasa jadi Menteri, Raja Nong Chik guna syarikat luar pesisir untuk labur wang haram?

Tetapi Malaysiakini kantoi kerana sebelum artikel tu keluar, Dato’ Raja Nong Chik dah hantar secara BERTULIS jawapan kepada Malaysiakini menegaskan bahawa syarikat itu dibuka oleh bapanya SEBELUM Dato’ Raja Nong Chik menjadi Menteri dan juga ditutup SEBELUM Dato’ Raja Nong Chik menjadi Menteri.

Syarikat ditutup kerana pelaburan yang dirancangkan tak sesuai untuk dilaksanakan, maka ianya ditutup TANPA MELAKUKAN SEBARANG TRANSAKSI! Kalau dah ditutup tanpa sebarang transaksi, macam mana boleh Malaysiakini tuduh Dato’ Raja Nong Chik menjalankan urusniaga haram? Aku ulang semula, TAKDA SEBARANG URUSNIAGA PUN DIBUAT. Itupun Malaysiakini tak faham? Jawapan bertulis pun Malaysiakini tak boleh baca?

Nampak sangat Malaysiakini ada agenda untuk memburukkan nama baik Dato’ Raja Nong Chik. Walaupun dah ada jawapan bertulis, Malaysiakini langsung tidak mengendahkan fakta sebenar dan dengan sewenang-wenangnya menerbitkan fitnah.

Yang paling lawaknya kawan-kawan, selepas Nurul tabur fitnah, dia pula TUNTUT supaya Raja Nong Chik tidak dicalonkan BN di Lembah Pantai.. Aiyaaaaaah… Sudah gerun ka Nurul?

Berikut laporan dari Malaysiakini:

Think-tank: Nong Chik should declare assets


A policy think-tank has urged caretaker Federal Territories and Urban Well-being Minister Raja Nong Chik Zainal Abidin to declare his assets before nomination day.



In a press release today, Political Research for Change (KPRU) said that this was necessary in view of accusations that Raja Nong Chik owned an off-shore company that could be involved in illicit capital outflows.



Raja Nong Chik told Malaysiakini that the company was established by his father for "holding legitimate offshore investments for the family".



“The company was not used to obscure activities of Kumpulan RZA Sdn Bhd, and neither was it used to circumvent taxes or hide transactions overseas," he claimed.



Meanwhile, KPRU urged BN chairperson Najib Abdul Razak to make good on his integrity pledge with Transparency International-Malaysia (TI-M), and not field Raja Nong Chik as a candidate.



"This is to show BN's effort in defending its integrity," said KPRU.


Mula sekali, aku nak cakap pasal pengisytiharan aset. Untuk makluman KPRU yang kononnya kumpulan pemikir tapi langsung tak tahu fikir, semua Menteri perlu mengisytiharkan aset apabila dilantik. Pengisytiharan aset diserahkan kepada SPRM. Bila ada perubahan aset, semua Menteri perlu maklumkan kepada SPRM. Jadi, SPRM akan sentiasa memantau aset-aset yang dimiliki oleh para Menteri. Jadi tak timbul isu nak isytihar aset sebab memang semua aset dahpun diisytiharkan.

Itulah KPRU, nak berlagak pandai tapi benda asas macam ni pun kau tak tahu!!

Keduanya, semua calon BN akan ditapis oleh PDRM & SPRM terlebih dahulu. Kalau dah dicalonkan, maknanya calon tu bersih dari sebarang kes jenayah dan rasuah. Faham tak KPRU & Nurul Izzah?

Sekarang aku nak cakap pasal KPRU pulak. Siapa dia KPRU ni ya, yang hebat sangat nak tuntut supaya Raja Nong Chik tak dicalonkan ni?? Inilah pertama kali aku dengar nama KPRU.  

KPRU ialah sebuah think tank dengan tema Kajian Politik Untuk Perubahan dan ditubuhkan selepas PRU 2008.

Siapa yang mengawal KPRU?


Pengarah Eksekutif KPRU ialah Ooi Heng.

Ooi Heng? Siapa dia Ooi Heng ni?


Ooi Heng ialah Ketua Unit Penyelidikan Parti Keadilan Rakyat.

Laaaaa, Ooi Heng ni orang PKR rupanyaaaa… Jadi, KPRU ni ialah think tank PKR lah! Patut pun Ooi Heng & KPRU beria-ia tak nak Raja Nong Chik bertanding di Lembah Pantai lawan Nurul Izzah!!

Itu macam ka Nurul? Tarak berani lawan, sudah takut kalah, so you cucuk & merayu BN tolooooooonglah jangan calonkan Raja Nong Chik!!

Ptuihh… Dasar betina taktik murahan..

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?