Thursday, April 11, 2013

NURUL IZZAH RELA TENGOK MANGSA KEBAKARAN MEREMPAT DARI TERIMA BANTUAN KERAJAAN



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Baru-baru ni, Nurul Izzah sekali lagi memfitnah Raja Nong Chik kerana kononnya tak faham fungsi kerajaan sementara.

Apa kata Nurul Izzah ya? Boleh baca sendiri petikan artikel dari Harakah & Keadilan Daily ni:

Guna aset DBKL, Nong Chik tak faham ‘kerajaan sementara’

LEMBAH PANTAI 8 APRIL: Menteri Kesejahteraan Bandar & Wilayah, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin memperkuda agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

“Dia masih lagi gunakan sumber DBKL. Semuanya diguna untuk menangkan (bekas) Menteri Wilayah. Dia (Raja Nong Chik) kena profesional dan faham peranan kerajaan sementara,” kata Nurul Izzah.

Apakah isu yang mencetus kemarahan Nurul Izzah ini?

Isu mangsa kebakaran di Sg Penchala dapat bantuan DBKL. Boleh baca sendiri laporan dari Sinar Harian:

Tiga Bulan Percuma

Enam Keluarga Mangsa Kebakaran Ditawar Sewa PPR

Enam keluarga mangsa kebakaran di Kg Sungai Penchala ditawarkan menyewa PPR setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran baru-baru ini. 

Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik Dato Raja Zainal Abidin berkata, kesemua mereka akan ditempatkan di PPR Bukit Jalil.

"Pengecualian sewa selama 3 bulan diberikan untuk meringankan beban yang ditanggung," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa tersebut. 

Dalam majlis itu, setiap keluarga turut menerima sumbangan wang tunai RM500 daripada Yayasan Wilayah Persekutuan dan RM300 lagi daripada DBKL.

Raja Nong Chik turut menambah, sebelum ini setiap keluarga telah menerima sumbangan RM2,000 dari Baitulmal.

"Sumbangan itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung mereka selain tanda keperihatinan Kerajaan kepada masyarakat," katanya.

Inilah dia isu yang mencetus kemarahan Nurul Izzah. Nurul Izzah menganggap Raja Nong Chik menyalahgunakan kuasa kerana Raja Nong Chik memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran menggunakan wang DBKl dan turut memberi mereka penempatan percuma di PPR yang berada di bawah pengurusan DBKL.

Nurul Izzah oooi, pemberian sumbangan seperti ini adalah amalan biasa walaupun sebelum Parlimen dibubarkan. 

Mari sini aku ajar sikit apa beza Kerajaan Sementara dengan Kerajaan Tetap. Kerajaan Sementara BOLEH menjalankan semua fungsi sedia ada tetapi TIDAK BOLEH membuat dasar baru yang akan mengikat Kerajaan yang bakal dilantik.

Dalam kes ni, pemberian sumbangan dan pemberian unit PPR kepada mangsa kebakaran adalah dibenarkan kerana ianya termasuk dalam fungsi sedia ada.

Tapi kalau mengikut fahaman sempit Nurul, DBKL tak boleh bagi apa-apa bantuan sebab semua tu dia anggap sebagai kempen untuk menangkan calon BN!

Cuba bayangkan, rumah kita terbakar, lepas tu kita jumpa DBKL, "Tuan, rumah saya dah terbakar. Saya tinggal sehelai sepinggang. Satu sen pun takda. Keluarga saya tempat berteduh pun takda. Boleh saya dapat bantuan?"

Kalau ikut fahaman sempit Nurul, DBKL patut jawab macam ni, "Tak boleh beri bantuan sebab Kerajaan sekarang cuma Kerajaan Sementara. Kalau nak dapat bantuan, tunggu lagi 2 bulan lepas Kerajaan baru dilantik." 

"Habis tu, anak saya 11 orang nak makan apa?"

"Lagi 2 bulan kita akan bagi bantuan wang dan makanan."

"Habis tu anak saya 11 orang nak tinggal mana?"

"Lagi 2 bulan kita bagi rumah PPR."

Ambik kau!! DUA BULAN lah mangsa kebakaran ni kena merempat, Nak makan kena minta sedekah, mengemis minta ihsan orang ramai. Nak tidur kena cari bawah jambatan, tak pun tumpang kandang kambing, reban ayam.

Haa, macam tu lah Kerajaan Sementara ikut fahaman Nurul. 

Sekarang ni siapa sebenarnya yang tak faham konsep Kerajaan Sementara? 

Sanggup kau tengok mangsa kebakaran merempat Nurul, semata-mata sebab takut mereka akan undi BN?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

1 comment:

  1. Erk... Puan Nurul Izzah tak tahu kot..:)

    ReplyDelete