Monday, November 11, 2013

KERANA TAKUT DISAMAN, NURUL IZZAH MINTA AMPUN DENGAN RAJA NONG CHIK



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Ingat tak kes Mukhriz, yang difitnah Malaysian Insider di pagi Pemilihan Perwakilan baru-baru ini? Akhirnya Malaysian Insider tarik balik artikelnya dan mohon maaf pada Datuk Mukhriz. Tapi bak kata orang putih, 'damage was done'. 

Berapa ramai agaknya yang nak undi Mukhriz, tapi tak jadi undi sebab laporan Malaysian Insider?

Nampaknya perkara yang sama berlaku dengan Raja Nong Chik dan Nurul Izzah di Lembah Pantai. Sehari sebelum PRU-13, pada 4 Mei 2013, Malaysiakini telah menyiarkan kenyataan akhbar Nurul Izzah yang kononnya Raja Nong Chik (RNC) terlibat dengan penyelewengan tanah di Bukit Kiara melibatkan ratusan juta ringgit. Punyalah ramai pengundi Lembah Pantai yang baca Malaysiakini, maklumlah penduduk Bangsar memang kebanyakannya membaca Malaysiakini. Jadi bila mereka baca fitnah Nurul Izzah yang disiarkan Malaysiakini tu, mereka pun percaya bulat-bulat.

Akibatnya, RNC tewas 1,847 undi.

Selepas PRU-13, RNC saman Nurul, Malaysiakini dan wartawannya kerana memfitnah sehari sebelum PRU13. Dan akhirnya terbukti siapa yang benar. Pada Jumaat 8 Mei 2013, Nurul dan peguamnya bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan maaf pada RNC.

Tapi apa kesahnya mintak maaf ye tak? Pilihanraya dah menang.

Macam kes Mukhriz dan Malaysian Insider, Berapa ramai agaknya yang nak undi Raja Nong Chik, tapi tak jadi undi sebab kenyataan fitnah Nurul Izzah?

NURUL IZZAH SETUJU MOHON MAAF KEPADA RAJA NONG CHIK


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Nurul  Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, dilaporkan bersetuju memohon maaf kepada Dato’ Raja NongChik Raja Zainal Abidin, bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kes saman yang difailkan oleh Raja Nong  Chik terhadap Nurul Izzah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, hari ini. 
Menurut sumber, sesi perbicaraan secara mediasi (perundingan sebelum perbicaraan penuh), yang berlangsung selama hampir satu jam itu dipercayai atas saman yang difailkan   oleh Raja Nong Chik berkaitan fitnah Nurul Izzah terhadap dirinya, yang dibuat pada 4 Mei 2013, iaitu sehari sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-13. 
Dalam PilihanrayaUmum ke-13 tersebut, Nurul Izzah mewakili Parti Keadilan Rakyat, yang menentang Raja Nong Chik mewakili Barisan Nasional, menang kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1847 undi.
Nurul Izzah dilaporkan bersetuju supaya satu permohonan maaf akan dikeluarkan olehnya dan disiarkan dalam media utama dan media sosial, yang isi kandungan permohonan maaf tersebut perlu mendapat persetujuan bersama dengan Raja Nong Chik. 
Raja Nong Chik dilihat hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, bersama pegawai dan peguamnya, pada jam 3.00 petang. Sementara itu, turut kelihatan ialah Steven Gan, Ketua Pengarang Malaysiakini, juga bersama peguamnya yang turut terlibat dalam kes ini yang dipercayai menjadi media penyebar kepada kes fitnah tersebut. Menurut sumber juga, sesi mediasi itu sedikit tertangguh kerana kelewatan kehadiran peguam Nurul Izzah.


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

(Sumber: Aboudiabydoo)

5 comments:

  1. Kenapa nak setuju terima permohonan maaf? Teruskan jelah dgn saman. At least, pertama dapat gak bayaran pampasan, kedua publisiti tentang kesalahan yang dilakukan. Aku betul-betul tak faham.......

    ReplyDelete
  2. maaf...memaafkan tu dituntut Islam besar ganjarannya tapi ada juga hukum Islam pencuri itu mesti dipotong tangannya, kalau pemfitnah pula apa hukumannya ya? rejam? heh...heh..

    ReplyDelete
  3. Mmg mhairankan bila pemimpin Umno terus terusan mgikut rentak pembangkang .. kenapa tak teruskan saman saja... damage was done dah kalah dah pun d lembah Pantai... kalau mcm ni la akan berterusan la fitnah pembangkang akan datang... ajar skit baru rakyat tahu dan yakin ni tak lembek..

    ReplyDelete
  4. Sy sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama islam dan berbangsa Melayu memberi sokongan padu pada parti pas, sy bersyukur kerana pas dan dap telah bercerai dan harapan sy agar pas juga akan keluar dari pkr. Sy juga menyeru semua rakyat Malaysia seperti sy, marilah kita sama2 bersatu memberi sokongan penuh pada pas, insyaallah jika kita bersatu kita boleh tendang terus parti dap dan pkr yg didalangi mossad / Israel..
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP ISLAM!!

    JOM JIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH!!
    ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA..
    BERTINDAK SEKARANG JANGAN BAGI SI KAFIR DAP DAPAT MENAWAN PUTRAJAYA,
    JIHAD FISABILLILAH.
    ALLAHUAKBAR..
    ALLAHUAKBAR..
    ALLAHUAKBAR..

    ReplyDelete
  5. Sy sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama islam dan berbangsa Melayu memberi sokongan padu pada parti pas, sy bersyukur kerana pas dan dap telah bercerai dan harapan sy agar pas juga akan keluar dari pkr. Sy juga menyeru semua rakyat Malaysia seperti sy, marilah kita sama2 bersatu memberi sokongan penuh pada pas, insyaallah jika kita bersatu kita boleh tendang terus parti dap dan pkr yg didalangi mossad / Israel..
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP ISLAM!!

    JOM JIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH!!
    ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA..
    BERTINDAK SEKARANG JANGAN BAGI SI KAFIR DAP DAPAT MENAWAN PUTRAJAYA,
    JIHAD FISABILLILAH.
    ALLAHUAKBAR..
    ALLAHUAKBAR..
    ALLAHUAKBAR..

    ReplyDelete