Wednesday, October 24, 2012

AGENDA RAHSIA MAHU BUANG 72,000 KAKITANGAN AWAM DALAM BAJET PAKATAN!



Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Sebelum ni kita dah banyak kali dengar DAP dalam kempen mereka lantang menyuarakan hasrat untuk mengurangkan jumlah penjawat awam kononnya jumlah penjawat awam terlalu ramai. Isu ini sebenarnya boleh dianggap isu perkauman, kerana penjawat awam kebanyakannya Melayu, sedangkan DAP ialah parti cauvinis Cina. Bila diasak oleh orang ramai, PKR dan PAS cepat-cepat buat kenyataan bahawa isu ini cuma salah faham, tapi yang hairannya DAP tidak pernah sekalipun membuat penafian. Ini bermakna agenda mengurangkan penjawat awam masih menajdi agenda utama DAP.

Dan kini aku kena tabik kepada Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanadzlah, kerana telah berjaya membongkar agenda rahsia dalam bajet pembangkang.

Berdasarkan kajian Perbendaharaan Malaysia, bajet pembangkang tidak menyediakan peruntukan secukupnya iaitu RM6.9 bilion bagi gaji dan pencen penjawat awam.

Kalau kita tengok jumlah perbelanjaan yang dinyatakan dalam bajet pembangkang, jumlah wang yang diperuntukkan terlalu sedikit untuk menampung gaji penjawat awam. Kalau kita tengok bajet pembangkang tu, jika menjadi Kerajaan, Pakatan perlu membuang seramai 72,000 penjawat awam supaya bajet mereka tak terlebih belanja.

72,000 PENJAWAT AWAM KENA BUANG!

Aku ulang sekali lagi.

72,000 PENJAWAT AWAM KENA BUANG!

Dengan bajet pembangkang ditunjangi oleh pakar-pakar ekonomi DAP seperti Tony Pua, tak hairanlah mereka cuba memasukkan secara senyap agenda pengurangan penjawat awam dalam bajet pembangkang.

Sekarang ni ada dua senario:

Senario pertama:

Pakatan mengaku pengurangan jumlah penjawat awam memang agenda utama mereka dan ianya akan dilaksanakan mulai tahun depan dengan PEMBUANGAN 72,000 PENJAWAT AWAM MELAYU sekaligus mendaulatkan agenda cauvinis Cina dalam DAP.

Senario kedua:

Pakatan mengaku bajet yang mereka sediakan memang hancuss dan banyak kesilapan. Dengan kata lain, bajet mereka ni sekadar momokan angka yang langsung tak boleh dipercayai.

Walau apapun pengakuan mereka, kedua-dua senario ini jelas menunjukkan bahawa Pakatan sebenarnya tiada agenda yang telus dan jelas serta langsung tak berkemampuan untuk mentadbir negara.

Kalau betul ada agenda nak buang penjawat awam Melayu, bagi tahu terang-terangan, jangan sorok dalam bajet.

Kalau betul tak reti nak buat bajet yang jadi panduan untuk menguruskan negara, macam mana kita nak percaya Pakatan mampu memerintah negara dengan baik?

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

1 comment:

  1. Salam perjuangan..Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

    ReplyDelete