Monday, February 25, 2013

BN PATUT CONTOHI DAP: HARAMKAN YB TIN KOSONG, NURUL IZZAH, DARI GANTUNG BANNER MASA PRU!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Aku rasa dah tiba masanya Kerajaan lebih tegas terhadap pesalah tegar macam YB TIN KOSONG, Nurul Izzah ni. Selama ni Kerajaan asyik berlembut je, Nurul Izzah pasang banner dan bendera merata-rata tanpa permit, sebiji macam orang yang pasang iklan Ah Long, tukang urut dan ubat kuat tapi tak pernah dikenakan tindakan oleh DBKL.


Baru-baru ni Nurul Izzah buat hal lagi, merata-rata di seluruh Lembah Pantai dia pasang banner Debat Perdana antara dia dan Dato Raja Nong Chik, padahal Dato’ Raja Nong Chik dah banyak kali maklumkan dia lebih berminat nak luangkan masa untuk bantu rakyat dari buang masa berdebat dengan Nurul Izzah.

Eh, kalau satu pihak lagi tak setuju, mengapa masih nak letak banner merata-rata untuk promosi Debat Perdana ni?

Haaaaa, inilah taktik murahan Nurul Izzah. Bila orang ramai datang ke majlis Debat tu, dengan muka kesian dia akan maklumkan bahawa walaupun telah bersetuju, Dato Raja Nong Chik tak muncul-muncul juga. Dengan cara ini dia berharap orang ramai akan bersimpati dengannya dan mengutuk Dato Raja Nong Chik.

Senangkan jadi pemimpin macam tu? Buat isu murahan, lepas tu cuba tarik simpati pengundi.

Taktik murahan Nurul Izzah ditempelak oleh Setiausaha BN Lembah Pantai seperti dilaporkan oleh portal pro-pembangkang, Malaysian Insider.

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Umno Lembah Pantai mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.
Menurut Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi menggantung kain rentang dan poster program tersebut.
“Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini.
“Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Sazali juga mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.
“Seperkara lagi, adakah pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner program tersebut?” tambah beliau.
Dalam kenyataan media itu juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan di mana Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya mengatakan: “Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.
“Sedangkan Datuk Raja Nong Chik tidak pernah bersetuju dengannya.”
Aku rasa sudah tiba masanya Kerajaan BN contohi pendekatan zalim Kerajaan DAP Penang. Di Penang, hanya kerana memasang bendera 1Malaysia semasa lawatan YAB PM, Kerajaan DAP Penang mengumumkan bahawa BN TIDAK akan dibenarkan memasang sebarang banner atau bendera semasa tempoh berkempen PRU 13. Bukan itu sahaja, BN juga turut dikenakan denda kerana memasang banner 1Malaysia!

Pernah tak Kerajaan BN buat macam tu?

TAK PERNAH!

Selama ni pembangkang dibiarkan sahaja memasang banner dan bendera tanpa sebarang tindakan. Jadi, sudah tiba masanya BN mencontohi Kerajaan DAP Penang dan mengharamkan pemasangan banner dan bendera pembangkang semasa PRU 13 nanti.

Pembangkang tak boleh tuduh BN zalim, kerana Kerajaan DAP Penang telah lebih awal melaksanakan tindakan tersebut. BN cuma memulangkan paku buah keras kepada pembangkang.

Dan orang pertama yang patut dikenakan tindakan, sudah tentunya Nurul Izzah.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE? 

PAKATAN JANJIKAN PENDAPATAN MINIMUM RM4,000 SEBULAN?

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Bagi meraikan pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat yang menjanjikan pendapatan minimum RM4,000 sebulan, mari kita bergelak ketawa dengan Nabil, Adlin Aman Ramli, Acappan & Douglas Lim dari geng Bangkang Dari Longkang dengan sketsa Gaji Minimum.



Sebelum kita telan bulat-bulat janji Pakatan Rakyat, kita fikir-fikirkanlah logik ke tak logik apa yang mereka janjikan.

Kat Selangor pun banyak janji tak tertunai, bila ditekan oleh rakyat untutk tunaikan janji, Khalid Ibrahim sanggup kata MANIFESTO BUKAN JANJI. Sekarang dah makin banyak janji dibuat, boleh percaya keeee? Nak buat janji memang mudah, nak tunaikan tak semestinya mudah.

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Sunday, February 24, 2013

MENGAPA BN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP YB TIN KOSONG, NURUL IZZAH?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sejak semalam lantang berkokok Nurul Izzah dan kuncu-kuncunya mempertikaikan tindakan BN membuat laporan polis terhadap YB TIN KOSONG, Nurul Izzah kerana terus mempromosi debat antara Nurul Izzah dan Dato’ Raja Nong Chik. Respon mereka mudah sahaja, tindakan BN membuat laporan polis adalah tindakan berunsur fitnah! Mereka kata, takkanlah nak jemput debat pun salah!

Sekarang ni, siapa yang fitnah siapa?

Berikut petikan laporan portal pro-pembangkang Malaysian Insider:

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Umno Lembah Pantai mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.
Menurut Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi menggantung kain rentang dan poster program tersebut.
“Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini.
“Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Sazali juga mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.
“Seperkara lagi, adakah pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner program tersebut?” tambah beliau.
Dalam kenyataan media itu juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan d imana Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya mengatakan: “Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.
“Sedangkan Datuk Raja Nong Chik tidak pernah bersetuju dengannya.”
Haaaa, inilah sebenarnya sebab laporan polis dibuat.

Bukan kerana jemputan debat. Nurul Izzah nak jemput sesiapa pun nak berdebat, itu hak dia. 

Tapi bila jemputan dah ditolak dan dia masih lagi heboh bahawa Dato’ Raja Nong Chik dah setuju dan akan hadir dalam debat tersebut, itu dah masuk dalam kategori fitnah.

Ini sebenarnya taktik murahan Nurul Izzah untuk menagih simpati.

Nurul Izzah ibarat perempuan yang kena reject berkali-kali oleh pihak lelaki tapi masih nak buat majlis persandingan. Banner dibuat, kad jemputan dihantar, saudara-mara jauh dan dekat dijemput, satu kampung pun dipanggil datang, tapi bila tetamu hadir, pengantin perempuan seorang je yang bersanding atas pelamin. Lepas tu Nurul Izzah akan buat cerita sedih kononnya pengantin lelaki dah setuju nak nikah, tapi tiba-tiba tak muncul. Maka tetamu semuanya akan bersimpati dengan Nurul dan mengutuk pihak lelaki padahal pihak lelaki dari awal lagi dah menolak pinangan Nurul Izzah.

Inilah cara kotor Nurul Izzah nak raih simpati pengundi.

Adakah pengundi Lembah Pantai akan terpedaya dengan sandiwara Nurul Izzah kali ini?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

NURUL IZZAH, YB TIN KOSONG YANG GILA PUBLISITI


Aduiii... Nurul Izzah walaupun dah berkali-kali kena reject oleh pihak lelaki masih nekad nak meneruskan kenduri kahwinnya. Banner dah keluar, kad jemputan pun dah bagi, tapi sesiapa yang pergi pasti tertipu kerana pengantin perempuan akan bersanding seorang diri sahaja atas pelamin. 

Kesiaaaaannn....

Berikut kenyataan akhbar dari Setiausaha BN Lembah Pantai yang menempelak sikap gila publisiti dan tidak bertanggungjawab YB TIN KOSONG, Nurul Izzah.


KENYATAAN AKHBAR
OLEH DATO’ MOHAMAD SAZALI KAMILAN
SETIAUSAHA PENYELARAS BARISAN NASIONAL LEMBAH PANTAI

KUALA LUMPUR – YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, nampaknya semakin terdesak dalam meraih sokongan rakyat kepadanya.

Terbaru, di Lembah Pantai, sepanduk-sepanduk telah dipasang dan juga risalah-risalah telah diedar dengan mengatakan bahawa pada 24 Februari ini akan diadakan debat di antara dirinya dengan YB Senator Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin, Pengerusi Penyelaras BN Lembah Pantai. Dengan menamakannya sebagai “Debat Perdana Lembah Pantai”, jemputan kepada umum dibuat untuk hadir pada jam 9.00 malam bertempat di Apartmen Pantai Permai.

Sememangnya, sama ada YB Dato’ Raja Nong Chik sendiri ataupun BN Lembah Pantai, langsung tidak tahu menahu akan perkara ini. Bukan sahaja sepanduk dan risalah tetapi media-media baru kendalian pihak Pakatan tersebut telahpun menyebar secara meluas fitnah zaman moden ini.

Tindak tanduk terbaru YB Nurul Izzah ini tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat serta memesongkan fikiran rakyat dari membincangkan statusnya sebagai wakil rakyat yang sememangnya tidak bertanggungjawab dan tidak berminat pun untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Berkaitan itu, satu laporan polis telah dibuat pada 22 Februari 2013 (Jumaat) jam 5.53 petang di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, oleh Datuk Ibrahim Tamby Chik, Ketua Penerangan BN Lembah Pantai.

BN Lembah Pantai di bawah kepimpinan YB Senator Dato’ Raja Nong Chik, komited dengan kehendak rakyat melalui organisasi Parti yang sememangnya kuat dan kukuh. Ini adalah berbeza dengan Pakatan yang ditadbir oleh YB Nurul Izzah, Ketua Cabang PKR Lembah Pantai yang terpilih melalui pergaduhan dan pertempuran sesama mereka sewaktu pemilihan parti mereka sebelum ini.

Maka, perumpamaan “paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih” adalah bertepatan sekali dengan YB Nurul Izzah. Menjaja di sana sini bahawa Pemuda UMNO Lembah Pantai samseng dan berkokok di sana sini bahawa ada ramai pengundi hantu di Lembah Pantai, sebenarnya adalah mainan sandiwara sebab malu untuk mengakui bahawa punca pergaduhan dalam PKR sewaktu pemilihan dahulu, adalah akibat dari kegiatan samseng sesama mereka, fitnah memfitnah dan juga penuhnya pengundi hantu dalam senarai ahli mereka.

Sekian, terima kasih.

Saturday, February 23, 2013

PESANAN PENDUDUK LEMBAH PANTAI UNTUK YB TIN KOSONG, NURUL IZZAH



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Tak yah cakap banyak, kau ni memang layak digelar YB TIN KOSONG!

Cakap banyak, tapi kerja yillek, haram tak buat apa-apa.

Kalau orang putih cakap NATO – No Action, Talk Only.

Sekarang ni kononnya nak debat dengan Dato’ Raja Nong Chik untuk menafikan bahawa kau kononnya tak buat kerja.

Apa susah nak debat Nurul, kalau nak buktikan kau ada buat kerja gunakan je lah semua portal pro-pembangkang, sebarkan semua jasa kau untuk penduduk Lembah Pantai!

Ada berani? Kalau tak berani, dok diam-diam je lah.

Orang Lembah Pantai dah muak tengok kerenah kau, Nurul!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Friday, February 22, 2013

DAP & PKR PERANG BESAR DI JOHOR



Apa kecoh-kecoh ni DAP & PKR?

Belum perintah negara dah perang besar sesama sendiri?

Inilah bukti kukuh tiadanya persefahaman di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Seperti yang dilaporkan secara meluas dalam portal-portal pro-pembangkang, perang besar tercetus bila Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau menuduh Ketua PKR Johor, Chua Jui Meng sebagai dalang kempen mensabotaj DAP Johor.

DAP Johor menuntut supaya Chua Jui Meng disingkirkan dari jawatan Ketua PKR Johor. DAP Johor tidak akan bekerjasama dengan PKR Johor selagi isu ini tidak diselesaikan.

Tuntutan DAP Johor disokong oleh Karpal Singh yang mendakwa bahawa Chua Jui Meng mempunyai masalah kredibiliti kerana beliau merupakan bekas pemimpin MCA dan BN. Karpal Singh menuntut agar Anwar Ibrahim campur tangan demi masa depan Pakatan Rakyat.

Boleh baca sendiri laporan portal pro-pembangkang Free Malaysia Today:

PETALING JAYA: DAP hari ini menuduh Ketua PKR Johor Chua Jui Meng menjalankan kempen bawah tanah terhadapnya di negeri ini.

Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau berkata dalam satu kenyataan media bahawa partinya telah menjadi sasaran "serangan ganas tanpa nama" dan dia "amat" percaya bahawa Chua adalah "tangan hitam" di belakang serangan-serangan ini.

Boo berkata ia adalah dikesali bahawa Chua, walaupun pendatang baru kepada Pakatan Rakyat, dia telah mengenepikan pemimpin pembangkang lain di Johor.

Chua berpaling tadah dari MCA kepada PKR pada Julai 2009.

Boo mencadangkan bahawa PKR menggantikan Chua dengan sama ada presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ini akan memberi Pakatan peluang yang lebih baik menawan negeri Johor dalam pilihan raya umum ke-13.

Boo menolak dakwaan bahawa DAP Johor telah memulaukan acara Pakatan Rakyat dan tidak menjemput pemimpin PAS atau PKR ke majlis-majlis DAP.

Beliau berkata, hanya Chua Jui Meng sahaja yang tidak dijemput untuk semua majlis DAP Johor.

Beliau mendakwa bahawa satu-satunya matlamat Chua adalah untuk mendapatkan kerusi yang selamat untuk dirinya sendiri dalam pilihan raya akan datang.

Karpal Sokong Boo, Soal Kredibiliti Chua

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, parti itu mengambil pandangan yang serius dakwaan Boo terhadap Chua.

"Sesuatu siasatan yang mendalam harus dilancarkan untuk menentukan siapa yang berada di belakang 'serangan ganas tanpa nama' menentang DAP dan juga menentukan 'tangan hitam' di sebalik serangan-serangan ini.”

"Dakwaan oleh Boo tidak boleh dipandang ringan demi kepentingan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Karpal juga berkata bahawa kredibiliti Chua adalah diragui memandangkan beliau merupakan pemimpin yang telah lama dalam MCA dan Barisan Nasional.

Beliau juga menggesa Anwar untuk memastikan peluang Pakatan di Johor tidak terjejas oleh apa-apa perbuatan sabotaj.

Belum menang apa-apa dah bergaduh sakan sesama sendiri. Kalau dah menang nanti macam mana agaknya?

Mahu berbunuh kot demi nak rebut kuasa!

Apa kecoh-kecoh ni DAP & PKR?