Wednesday, May 27, 2015

RAFIZI SELEWENG DUIT RAKYAT LAGI?


PETALING JAYA: Tindakan Rafizi Ramli mengutip derma daripada orang ramai sebanyak RM10 seorang bagi menjayakan kempen “Tutup 1MDB” merupakan satu kesalahan. 

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mendakwa, perbuatan itu juga satu penipuan. 

Katanya, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) yang dikatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diamanahkan untuk mengutip dana tersebut didaftarkan sebagai syarikat SDN BHD. 

“Selepas membuat semakan saya mendapati NOW ini bukan sebuah pertubuhan tetapi ianya merupakan sebuah syarikat SDN BHD yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bernama NOW SDN BHD,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Rabu. 

Menurut Ramesh, tindakan syarikat tersebut beroperasi menggunakan nama NGO untuk mengutip wang daripada orang awam sebenarnya menyalahi undang-undang. 

Sebagai syarikat SDN BHD, NOW tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan tindakan itu. 

Bekas ahli DAP itu berkata, semakan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati NOW tidak mendapat kelulusan untuk menerima atau mengutip wang daripada orang awam. 

Sehubungan itu, tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutip derma daripada orang awam menyalahi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti Money Laundering Act 2001). 

“Saya minta polis siasat penipuan Rafizi ini. Kalau permulaan dia sudah menipu, saya boleh katakan pembongkaran Rafizi sebelum ini berkaitan 1MDB adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. 

“Kalau betul nak berjuang untuk rakyat dia (Rafizi) tak boleh tipu macam ni, kamu dah menipu rakyat kamu masih nak bodohkan rakyat,” katanya. 

Dia turut menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan permainan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan itu untuk memberi sokongan kepada kempen tersebut. 


2 comments:

  1. Sy sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama islam dan berbangsa Melayu memberi sokongan padu pada parti pas, sy bersyukur kerana pas dan dap telah bercerai dan harapan sy agar pas juga akan keluar dari pkr. Sy juga menyeru semua rakyat Malaysia seperti sy, marilah kita sama2 bersatu memberi sokongan penuh pada pas, insyaallah jika kita bersatu kita boleh tendang terus parti dap dan pkr yg didalangi mossad / Israel..
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP ISLAM!!

    JOM JIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH!!
    ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA..

    ReplyDelete
  2. Sy sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama islam dan berbangsa Melayu memberi sokongan padu pada parti pas, sy bersyukur kerana pas dan dap telah bercerai dan harapan sy agar pas juga akan keluar dari pkr. Sy juga menyeru semua rakyat Malaysia seperti sy, marilah kita sama2 bersatu memberi sokongan penuh pada pas, insyaallah jika kita bersatu kita boleh tendang terus parti dap dan pkr yg didalangi mossad / Israel..
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP ISLAM!!
    HIDUP ISLAM!!

    JOM JIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH!!
    ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA..

    ReplyDelete