Wednesday, May 20, 2015

SETITIK PELUH PALESTIN LEBIH MAHAL DARI SEJUTA NYAWA ROHINGYA


Apa kecoh-kecoh ni Rohingya?

Tahniah kepada Malaysia yang akhirnya bersetuju untuk menerima secara sementara pelarian Rohingya yang selama ini terkandas di lautan lepas. Itupun selepas dapat kecaman hebat dari kalangan warga Malaysia sendiri dan juga masyarakat antarabangsa kerana membiarkan pelarian Rohingya hanyut tanpa bantuan.

Aku faham, isu ini macam diluah mati emak, ditelan mati bapa. Kalau tak terima, mereka mungkin mati kelaparan di lautan. Kalau terima, makin bertambahlah jumlah pelarian Rohingya di Malaysia yang sehingga kini dah melebihi 50,000 orang. Itu jumlah rasmi, belum ambil kira PATI Rohingya lagi. Makin bertambah pelarian, bertambah teruklah masalah sosial dan ekonomi yang perlu ditanggung oleh Malaysia.

Tapi yang penting kita kena tengok punca masalah. Mengapa Rohingya melarikan diri dari Myanmar?

Sebab umat Islam Rohingya di Myanmar teruk ditindas dan dibunuh. Itulah sebabnya mereka melarikan diri.

Soalannya sekarang, apa yang Malaysia dan ASEAN buat untuk hukum Myanmar kerana menjalankan penghapusan etnik kepada Rohingya?

Jawapannya: YILLEK, PODAH CHIT!! Satu benda pun tak buat.

Kerana sibuk nak jaga hati jiran tetangga, Malaysia dan ASEAN buat tak tahu kekejaman rejim Myanmar.   

Malaysia sekarang jadi Pengerusi ASEAN. Baru-baru ni semasa persidangan ASEAN di KL, pemimpin Myanmar disambut meriah, ditatang bagai minyak yang penuh. Ada kita sebut pasal isu Rohingya? Tak ada! Padahal ini isu ASEAN yang memberi kesan kepada Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Suara Pemuda UMNO bawah KJ mana? Suara Pemuda PAS, parti Islam mana? Orang Islam kena tindas, parti Islam buat tak kisah je? Suara Angkatan Muda Keadilan mana? Suara Pemuda DAP memang takkan adalah, sebab ni cerita orang Islam kena tindas. Memang dia langsung tak kisah.

Bila cerita pasal Palestin, semua naik semangat, demonstrasi sana-sini, nak boikot syarikat itu & ini tapi bila cerita pasal Rohingya semua dok diam membisu seribu bahasa? Padahal Rohingya tu jiran kita, Palestin jauh merentas benua.

Itulah sebabnya aku kata setitik peluh Palestin lebih mahal dari nyawa sejuta Rohingya.


Apa kecoh-kecoh ni Rohingya?

No comments:

Post a Comment