KUALA
LUMPUR – Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Mohamd Abduh Nik Abdul Aziz berkata,
PAS pada hari ini sudah begitu teruk musnahnya sehingga ada di kalangan
pemimpin parti itu sanggup membawa pemimpin kafir seperti Lim Kit Siang untuk
berucap di Kota Bharu bagi menolak hukum Allah (hudud). Tindakan itu katanya dibuat oleh
pihak-pihak yang selama ini seolah-oleh tidak sabar menanti ayahanda beliau
meninggal dunia.
Beliau yakin, sekiranya ayahanda beliau (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) masih hidup, tidak akan ada mana-mana pemimpin PAS yang akan berani bertindak demikian.
“Mereka kata, sejak PAS kehilangan TGNA rahimahuLlah, PAS berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu. “Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama LKS ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah,” katanya hari ini.
Beliau meluahkan kekecewaan yang mendalam itu
melalui akaun Facebook miliknya sebentar tadi.
Semalam, Lim Kit Siang secara berani dan terbuka berucap menolak Hudud di hadapan ribuan penyokong dan ahli PAS dalam program Ceramah Perdana Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan anjuran Pas Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana.
Apa
kecoh-kecoh ni Nik Abduh?
Mat
Sabu kan Timbalan Presiden PAS. Kau tu siapa? Sukahati dialah kalau nak bawa
Lim Kit Siang ke, Lim Guan Eng ke, Ambiga ke untuk ceramah tolak hudud di
Kelantan.
Mat
Sabu dan geng-geng PASMA kan dah angkat Lim Kit Siang jadi Mursyidul Am PAS
yang baru. Kenalah ikut cakap Mursyidul Am baru.
Hudud
tak penting. Yang penting dapat kuasa. Walaupun PAS namanya pun Parti Islam
SeMalaysia, tujuan penubuhan pun untuk wujudkan Negara Islam, apa salahnya kita
tolak tepi dulu Islam. Nanti pengundi marah tak nak undi Pakatan kalau asyik
cerita pasal Islam.
Okey?
Okey? Ada faham Nik Abduh?
Apa
kecoh-kecoh ni Nik Abduh?
Sy sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama islam dan berbangsa Melayu memberi sokongan padu pada parti pas, sy bersyukur kerana pas dan dap telah bercerai dan harapan sy agar pas juga akan keluar dari pkr. Sy juga menyeru semua rakyat Malaysia seperti sy, marilah kita sama2 bersatu memberi sokongan penuh pada pas, insyaallah jika kita bersatu kita boleh tendang terus parti dap dan pkr yg didalangi mossad / Israel..
ReplyDeleteHIDUP ISLAM!!
HIDUP ISLAM!!
HIDUP ISLAM!!
JOM JIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH!!
ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA..