Thursday, February 16, 2012

PUSAT KHIDMAT NURUL IZZAH SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ni Anwar turun Brickfields nak pikat undi kaum India. Lima khemah besar Nurul Izzah sediakan, sebab target hadirin 3,000 orang, tapi yang turun cuma 300 sahaja. 

300 SAHAJA DARI SASARAN 3,000!

Anwar muka sudah masam mencuka, bila nak balik ada pulak orang tua India cuba hampiri dia untuk minta bantuan. Anwar ni memang dah mood tak baik, terus dia suruh kuli dia, N. Surendran, uruskan orang tua India tu.

Si Surendran herdik orang tua tu, suruh dia pergi Pusat Khidmat Nurul untuk minta bantuan. Nak tahu apa jawapan orang tua tu?

"Saya sudah DUA KALI undi Pakatan. Sudah BANYAK KALI pergi Pusat Khidmat YB Nurul, tapi tarak sapa bantu..."

Terus jem si Surendran dengan penyokong-penyokong Pakatan Haprak yang lain.

Apa ni Nurul? Orang ni bukan pengundi BN, dia penyokong kau jugak. Takkan penyokong sendiri pun tak boleh bantu? Oooooh, masa kempen macam-macam janji manis kau tabur, tapi bila tiba masa nak tunaikan, kau tak nak!!!

Duit nak bantu orang yang melarat kau takda, tapi duit untuk makan angin ke luar negara ada!!  

Nurul, dari kau habiskan duit pergi makan angin ke United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Turki, Indonesia, Singapura untuk memburuk-burukkan negara – baiklah kau belanjakan duit tu untuk bantu golongan yang memerlukan di Lembah Pantai. Kau kena ingat, kau tu Ahli Parlimen Lembah Pantai, jadi kau ada kewajiban untuk bantu penduduk Lembah Pantai!!

Apa guna ada Pusat Khidmat kalau tak boleh bantu penduduk Lembah Pantai? Adakah Pusat Khidmat tu sekadar untuk mengabui mata penduduk Lembah Pantai? Kononnya bila orang nampak papan tanda Pusat Khidmat, orang akan ingat kau buat kerja tapi sebenarnya Pusat Khidmat tu tak berfungsi pun!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

p/s: Untuk maklumat lanjut pasal sambutan Anwar di Brickfields, boleh baca di blog sahabat, Berita Lembah Pantai.

2 comments:

  1. Orang lain ada Pusat Khidmat Masyarakat, dia pon nak juga ada sebijik walaupun pusat khidmat masyarakat dia asyik bertutup je...

    ReplyDelete
  2. haha, dia dengki ar tu pusat khidmat masyarakat umno kat bangsar tu asyik penuh dgn org je

    Anak Jati KL

    ReplyDelete