Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Ekoran tindakan Nurul Izzah yang menyokong agenda anti-Melayu DAP (baca di sini), Dato’ Raja Nong Chik telah mencabar Nurul Izzah untuk bersemuka di hadapan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) bagi menjelaskan pendirian masing-masing.
Dato’ Raja Nong Chik akan menjelaskan mengapa beliau ingin mewujudkan skim yang akan membantu penduduk PPR dan PA manakala Nurul Izzah juga berpeluang menjelaskan mengapa dia mati-matian ingin menafikan peluang kepada penduduk PPR dan PA untuk memiliki rumah yang didiami.
Ini sudah tentunya peluang baik untuk Nurul Izzah menjelaskan pendirian beliau yang menyokong agenda anti-Melayu DAP itu. Mesti dia akan sambut cabaran ini!!
Eh, Nurul cuba nak elak cabaran ni pulak? Dalam jawapannya kepada Dato’ Raja Nong Chik, Nurul Izzah menyatakan bahawa dia TIDAK MAHU bersemuka di hadapan penduduk PPR dan PA. Dia mahu pertemuan ini diadakan di tempat lain, tapi bukannya di kawasan PPR dan PA.
Aikkk…. Nurul, selama ni kau yang mati-matian menentang skim ni. Kau yang berkeras menyatakan penduduk PPR dan PA tak layak diberi pinjaman. Tapi bila diberi peluang untuk menjelaskan pendirian, kau nak lari pulak?
Apsal tak berani jumpa penduduk PPR dan PA ni Nurul? Takut kena sembur dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik PPR yang dah bertahun-tahun mengidam nak beli rumah ke?
Ooooh… Kalau setakat maki dari belakang kau berani buat, tapi bila suruh jumpa berdepan, kau tak berani? Manusia jenis apa kau ni Nurul? PENGECUT!!!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
ANAK BERANAK DIA MEMANG PENAKUT.
ReplyDeleteDAH BUAT TAK MENGAKU...
BILA SALAH MEREKA SALAHKAN ORANG PULAK...
pemimpim yang menyusahkan negara dan rakyat .... tak ada idea ...
ReplyDeletesalam tuan,
ReplyDeletemohon utk diletakkan link blog saya.
i've done ur's~
www.riziqin.blogspot.com