Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Pertama sekali, aku nak ucapkan tahniah kepada KWSP kerana umumkan dividen 6% yang merupakan dividen tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Ini merupakan berita baik untuk semua rakyat Malaysia dan bukti bahawa KWSP amat teliti dalam melabur wang rakyat bagi memastikan pulangan yang diterima lumayan.
Pengumuman dividen 6% ini juga sekaligus menempelak kenyataan Nurul Izzah & Tony Pua yang mempertikaikan profesionalisme KWSP apabila KWSP membuat keputusan membiayai Skim Pinjaman Perumahan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) & Perumahan Awam (PA).
Nurul, KWSP bila nak melabur, mereka akan pastikan pulangannya setimpal dengan risiko pelaburan berkenaan. Oleh itu, bila KWSP bersetuju untuk membiayai Skim ini, ianya bukti jelas bahawa Skim ini sebenarnya munasabah dan sesuai untuk dilaksanakan. Jadi, bila kau pertikaikan profesionalisme KWSP kau sebenarnya menunjukkan kejahilan kau mengenai prosedur-prosedur KWSP.
Kalau jahil, bertanyalah. Jangan buat lagak macam tong kosong, bunyinya kuat tapi isinya haprak!! Makin kau bising, makin terserlah bangang kau!!
Cukup-cukuplah Nurul, berhentilah dari memburukkan semua orang demi agenda politik murahan kau.
ORANG LEMBAH PANTAI DAH MUAK!!!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
No comments:
Post a Comment