Thursday, February 23, 2012

MALU BESAR! Kenyataan Pemimpin Hamas PM Gaza Sahkan Pembohongan Terbaru Anwar Ibrahim…..

Satu lagi putar belit Anwar Ibrahim dan kali ini mangsanya ialah Nik Aziz dan anda sekalian!


Di antara kenyataan Anwar pro-Israel :
Selepas 40 minit bertentang mata, Anwar berkata kenyataannya yang dibuatnya sebelum ini selari dengan pandangan Hamas dan Fatah.

“Saya rasa baik sebab dah beri penjelasan,” kata Anwar.“Akhirnya saya bagi tahu, saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu.
Persoalannya sekarang, apakah benar pendirian Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel itu `selari` dengan pandangan Hamas dan Fatah?

Apakah Hamas atau pun Fatah menyokong negara Israel?

Realitinya, kenyataan Anwar Ibrahim itu sebenarnya satu pembohongan besar! Yes...pembohongan besar yang menipu Nik Aziz dan kita semua!

Di bawah adalah kenyataan terbaru, Ismail Haneyih, pemimpin Hamas yang juga merupakan PM Gaza, Palestin!

Ismail Haniyeh dengan jelasnya mengatakan bahawa Hamas tidak akan sesekali mengiktiraf Israel! 

Pemimpin Hamas itu menyatakan pendirian beliau ketika memberi ucapan sempena majlis merayakan 33 tahun Revolusi Islam di Tehran's Azadi Square pada 11 Februari lepas.

Kenyataan tersebut di siarkan di portal Al Arabiya News

Di antara ketegasan pemimpin Hamas itu :
Hamas “will never recognize Israel,” its Gaza prime minister said Saturday in a speech in Iran that is likely to complicate Palestinian efforts to form a unity government in the teeth of opposition from the Jewish state.

“They want us to recognize the Israeli occupation and cease resistance but, as the representative of the Palestinian people and in the name of all the world’s freedom seekers, I am announcing from Azadi Square in Tehran that we will never recognize Israel,” Ismail Haniyeh said.
Persoalanya sekarang, jika Hamas begitu jelas tidak akan mengiktiraf Israel, kenapa Anwar Ibrahim mengiktiraf negara tersebut?

Dan jika Hamas begitu tegas tidak akan mengiktiraf negara Israel, mana mungkin konsep `dua negara` yang kerap dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim, akan dipersetujui di Doha? Mana buktinya?

Jika pendirian Anwar selari dan tunduk dengan Hamas, Anwar Ibrahim sepatutnya turut tidak menyokong negara Israel!

Anwar berbohong lagi! Memang dasar kaki putarbelit dan pembohongan besar!

Wednesday, February 22, 2012

NURUL IZZAH: BILA I TAKDA MODAL, I SUKA BUAT FITNAH!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kesian Nurul… Dia pening kepala… Pening pasal apa? Pening pasal tengok Dato’ Raja Nong Chik kerap beramah-mesra dan turun padang di Lembah Pantai sedangkan Nurul sendiri lebih suka goyang kaki ataupun pergi makan angin di luar negara untuk burukkan Malaysia.

Apa agaknya cara untuk gugat Dato Raja Nong Chik di Lembah Pantai?

Timbul satu idea. Jom buat fitnah!!!

Maka si Nurul pun panggillah sidang media untuk tabur fitnahnya… Apa fitnah Nurul?

Kononnya DBKL salahguna dana. Apa alasan dia kata macam tu? Sebab ada satu persatuan di Lembah Pantai bila mohon peruntukan DBKL, tak dapat. Nurul tuduh kononnya bajet DBKL untuk Persatuan Penduduk Apartment Putra Ria sebanyak RM10,000 diguna untuk program lain.

Apa jawapan DBKL?

Mudah sahaja. DBKL ada beri peruntukan tahunan RM5,000 kepada Persatuan Penduduk yang layak. Selain dari itu, mana-mana persatuan lain boleh mohon bantuan DBKL tetapi biasanya akan dipertimbangkan mengikut kes dan DBKL ada budibicara untuk terima atau tolak permohonan. Jadi langsung tak timbul isu peruntukan RM10,000 ni.

Macam mana Nurul boleh tiba-tiba petik jumlah RM10,000 ni? Nampak sangat dia sengaja reka-reka cerita.

Lepas tu yang aku hairannya media alternatif pun tanpa soal siasat terus pampang fitnah ni secara besar-besaran. Nampak sangat berat sebelah dan tak profesional.

Lagi satu yang aku hairan, isu ni kononnya berlaku pada bulan April 2011. Cerita basi 10 bulan yang lalu rupanya!! Pasal apa tiba-tiba Nurul bangkitkan isu ni? Pasal apa tak bangkit pada bulan April atau Mei 2011? Nampak sangat dah takda modal nak serang Kerajaan sampai kena reka cerita, lepas tu backdated ke bulan April 2011.

MalaysiaKini pun sama, nama je MalaysiaKini tapi siar berita 10 bulan lambat. Patutnya tukar nama jadi MalaysiaLembap.

Memang sesuai benarlah Dato Raja Nong Chik gelar Nurul Puteri Spin sebab memang itu je lah kerjanya. Dari pagi sampai petang cuma tahu putar belit aje, tapi kerja bantu rakyat tak nak buat!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

p/s: Berita lengkap boleh rujuk di blog sahabat, Berita Lembah Pantai.

Tuesday, February 21, 2012

PUTERI SPIN GELARAN TERKINI NURUL IZZAH


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Semasa ditanya oleh media tentang fitnah Nurul Izzah mengenai salahguna dana DBKL, Dato’ Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar ada satu jawapan mudah.

“Nurul tak ada kerja lain kecuali buat spin sahaja. Kerja tak buat, cuma tahu spin sahaja. Jadi saya panggil dia Puteri Spin.”

Aku memang setuju dengan gelaran ni sebab memang si Nurul ni kaki putar belit. Isu Kedai Rakyat 1Malaysia dia putar belitkan. Isu pembelian kapal selam dia putar belitkan. Isu Skim Pinjaman Perumahan untuk PPR dan PA dia putar belitkan. Isu Bazaria Pantai dia putar belitkan. Isu peluasan jalan di Bangsar pun dia putar belitkan. Jadi memang sesuai benarlah gelaran Puteri Spin diberi untuk ditambah kepada gelaran-gelaran lain sebelum ni.

Ada gelaran lain? Eh, adaaaaaa. Banyak gelaran lain Nurul dah dapat.

1.    RATU CURI KREDIT
Gelaran ni Nurul dapat sebab suka curi kredit dari usaha Kerajaan dan UMNO. Kerajaan dan UMNO buat kerja, lepas tu tiba-tiba dia dabik dada mengaku kononnya semua tu usaha dia. Contoh: Kebakaran di Simpang Tiga Pantai Dalam. Dia mengaku kononnya mangsa kebakaran dia bantu tempatkan di Surau Al Falah padahal mangsa kebakaran sebenarnya ditempatkan di Dewan UMNO Simpang Tiga. 

2.    RATU MENYELIT
Gelaran ni Nurul dapat sebab suka menyelit masa program-program di Lembah Pantai. Orang tak jemput pun dia, tapi dia tiba-tiba muncul lepas tu berlagak macam dia tetamu VIP. Bukan setakat program kemasyarakatan, kenduri kahwin pun dia datang menyelit tanpa diundang. Lepas tu sibuk war-war dalam Twitter dan Facebook kononnya dialah diva di majlis tu. 

Kawan-kawan kalau ada gelaran lain yang sesuai, bolehlah kongsi di sini juga…

Apa kecoh-kecoh ni Puteri Spin?

Monday, February 20, 2012

DIVIDEN KWSP TERTINGGI, ITUPUN KAU TAK PUAS HATI NURUL?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Pertama sekali, aku nak ucapkan tahniah kepada KWSP kerana umumkan dividen 6% yang merupakan dividen tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Ini merupakan berita baik untuk semua rakyat Malaysia dan bukti bahawa KWSP amat teliti dalam melabur wang rakyat bagi memastikan pulangan yang diterima lumayan.

Pengumuman dividen 6% ini juga sekaligus menempelak kenyataan Nurul Izzah & Tony Pua yang mempertikaikan profesionalisme KWSP apabila KWSP membuat keputusan membiayai Skim Pinjaman Perumahan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) & Perumahan Awam (PA).

Nurul, KWSP bila nak melabur, mereka akan pastikan pulangannya setimpal dengan risiko pelaburan berkenaan. Oleh itu, bila KWSP bersetuju untuk membiayai Skim ini, ianya bukti jelas bahawa Skim ini sebenarnya munasabah dan sesuai untuk dilaksanakan. Jadi, bila kau pertikaikan profesionalisme KWSP kau sebenarnya menunjukkan kejahilan kau mengenai prosedur-prosedur KWSP.  

Kalau jahil, bertanyalah. Jangan buat lagak macam tong kosong, bunyinya kuat tapi isinya haprak!! Makin kau bising, makin terserlah bangang kau!!

Cukup-cukuplah Nurul, berhentilah dari memburukkan semua orang demi agenda politik murahan kau.

ORANG LEMBAH PANTAI DAH MUAK!!! 

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

Sunday, February 19, 2012

NURUL IZZAH: ANAK PENASIHAT EKONOMI YANG GAGAL SUBJEK MATEMATIK



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Aku tengok si Nurul Izzah ni tak habis-habis mengutuk Skim Perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) & Perumahan Awam (PA) ni. Macam-macamlah alasan yang dia beri. Alasan utama yang dia pakai ialah penduduk PPR dan PA tak boleh dipercayai untuk membayar balik pinjaman. Nanti duit KWSP habis kena songlap dengan penduduk PPR dan PA ni. Isu ni nanti aku ulas lanjut.

Sekarang ni aku nak ulas satu lagi isu yang dia bangkitkan. Kononnya pelaburan KWSP dalam Skim Perumahan PPR & PA rugikan pencarum. Betul ke Nurul?

Jom kita tengok kadar pinjaman KWSP kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang menguruskan Skim ini. Berapa kadar yang dikenakan? 5.5% kawan-kawan. Bukan 1%, bukan 2%, bukan 3% tapi 5.5%!

Kalau kawan-kawan nak tahu, KWSP ni memang banyak simpanan tunai. Maklumlah, tiap-tiap bulan juta-juta duit caruman masuk. Kalau duit ni tak dilaburkan, KWSP simpan dalam Simpanan Tetap/Fixed Deposit je. Kalau simpan dalam Fixed Deposit, paling maksimum boleh dapat ialah 3% dividen. Bandingkan 5.5% dengan 3%, mana lebih baik? Mana yang lebih untungkan kita sebagai pencarum KWSP?

Sudah tentulah pelaburan dalam Skim ni lebih menguntungkan KWSP sebab dapat 5.5% berbanding 3% untuk Fixed Deposit! Bila KWSP untung lebih, kita pun untung lebih sebagai pencarum. Maka bertambahlah simpanan untuk hari tua kita. Jadi, tahniah kepada KWSP kerana buat pelaburan secara bijak.

Aku rasa budak Darjah Satu pun, kalau cikgu tanya soalan ni dalam kelas Matematik boleh jawab dengan mudah. 5.5% mestilah lebih besar dari 3%! Tapi ada dua orang yang tak boleh jawab soalan ni dengan tepat. Siapa orang tu?

Pertama, Nurul Izzah, anak Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Kedua, Tony Pua, pakar ekonomi DAP lulusan Universiti Oxford.  

Aku pun hairan betullah. Anak Penasihat Ekonomi tak reti kira-kira? Pakar ekonomi lulusan Oxford tak tahu nak banding angka?

Tuan-tuan dan puan-puan, nampak sangat kedua-dua malaun ni menentang Skim ni bukan kerana ianya merugikan rakyat tapi kerana mereka tak mahu sebarang Skim yang dianjurkan oleh Kerajaan untuk berjaya.

Kalau skim ni berjaya, penduduk PPR dan PA beruntung kerana dapat beli rumah dan pencarum KWSP macam kita pun untung kerana simpanan KWSP kita akan bertambah! Tapi bila rakyat gembira dan puas hati, takdalah modal untuk Pakatan Haprak berkempen masa pilihanraya nanti. Itulah sebenarnya tujuan mereka nak gagalkan Skim ni.

Bukan berjuang demi rakyat, tapi berjuang demi kuasa. Peduli apa kalau rakyat sengsara asalkan kuasa di tangan mereka? Macam ni ke pemimpin yang rakyat nak?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Thursday, February 16, 2012

PUSAT KHIDMAT NURUL IZZAH SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ni Anwar turun Brickfields nak pikat undi kaum India. Lima khemah besar Nurul Izzah sediakan, sebab target hadirin 3,000 orang, tapi yang turun cuma 300 sahaja. 

300 SAHAJA DARI SASARAN 3,000!

Anwar muka sudah masam mencuka, bila nak balik ada pulak orang tua India cuba hampiri dia untuk minta bantuan. Anwar ni memang dah mood tak baik, terus dia suruh kuli dia, N. Surendran, uruskan orang tua India tu.

Si Surendran herdik orang tua tu, suruh dia pergi Pusat Khidmat Nurul untuk minta bantuan. Nak tahu apa jawapan orang tua tu?

"Saya sudah DUA KALI undi Pakatan. Sudah BANYAK KALI pergi Pusat Khidmat YB Nurul, tapi tarak sapa bantu..."

Terus jem si Surendran dengan penyokong-penyokong Pakatan Haprak yang lain.

Apa ni Nurul? Orang ni bukan pengundi BN, dia penyokong kau jugak. Takkan penyokong sendiri pun tak boleh bantu? Oooooh, masa kempen macam-macam janji manis kau tabur, tapi bila tiba masa nak tunaikan, kau tak nak!!!

Duit nak bantu orang yang melarat kau takda, tapi duit untuk makan angin ke luar negara ada!!  

Nurul, dari kau habiskan duit pergi makan angin ke United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Turki, Indonesia, Singapura untuk memburuk-burukkan negara – baiklah kau belanjakan duit tu untuk bantu golongan yang memerlukan di Lembah Pantai. Kau kena ingat, kau tu Ahli Parlimen Lembah Pantai, jadi kau ada kewajiban untuk bantu penduduk Lembah Pantai!!

Apa guna ada Pusat Khidmat kalau tak boleh bantu penduduk Lembah Pantai? Adakah Pusat Khidmat tu sekadar untuk mengabui mata penduduk Lembah Pantai? Kononnya bila orang nampak papan tanda Pusat Khidmat, orang akan ingat kau buat kerja tapi sebenarnya Pusat Khidmat tu tak berfungsi pun!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

p/s: Untuk maklumat lanjut pasal sambutan Anwar di Brickfields, boleh baca di blog sahabat, Berita Lembah Pantai.

Wednesday, February 15, 2012

NURUL IZZAH CUBA SABOTAJ PENDUDUK BANGSAR!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ni DBKl telah menjalankan projek pembesaran jalan di Bangsar bagi melicinkan perjalanan lalulintas dan mengurangkan kesesakan. Baguslah tu. Senang sikit nak lalu tempat tu.

Benda baik macam ni mesti Nurul Izzah sokong kan? Maklumlah projek ni jelas menguntungkan rakyat.

Eh, Nurul Izzah tak sokong? Dia tak setuju DBKL buat pembesaran jalan? Apa rasional Nurul Izzah bantah projek untuk rakyat ni?

3 out of 5 Bangsar RAs are against d widening.

Itu alasan kau, Nurul? Kononnya 3 dari 5 Persatuan Penduduk di Bangsar tak setuju dengan projek pembesaran jalan ni?

Aiseh Nurul, kot ye pun nak tipu, tengok-tengoklah sikit. Mari sini aku bagi tahu semua orang kes sebenar, biar satu dunia tahu perangai pembohong si Nurul ni.

Untuk projek ni, Datuk Bandar Kuala Lumpur dah buat mesyuarat dengan semua Persatuan Penduduk yang terlibat:

1.     1. Persatuan Penduduk Taman Lucky
2.     2. Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya
3.     3. Persatuan Penduduk Bangsar Park
4.     4. Persatuan Penduduk Bangsar Baru

Baguslah DBKL buat pendekatan macam ni. Pendekatan ni menunjukkan DBKL sentiasa berunding dengan orang ramai bagi memastikan projek yang dijalankan memenuhi keperluan mereka.

Apa agaknya keputusan mesyuarat tu? Keputusannya ialah: kesemua Persatuan Penduduk yakni 4/4 setuju dengan projek ni.

Eh Nurul, macam mana pulak kau boleh kata 3 dari 5 Persatuan Penduduk tak setuju sedangkan hanya 4 sahaja Persatuan Penduduk yang terlibat? Yang kelima tu Persatuan Penduduk Villa Papa Perut Buncit ke?

Lagi satu, mengapa kau tak berani nyatakan nama Persatuan Penduduk yang kononnya bantah projek pembesaran jalan ni? Setakat sebut 3/5 tak setuju, orang gila tepi jalan pun boleh cakap.

Alamak Nurul, KANTOI lagi!!!!

Lain kali, bagilah FAKTA, Nurul! Jangan setakat kuat AUTA je!!

Inilah perangai Ahli Parlimen Lembah Pantai, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sebelum ini Skim Pinjaman Perumahan untuk Penduduk PPR dan PA dia cuba gagalkan. Dia tuduh penduduk PPR dan PA semuanya tak boleh dipercayai untuk bayar pinjaman. Dia perlekeh penduduk PPR dan PA, kononnya mereka semua tak amanah, bila pinjam nanti tak nak bayar balik!

Sekarang ni, projek pembesaran jalan demi kepentingan rakyat pun dia cuba nak gagalkan. Dia tak peduli kalau penduduk Bangsar dan Lembah Pantai sengsara, yang penting dia akan cuba mati-matian untuk gagalkan semua projek Kerajaan. Mengapa? Sebabnya kalau kepentingan rakyat terjaga, apa lagi modal dia nak pakai untuk raih undi?

Inilah contoh manusia tak guna yang cari kuasa demi kepentingan sendiri, bukannya untuk kepentingan rakyat!

Apa-kecoh-kecoh ni Nurul? 

Thursday, February 9, 2012

SETELAH DITELANJANGKAN DI LEMBAH PANTAI, NURUL IZZAH LARI KE SINGAPURA


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Setelah tidak berani angkat muka di kawasan PPR Lembah Pantai ekoran tindakannya melabel penduduk PPR sebagai golongan yang tak boleh dipercayai dan tak layak untuk diberi pinjaman, Nurul Izzah dan sahabat karibnya Tony Pua telah melarikan diri ke Singapura.

Isy isy isy, aku hairan betul tengok si Nurul ni. Bila penduduk Lembah Pantai jumpa dia minta bantuan, semuanya ditolak mentah-mentah, kononnya takda peruntukan. Tapi bila nak makan angin, banyak pulak peruntukan! Siap boleh pergi Turki, London, Indonesia, Australia, Singapura dan banyaaaak lagi negara. Pendek kata, satu dunia dia dah pusing. Yang tak pergi lagi agaknya Israel je. Tu pun tengah tunggu undangan rasmi dari Kerajaan Israel yang nak bagi darjah kebesaran kat Anwar Ibrahim sebab banyak berjasa dan menyumbang khidmat kepada Israel & Yahudi.

Berbalik kepada cerita asal, apa Nurul buat kat Singapura ya? Buat apa laaaaagi. Kerja biasalah… Memburuk-burukkan kerajaan. Baru-baru ni dia pergi ke London untuk memburuk-burukkan Kerajaan di sana, sekarang pergi ke Singapura pula untuk buat benda yang sama.

Aku betul-betul tak faham mana pergi semangat cintakan negara si Nurul ni. Dia tak tahu ke, bila imej negara buruk, pelabur dan pelancong takut nak datang ke Malaysia? Mana tak takutnya… Kalau dengar cakap Nurul, Malaysia ni seolah-olah jauh lebih teruk dari Somalia, jauh lebih berbahaya dari Afghanistan, jauh lebih mundur dari Ethiopia!!

Tapi… Sapa yang tanggung akibatnya? KITA JUGA selaku rakyat Malaysia.

Bila pelaburan tak masuk, pelancong tak datang, ramailah orang tak dapat kerja sebab tak ada peluang pekerjaan diwujudkan. Silap-silap, ada yang kena buang kerja. Jadi, bila ekonomi tak memberansangkan, pergilah tanya kat Nurul Izzah – PASAL APA KAU TABUR PASIR KAT PERIUK NASI KAMI?

Kerajaan bertungkus-lumus cuba wujudkan peluang pekerjaan dan tarik pelabur serta pelancong asing, Nurul pula dengan senang hatinya cuba sabotaj RAKYAT MALAYSIA dengan memburukkan negara di mata dunia.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Wednesday, February 8, 2012

KJ TELANJANGKAN NURUL IZZAH & TONY PUA!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah & Tony Pua?

Baru-baru ni Nurul Izzah & Tony Pua telah mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang memburuk-burukkan KWSP berhubung dengan Skim Pinjaman untuk penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

Semalam, Khairy Jamaluddin @ KJ telah mengeluarkan kenyataan yang berjaya menelanjangkan niat buruk Nurul Izzah dan Tony Pua.

Mari kita lihat apa ulasan KJ terhadap tuduhan Tony Pua & Nurul Izzah…

Tuduhan 1 Tony Pua & Nurul Izzah:

EPF akan meminjamkan wang kepada individu bagi membeli rumah. Ini bersalahan dengan Seksyen 26 Akta KWSP yang melarang KWSP memberi pinjaman kepada individu.

Jawapan KJ & KWSP:

KWSP akan meminjamkan wang kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP). YWP pula akan memberi pinjaman kepada individu yang layak. Ini jelas tidak melanggar sebarang peruntukan Akta KWSP.

Kesimpulan: TUDUHAN TONY PUA & NURUL IZZAH ADALAH FITNAH SEMATA-MATA.

Tuduhan 2 Tony Pua & Nurul Izzah:

Pinjaman yang diberi adalah berisiko tinggi kepada KWSP.

Jawapan KJ & KWSP:

Pinjaman ini tidak berisiko tinggi kerana KWSP telah menetapkan syarat yang ketat.
1.   Jumlah pulangan yang diterima KWSP ialah 5.5% setahun.
2.   Nilai cagaran adalah lebih dua kali ganda nilai pinjaman.
3.   DBKL perlu menyediakan rizab sebanyak 25% dari jumlah pinjaman.
4.   Hanya penghuni yang mempunyai rekod pembayaran sewa yang baik sahaja akan ditawarkan pinjaman.
5.   DBKL juga memberi jaminan akan membeli balik semua rumah jika terdapat masalah pembayaran oleh peminjam.

Kesimpulan: TUDUHAN TONY PUA & NURUL IZZAH ADALAH FITNAH SEMATA-MATA.

Tuduhan 3 Tony Pua & Nurul Izzah:

Wang KWSP tidak patut digunakan untuk kepentingan politik.

Jawapan KJ:

Pakatan Rakyat memang HIPOKRIT. Dalam manifesto pilihanraya Buku Jingga yang jelas berunsur POLITIK, mereka menyatakan bahawa mereka akan menghapuskan tol dengan mengarahkan agensi kerajaan yang memegang saham dalam syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk mengambil alih PLUS dan menghapuskan tol. KWSP adalah pemegang saham di dalam PLUS. Ini bermakna duit KWSP akan digunakan untuk membeli PLUS tanpa sebarang pulangan kerana tol akan dihapuskan.

Harus diingat, KWSP melabur dalam PLUS kerana pulangannya yang tinggi. Keuntungan ini pergi ke siapa? Keuntungan pergi kepada kita, rakyat Malaysia, selaku pencarum KWSP!! Jadi bila PLUS untung besar, KWSP turut untung besar juga. Bila KWSP untung besar, simpanan KWSP kita turut meningkat TINGGI!! Alhamdulillah, bertambah simpanan untuk hari tua kita.

Jadi, siapa yang hipokrit sebenarnya? Tony Pua & Nurul Izzah kata jangan guna duit KWSP untuk beri pinjaman kepada penduduk PPR & PA kerana kononnya ia boleh mengurangkan simpanan KWSP sedangkan skim ini menjamin pulangan sebanyak 5.5% setahun kepada KWSP! Bukannya KWSP bagi duit percuma kepada penghuni PPR!

Bandingkan pula dengan manifesto pilihanraya mereka yang jauh lebih buruk kesannya. Bukan sahaja berbilion duit KWSP hangus kerana terpaksa beli PLUS tanpa pulangan,  tapi simpanan hari tua kita juga akan terhakis teruk!!   

Aku tanya sekali lagi, siapa yang hipokrit sebenarnya?

Kesimpulan : TONY PUA & NURUL IZZAH MEMANG HIPOKRIT!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah & Tony Pua?

Tuesday, February 7, 2012

NURUL IZZAH TAK BERANI ANGKAT MUKA DEPAN PENDUDUK PPR!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Ekoran tindakan Nurul Izzah yang menyokong agenda anti-Melayu DAP (baca di sini), Dato’ Raja Nong Chik telah mencabar Nurul Izzah untuk bersemuka di hadapan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) bagi menjelaskan pendirian masing-masing.

Dato’ Raja Nong Chik akan menjelaskan mengapa beliau ingin mewujudkan skim yang akan membantu penduduk PPR dan PA manakala Nurul Izzah juga berpeluang menjelaskan mengapa dia mati-matian ingin menafikan peluang kepada penduduk PPR dan PA untuk memiliki rumah yang didiami.

Ini sudah tentunya peluang baik untuk Nurul Izzah menjelaskan pendirian beliau yang menyokong agenda anti-Melayu DAP itu. Mesti dia akan sambut cabaran ini!!

Eh, Nurul cuba nak elak cabaran ni pulak? Dalam jawapannya kepada Dato’ Raja Nong Chik, Nurul Izzah menyatakan bahawa dia TIDAK MAHU bersemuka di hadapan penduduk PPR dan PA. Dia mahu pertemuan ini diadakan di tempat lain, tapi bukannya di kawasan PPR dan PA.

Aikkk….  Nurul, selama ni kau yang mati-matian menentang skim ni. Kau yang berkeras menyatakan penduduk PPR dan PA tak layak diberi pinjaman. Tapi bila diberi peluang untuk menjelaskan pendirian, kau nak lari pulak?  

Apsal tak berani jumpa penduduk PPR dan PA ni Nurul? Takut kena sembur dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik PPR yang dah bertahun-tahun mengidam nak beli rumah ke?

Ooooh… Kalau setakat maki dari belakang kau berani buat, tapi bila suruh jumpa berdepan, kau tak berani? Manusia jenis apa kau ni Nurul? PENGECUT!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sunday, February 5, 2012

NURUL IZZAH SOKONG AGENDA ANTI MELAYU DAP!!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sebelum ni aku dah serlahkan agenda anti-Melayu DAP yang sebelum ni beria-ia nak kurangkan kakitangan awam dan kini beria-ia juga nak halang usaha Kerajaan untuk wujudkan tabung bagi membantu penghuni rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) membeli rumah yang didiami. Boleh baca di sini.

Dalam artikel tu juga, aku cabar Nurul Izzah untuk nyatakan pendiriannya, adakah dia menyokong usaha Kerajaan membantu penghuni PPR & PA ataupun dia menyokong agenda anti-Melayu DAP?

Nah, sekarang jelas apa pendirian Nurul Izzah. Semalam dia dengan lantang menyuarakan tentangannya terhadap tabung tersebut!

Apa ni Nurul? Kalau Tony Pua dan DAP yang menentang tabung ni, aku boleh faham sebab mereka memang ada agenda anti-Melayu... Tapi kau ni kan orang Melayu juga? 

Kau tahu kan, dengan adanya tabung ni, orang Melayu yang selama ini takda peluang nak beli rumah PPR dan PA yang didiami, kini boleh beli rumah tu? Kau tahu kan, dengan adanya tabung ni, taraf ekonomi Melayu akan meningkat? Kau tahu kan, dengan adanya tabung ni, tahap pemilikan hartanah Bumiputra akan meningkat? 

Dan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, kau sedar tak yang di kawasan kau ada banyak PPR dan PA? Kau sedar tak yang pengundi kau, kebanyakannya Melayu yang tinggal di PPR dan PA ni? Kau sedar tak, sebagai Ahli Parlimen, TANGGUNGJAWAB KAU IALAH UNTUK MEMBANTU PENDUDUK KAWASAN LEMBAH PANTAI?

HABIS TU, PASAL APA KAU TAK SOKONG TABUNG YANG SUDAH PASTINYA AKAN MEMBANTU PENGUNDI DI KAWASAN KAU?

Nurul, hanya kerana tabung ini diperjuangkan oleh Dato' Raja Nong Chik dan Kerajaan, tak bermakna kau perlu bangkang. Kau mesti fikir secara waras, perkara yang menguntungkan penduduk di kawasan kau, sepatutnya kau sokong tak kiralah idea asal datang dari Kerajaan atau pihak lain.

Nurul, cukup-cukuplah kau menari ikut rentak agenda anti-Melayu DAP. Cukup-cukuplah kau mengenepikan kepentingan orang Melayu dan penduduk Lenbah Pantai demi kepentingan politik sempit Pakatan Haprak.

PENDUDUK LEMBAH PANTAI, SAKSIKANLAH SENDIRI PERANGAI AHLI PARLIMEN YANG KAMU PILIH!!!

Kalau lepas ni orang Lembah Pantai masih nak pilih Nurul Izzah juga, tak tahulah!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Wednesday, February 1, 2012

APA AGENDA DAP MENENTANG PEMBERIAN PINJAMAN UNTUK PENGHUNI PPR & PERUMAHAN AWAM?


Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Baru-baru ni Tony Pua dan DAP telah mengecam keputusan kerajaan untuk mewujudkan tabung bagi memudahkan penghuni Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah yang sedang didiami. Tabung ini khusus bagi membantu mereka yang ingin membeli rumah yang didiami tetapi terhalang ekoran rintangan birokrasi bank-bank tempatan.

Baguslah tu. Sedara aku yang dok kat rumah PPR sebelum ni mengeluh panjang tak dapat beli rumah sekarang dah bersorak-sorak sebab ada peluang beli rumah.

Tapiiiii…. Pasal apa Tony Pua dan DAP menentang pembentukan tabung ni?

Haaaaaa….  Mula-mula aku kena tanya satu soalan. Ada siapa-siapa yang tak kenal Tony Pua?

Tony Pua ni lah malaun yang dengan lantangnya mengumumkan bahawa sebaik sahaja Pakatan Haprak merampas tampuk pemerintahan Malaysia, mereka akan kurangkan kakitangan awam sehingga 42%. Ini bermakna lebih dari separuh kakitangan awam akan kehilangan pekerjaan.

Aku nak tanya satu lagi soalan. Majoriti kakitangan awam terdiri dari bangsa apa? Jawapannya sudah tentu orang Melayu. Jadi kalau lebih separuh kakitangan awam dibuang kerja, orang bangsa apa yang akan jadi penganggur? Orang bangsa apa yang akan melarat di jalanan kerana tak mampu sara anak bini?

Itulah sebenarnya agenda tersembunyi mereka ingin mengurangkan jumlah kakitangan awam.

Kembali kepada pembentukan tabung untuk membantu penghuni PPR dan PA membeli rumah. Majoriti penghuni di PPR dan PA terdiri dari bangsa apa? Jawapannya tentulah Melayu!!! Jadi, kalau tabung ni diwujudkan dan lebih ramai orang Melayu dapat memiliki rumah, sudah tentu pemilikan hartanah Bumiputra meningkat dan begitu juga status sosio-ekonomi mereka.

Jadi, mengapa Tony Pua dan DAP menentang pembentukan tabung ni? Yaaa, kerana mereka tak suka melihat Melayu maju. Mereka lebih suka lihat orang Melayu sewa rumah PPR dan PA sampai mati tanpa diberi peluang memiliki rumah tersebut.

Sebagai anak Lembah Pantai, aku gembira tengok ada skim seperti ini sebab di Lembah Pantai memang ada banyak PPR dan PA. Ramai saudara-mara dan sahabat-handai yang dah lama teringin nak memiliki rumah sendiri sekarang dah ada peluang nak beli rumah!!

Terima kasih Dato’ Raja Nong Chik kerana memperjuangkan nasib kaum marhaen di Wilayah Persekutuan amnya dan Lembah Pantai khususnya.

Sekarang ni aku nak tunggu respon Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pulak. Adakah dia akan menyokong usaha yang membantu penghuni dan pengundi di kawasan yang diwakili beliau atau adakah dia akan terus menari mengikut rentak Tony Pua dan DAP yang memang selamanya anti-Melayu?

Apa kecoh-kecoh ni DAP?