Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?
Nurul Izzah iktiraf kepimpinan Dato’ Raja Nong Chik? Biar betuuuul?
Baru-baru NuruI Izzah buat kenyataan melalui Twitter:
“The dominance of PR MPs has changed DBKL's operations- engage stakeholders.”
“Dominasi Ahli Parlimen Pakatan rakyat telah ubah operasi DBKL – melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan.”
Sentimen ini dikongsi oleh Tian Chua melalui twit beliau:
“We are glad that the language DBKL is more and more similar to Pakatan, We FT MPS will support any move to increase transparency.”
“Kami gembira DBKL semakin mirip Pakatan. Kami Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan akan sokong apa-apa langkah untuk meningkatkan ketelusan.”
Sepeti biasa, bila ada je perkara baik yang berlaku di Malaysia, semuanya hasil usaha Pakatan Haprak. Hatta, DBKL bertambah telus dan mesra rakyat pun dikatanya kerana usaha Pakatan Haprak.
Nurul, Kerajaan selama ni memang mementingkan ketelusan dan rakyat dalam segala urusan, selaras dengan dasar YAB PM menerusi 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dan sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan dan DBKL sebagai agensi di bawah Kementerian, sudah tentunya dasar ini turut disokong Dato’ Raja Nong Chik.
Jadi, sebenarnya, bila ko puji DBKL, secara tidak langsung ko dan kawan-kawan Pakatan Haprak ko sebenarnya puji dan iktiraf kepimpinan YAB PM dan Dato’ Raja Nong Chik.
Tapi kita memang dah masak dengan perangai si Nurul ni. Kalau kat Lembah Pantai, apa sahaja usaha Kerajaan dan UMNO, semua dia mengaku usaha dia. Setinggan dapat tawaran rumah - tu semua usaha dia. Orang tua, OKU, orang miskin dapat bantuan – tu semua usaha dia. Yang paling lawak, masa ada kebakaran di Simpang Tiga Pantai Dalam, bila UMNO tempatkan mangsa di Dewan UMNO Simpang Tiga, sampai hati dia kata mangsa kebakaran tu ditempatkan di Surau Al Falah, kubu kuat PAS. Nak menipu pun Nurul, janganlah sampai tersingkap kain. Buruk sangat nampaknya!! Nak tahu lebih lanjut? Boleh baca di sini, sini dan sini.
Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak? Tak buat kerja tapi sibuk dabik dada dan biarkan UMNO dan Kerajaan tungkus-lumus bantu rakyat, lepas tu mengaku tu semua usaha dia?
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
No comments:
Post a Comment