Apa kecoh-kecoh ni PAS?
Baru-baru ni, Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu (SPKB) yang diwujudkan oleh PAS membuat sidang media membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.
Seperti biasa, bagi tujuan menakutkan pemilik dan pewaris Kampong Bharu, mereka membuat fitnah dan tuduhan liar terhadap Kerajaan dan fitnah terbesar mereka ialah kononnya melalui Rang Undang-undang Pembangunan Kampong Bharu ni, KERAJAAN AKAN RAMPAS TANAH MILIK MELAYU DAN TIADA JAMINAN IA AKAN DIKEMBALIKAN.
Masalahnya, aku dah belek dari mula sampai habis draf Rang Undang-undang tu, TAK ADA LANGSUNG KLAUSA SEBEGITU. Khatam 7 kali pun, memang takkan jumpa lah klausa tu. Tapi biasalah, PAS sengaja nak menakutkan orang ramai demi kepentingan politik. Tak kisah lah kalau orang Melayu di Kampong Bharu ada yang dok dalam rumah yang nak tumbang menyembah bumi. Tak kisahlah kalau orang Melayu Kampong Bharu ada yang dok bersempit-sempit 7 keluarga dalam rumah 1 bilik. Tak kisahlah kalau ada kawasan persekitaran dah nampak lebih macam setinggan dari kampung tradisi. Yang penting, PAS dapat kuasa. Dan kalau cara nak dapatkan kuasa ialah dengan menjahanamkan usaha Kerajaan membantu penduduk Kampong Bharu, itu semua tidak menjadi masalah bagi PAS.
Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu ni mengaku mewakili suara majoriti pemilik dan pewaris Kampong Bharu padahal mereka baru setahun jagung ditubuhkan. Mereka lupa, Malay Agricultural Settlement (MAS) yang dah lebih seratus tahun ditubuhkan, sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ni. Persatuan Kebajikan Anak-anak Kampong Bharu (PAKAM) yang wujud jauh lebih lama dari SPKB sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ni. Persatuan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB) yang wujud jauh lebih lama dari SPKB juga sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ni. Macam mana SPKB yang baru tubuh ni boleh terus berlagak jaguh, berkokok kononnya mereka suara penduduk Kampong Bharu padahal NGO2 Kampong Bharu lain semua sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu?
Kita kena ingat, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu hanya berperanan sebagai pemudah cara dan pemilik serta pewaris masih berhak untuk menentukan sama ada mereka mahu tanah mereka dibangunkan atau tidak. Kalau ada pemilik nak bangunkan tanah tapi takda kemampuan nak buat sendiri, mereka boleh minta bantuan Perbadanan Pembangunan Kampong Baharu. Kalau pemilik nak bangunkan sendiri tanah mereka, silakan. Kalau pemilik taknak bangunkan tanah mereka pun terpulang. Tidak ada paksaan.
PAS suka menipu.
ReplyDelete