Wednesday, September 28, 2011

KERAJAAN PINGGIRKAN PEWARIS KAMPONG BHARU?


Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Lepas PAS buat kecoh kononnya Kerajaan nak rampas tanah Kampong Bharu, PAS tuduh pula Kerajaan meminggirkan pemilik dan pewaris Kampong Bharu masa rancang pembangun Kampong Bharu.

Betul ke? Mari kita tengok apa Kerajaan dah buat nak libatkan pemilik dan pewaris Kampong Bharu:

1.     Mengadakan bengkel, majlis penerangan dan  perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah di Kampong Bharu berhubung cadangan pembangunan Kampong Bharu. Majlis penerangan di buat di PWTC melibatkan semua pemilik dan pewaris. Majlis perjumpaan pula dibuat secara kecil-kecilan melibatkan kesemua tujuh kampung di dalam kawasan Kampong Bharu. Lepas tu dibuat pula bengkel dengan dijemput wakil dari pelbagai NGO Kampong Bharu dan tokoh-tokoh tempatan. Masa sesi penerangan dan perjumpaan ni, orang-orang PAS sendiri pun hadir. Eh, kalau dah orang PAS sendiri hadir masa sesi penerangan dan perjumpaan, lepas tu mereka pun sama boleh suarakan pendapat, bukankah ini bermakna suara para pemilik dan pewaris Kampong Bharu telahpun didengari oleh Kerajaan?

2.          Mengambilkira pandangan dan cadangan daripada tokoh-tokoh tempatan dan pelbagai NGO Kampong Bharu seperti Malay Agricultural Settlement (MAS), Persatuan Kebajikan Anak-anak Kampong Bharu (PAKAM) & Persatuan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB) yang mewakili pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu untuk penambahbaikan Rang Undang-undang.

3.     Mewujudkan Pejabat Urus Setia Pembangunan Kampong Bharu di dalam kawasan Kampong Bharu sendiri untuk membolehkan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu berurusan dengan agensi-agensi seperti Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PPTGWP) untuk urusan hakmilik, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) urusan pusaka kecil , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pembangunan/ zoning secara Pusat Setempat.

4.          Mengeluarkan info melalui iklan di akhbar-akhbar utama untuk pemilik dan pewaris tanah menyelesaikan isu-isu berkaitan tuntutan pusaka kecil bagi memudahkan mereka membangunkan tanah masing-masing.

Eh, macam-macam dah buat tu, memang nampak Kerajaan betul-betul ikhlas nak libatkan pemilik dan pewaris Kampong Bharu semasa membangunkan Kampong Bharu.

Dan usaha ni masih lagi berterusan!!

Pada 1 dan 2 Oktober 2011 ni akan diadakan Hari Khidmat Setempat Urusan Tanah di Kampong Bharu bertempat di Sekolah Agama Jalan Raja Muda Musa, Kampong Bharu bagi memudahkan pemilik dan pewaris Kampong Bharu untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan tanah. Jadi tunggu apa lagi? Kalau ada pemilik dan pewaris yang masih belum selesaikan isu tanah, jangan lupa turun!

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

1 comment:

  1. BAB TABUR FITNAH PECAH BELAHKAN ORG MELAYU MMG FAVOURITE PUAK PAS NI...RELA SEKATIL NGAN DAP

    ReplyDelete