Saturday, April 16, 2011

NURUL IZZAH SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG SAMPAI KAIN SENDIRI TERSINGKAP!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Mula-mula sekali kita nak ucapkan takziah kepada 14 keluarga di Simpang Tiga, Pantai Dalam yang kehilangan rumah dalam kebakaran semalam.

Lepas tu kita nak ucap tahniah kepada UMNO Lembah Pantai, DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan yang pantas turun sebaik sahaja berlaku kebakaran tersebut. Dengarnya UMNO sumbang RM400 kepada setiap keluarga. DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan pun beri sumbangan juga. Nak tahu bantuan penuh yang diberi, boleh baca di Berita Lembah Pantai

Tahniah juga kepada Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang turun melawat mangsa semalam selepas kejadian dan sekali lagi pagi ini. Inilah contoh pemimpin yang prihatin, tak perlu jadi wakil rakyat baru nak tunjuk muka lawat orang yang ditimpa bencana. 

Cakap pasal wakil rakyat, mana pergi Ahli Parlimen Lembah Pantai? Tak nampak muka langsung?

Oooooh, dia dah jadi orang Sarawak rupanya. Dengarnya dah berminggu dia berkampung di sana, terlalu ghairah nak tawan Sarawak sampai kebajikan penduduk Lembah Pantai terabai. Inilah kerja Ahli Parlimen Lembah Pantai - awal tahun ni pergi Australia jaja cerita aib pasal Malaysia, memburukkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Sekarang sibuk dok kat Sarawak pulak. Bila masa nak jaga kebajikan penduduk Lembah Pantai?

Takpalah, sekurang-kurangnya dia ada hantar tweet tunjuk simpati:

"Kbakaran di Simpang 3, PDalam smlm memusnahkan 15 buah rumah. Moga kluarga yg t'libat tabah&b'sabar. Penempatan sementara di al falah."

Prihatin betul. Semalam terbakar, baru hari ni nak tunjuk simpati. Bantuan tak payah cakap la, habuk pun tarak!!

Tapi dalam tweet simpati pun sempat juga dia buat fitnah. "Penempatan sementara di Al Falah?" Nurul, mangsa kebakaran ni ditempatkan di Dewan UMNO Simpang 3, Jalan Kubur. Bukan kat Al Falah!! Kalau ye pun tak suka UMNO, takkanlah sampai nak menidakkan bantuan yang diberi, sampai sanggup reka-reka cerita? Belajar bohong dari siapa ni? Dari bapak ke?

UMNO Cawangan Simpang 3 patutnya buat mesyuarat cawangan tapi sanggup tunda sebab nak bantu mangsa kebakaran tapi Nurul Izzah selamba je bohong sebab taknak iktiraf bantuan dari UMNO.

Begini ke pemimpin yang penduduk Lembah Pantai nak? 

Kaki bohong? Kaki fitnah? Abaikan kebajikan penduduk?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

4 comments:

  1. bapa borek anak rintik
    bapa jubur pun korek
    anak pula buat taik

    ReplyDelete
  2. Sambungan...

    Anak main taik,
    Bapak main ah moi,
    Mak main nyorok-nyorok...

    ReplyDelete
  3. halap muka saja cantik, tp busyuk punya olang!!! busyuk punya kaki!!! lumah sutak bakar, tp lu lg mau ckp tipu.. cilakak lu. (mana wa mau titong ini malam? nasib, nasib......)

    ReplyDelete
  4. Saya juga nak ucapkan takziah kepada 14 keluarga di Simpang Tiga, Pantai Dalam yang kehilangan rumah dalam kebakaran tersebut.

    http://zaitunpalestine.blogspot.com/

    ReplyDelete