Apa kecoh-kecoh ni PAS?
Tak habis-habis PAS buat kecoh. Sekarang ni dia tuduh kononnya referendum untuk bangunkan Kampong Bharu tak melibatkan semua pemilik dan pewaris, jadi tak boleh digunakan untuk menggambarkan suara pemilik dan pewaris Kampong Bharu.
Mari kita tengok apa antara masalah yang dihadapi untuk memastikan semua pemilik dan pewaris mengundi dalam referendum ni…
1. Pemilik berdaftar dalam hak milik masih di atas nama pemilik yang telah meninggal dunia.
Ni memang banyak berlaku di Kampong Bharu. Geran tanah masih atas nama moyang, tok nenek sedangkan mereka dah lama meninggal dunia. Jadi, macam mana mereka nak masuk referendum sedangkan nama waris tidak direkod?
2. Pewaris-pewaris masih ramai yang tidak membuat tuntutan pusaka kecil.
Ni pun berkaitan dengan isu di atas. Bila dah sampai peringkat cucu cicit baru nak tuntut hakmilik, ramai lah waris yang terlibat. Selagi isu pusaka tak selesai, selagi tak disahkan siapa pemilik sebenar, macam mana nak undi dalam referendum?
3. Pemilik-pemilik tanah berada di luar Kuala Lumpur/ luar negeri dan sukar dihubungi.
Ni pun sama juga, bila satu lot pemilik sampai berpuluh-puluh, nak hubungi semua orang memang susah. Lagi-lagi bila ada orang yang namanya je atas geran tapi dok mana pun orang tak tahu.
4. Kesukaran mendapatkan persetujuan sesama pemilik dalam satu lot.
Sama juga lah macam kat atas. Nak bangunkan satu-satu lot, semua waris kena setuju. Jadi bila nak isi referendum, kalau 100 waris setuju, sorang tak setuju, dah tak boleh turut serta dalam referendum sebab referendum ni, satu lot tanah = satu undi.
5. Alamat pemilik tidak lengkap dan tidak kemaskini menyebabkan ada pemilik tidak dapat dihubungi.
Ni pun sama juga. Tak dapat nak hubungi, macam mana nak suruh undi kat referendum?
Jadi bila ada masalah yang kronik macam di atas, nak dapatkan SEMUA pemilik dan waris untuk undi dalam referendum ni memanglah susah.
Tapi hakikatnya, 93.8% dari pemilik dan pewaris yang mengembalikan borang soal selidik setuju dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.
Kalau betul lah majoriti tak setuju dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu macam yang PAS kata, mengapa mereka tak undi kata tak setuju dengan cadangan ni? Kalau betul ramai orang bantah, mesti mereka akan undi tak setuju!!
Sekarang ni hanya 4.7% sahaja yang tak setuju manakala 1.5% lagi neutral.
Jadi jelaslah MAJORITI pemilik dan pewaris sokong penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.
Seperti dalam mana-mana pilihan raya, keputusan dikira berdasarkan undi yang diterima. Sebagai contoh, dalam pilihan raya umum, kalau yang turun mengundi 50% je dan pemenang cuma dapat 30% undi, adakah ini bermakna dia ni tak layak jadi wakil rakyat sebab tak ramai yang turun mengundi? Kalau macam tu, ramailah wakil rakyat kena letak jawatan sebab tak dapat majoriti mutlak dari semua penduduk!!
Apa kecoh-kecoh ni PAS?