Tuesday, June 14, 2011

LO' LO' TERUS MELOLONG DI KAMPONG BHARU


Apa kecoh-kecoh ni Lo' Lo'? 

Baru-baru ni  Lo' Lo' keluarkan kenyataan membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kg Bharu. Banyak sangat kelemahan, katanya. Macam biasa, dia berlagak jaguh, mengaku bahawa Rang Undang-undang (RUU) penubuhan Perbadanan Pembangunan Kg Bharu dipinda atas desakan beliau. 

Betul ke? Mari kita dapatkan ulasan pihak yang terlibat dalam menggubal Rang Undang-undang tu...

"Pindaan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Bharu (RUU) dibuat bukan sebab desakan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa atau mana-mana individu.

Pindaan dibuat atas permintaan pemilik dan pewaris Kampong Bharu semasa sessi pembentangan dan penerangan pertama kepada mereka mengenai RUU Perbadanan Kampong Bharu. Selain itu, pindaan juga dibuat secara muafakat bersama-sama NGO yang berkepentingan di Kampong Bharu. Tak ada sangkut-paut dgn Dr Lo'Lo'. Biasalah dia kena lah mengaku, itu kerja orang politik!

Merujuk kepada isu berkaitan Keanggotaan Perbadanan dalam pindaan RUU, rasional keanggotaan perbadanan pemilik dan pewaris telah ditambah dari dua orang kepada lima orang pula, NGO yang dimaksudkan adalah NGO yang berkepentingan di Kampong Bharu. NGO ini adalah milik pemilik dan pewaris Kampong Bharu.

Kenapa Dr Lo'Lo' pertikaikan bila Kerajaan tambah keanggotaan perbadanan pemilik dan pewaris dari dua orang kepada lima orang? Sepatutnya sebagai wakil rakyat Dr Lo'Lo' kena menyokong, bukan membantah.

Merujuk kepada isu untuk menarik balik RUU yang telah dibentangkan untuk Bacaan Kali Pertama di Parlimen, penarikan balik adalah tidak perlu kerana YB Menteri boleh membuat bacaan kali kedua dengan pindaan atau tanpa pindaan. Oleh itu, Ahli Parlimen Titiwangsa perlu merujuk kepada Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pembentangan Pindaan RUU di Parlimen akan dilakukan setelah pindaan dibuat terhadap RUU Kampong Bharu berdasarkan permohonan daripada NGO yang berkepentingan demi menjaga kepentingan semua pihak terlibat. Tidak timbul sebarang masalah berhubung penetapan tarikh pembentangan Pindaan RUU sebelum pindaan ini siap sepenuhnya kerana pindaan RUU ini dilakukan serentak dengan penetapan tarikh dan akan siap sepenuhnya untuk dibentangkan di Parlimen pada tarikh tersebut."


Tu dia jawapan penuh mengenai isu yang di bangkitkan Lo' Lo'. Nampak sangat dia sebenarnya cuma tahu melolong macam anjing menyalak bukit je padahal habuk pun tarak!!! Kata nak jadi Ahli Parlimen tapi peraturan Parlimen pun jahil? Lepas tu bising sekampung buat tuduhan-tuduhan tak berasas!

Apa kecoh-kecoh ni Lo' Lo'?

1 comment:

  1. tau apa beza mp titiwangsa & mp lembah pantai? xde beza. kuat sgt ambik kredit. huhu... takut x calon utk pru13.

    ReplyDelete