Saturday, June 18, 2011

PKR, DAP, PAS & PILIHANRAYA MASJID YANG TAK 'BERSIH'!!


Apa kecoh-kecoh ni DAP, PAS, PKR & Bersih?

Alhamdulillah, syukur DYMM Agong menjalankan tugas beliau memelihara ugama Islam dengan menitahkan supaya pilihanraya masjid di Pulau Pinang dibatalkan demi mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Yang part tu aku tak nak ulas, yang aku nak ulas ialah tentang perjalanan pilihanraya masjid tu sendiri. Sebenarnya proses mengundi untuk memilih AJK Surau bukan benda baru. Pernah dibuat sebelum ini tetapi secara kecil-kecilan dan bukan menyeluruh. Tetapi ianya mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab. Kawan aku yang bapanya ahli PAS sendiri mengaku benda ni. Masa proses mengundi di surau kawasannya, bapanya panggil kawan-kawan PAS dari serata Selangor untuk datang mengundi. Diorang ni bukannya anak-anak kariah pun, datang surau tu pun tak pernah, tapi datang semata-mata nak memenangkan calon mereka. Lepas undi mereka terus belah, bukannya ambil peduli pun perjalanan surau jadi huru-hara kerana calon yang terpilih bukannya orang yang sesuai menguruskan surau.

Soalan aku untuk DAP dan PAS Pulau Pinang serta Ambiga dan juga Bersih yang kononnya sibuk memperjuangkan pilihanraya yang bersih dan telus:

1. Siapa yang sediakan senarai pengundi untuk pilihanraya masjid?
2. Siapa yang sahkan pengundi tu anak kariah?
3. Adakah orang ramai boleh lihat senarai pengundi awal-awal dan membuat bantahan?
4. Siapa yang akan siasat bantahan?
dan paling penting,
5. Adakah semua aturan pilihanraya ni lengkap dan disebarkan untuk makluman semua seperti yang SPR amalkan?

Aku tak rasa DAP ada buat aturan lengkap macam tu, tapi yang hairannya sekarang DAP, PAS, PKR dan Bersih sibuk-sibuk nak buat bantahan tentang sistem pilihanraya sedangkan SPR dah jalankan tugasnya dengan baik. Kalaulah sistem sekarang ni teruk sangat, macam mana PAS boleh pegang Kelantan sampai bertahun-tahun dan Pakatan Haprak boleh menang Kedah, Selangor dan Pulau Pinang?

Aku rasa DAP & PAS kena cermin diri sendiri dulu. Kalau pilihanraya masjid pun tak telus, apa hak DAP & PAS nak personal SPR?

PKR jangan ceritalah. Pemilihan parti pun huru-hara. Tak percaya, tanya Nurul Izzah. Pemilihan PKR Lembah Pantai sampai bertumbuk, berbaling kerusi hinggakan diorang sendiri kena panggil polis untuk tenteramkan keadaan. Selama ni diorang kutuk polis, kononnya anjing kerajaan, sekali masa pemilihan parti Nurul kena jilat ludah sendiri minta tolong dengan polis. Lawak lawak….

Benda ni semua Bersih pernah kaji tak? Pernah beri komen? Ambiga sendiri geng Pakatan Haprak, takkanlah dia nak kutuk kawan sendiri kan? Bak kata pepatah, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak!!!

Apa kecoh-kecoh ni DAP, PAS, PKR & Bersih?

No comments:

Post a Comment