Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Kelmarin menyaksikan ramai penduduk serta penjaja-penjaja tidak berlesen sekitar Lembah Pantai bersorak keriangan apabila 'soft launch' Bazaria Pantai diadakan. Dengan adanya Bazaria Pantai ini, penduduk yang sebelum ini dilanda masalah kesesakan lalulintas akibat kewujudan gerai-gerai tanpa lesen akan lebih selesa perjalanannya manakala para penjaja tanpa lesen tidak perlu lagi risau akan diambil tindakan penguatkuasaan kerana mereka kini akan ditempatkan secara sah di Bazaria Pantai. Inilah satu lagi bukti keprihatinan Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai memperjuangkan nasib penduduk dan penjaja di Lembah Pantai. Berita lanjut boleh baca di sini.
Tapi dalam kegembiraan penduduk dan penjaja, ada juga suara sumbang yang mempersoalkan projek tersebut. Siapa agaknya? Tak lain tak bukan Nurul Izzah yang kini dah tak senang duduk melihat Dato Raja Nong Chik begitu gigih membela nasib rakyat.
Apa lagi rungutan perempuan meroyan ini agaknya?
"Sementara sy alu2kn gerai2 baru d bkt angkasa, sy persoal ruang yg sebegitu kecil? & samada pbinaan ikut garis panduan."
Itu isu yang ko nak bangkitkan Nurul Izzah? Gerai kecil sangat? Kecil mana agaknya gerai tu? Besar jamban ke? Jom tengok gambar ni,
Laaaaaa. Ni saiz standard untuk gerai. Takda lah kecik macam jamban. Namanya pun gerai, kalau nak besar ko buatkan penjaja ni sorang satu restoran lah, Nurul. Macam ni ke isu yang ko nak bangkitkan Nurul? Nampak sangat ko dah takda modal!!!!!
Nurul cuma tahu buat bising dan buat kecoh macam tin kosong je. Nak selesaikan masalah penduduk dan penjaja? Jangan haraplah!!!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Nurul mahu gerai tu besar spt di Bazar Tok Guru kot!
ReplyDeleteDi PRU13 nanti, Nurul akan kalah teruk.
Tunggu dan lihat ............
Kesian aku dok perati hampa dok bantai Anak Al-Juburi ni. Dia dok kerja keras hampa tak tau. Pagi sesudah subuh, dia basuh kain, matahari naik sikit kena jemoq kain, petang sikit kutip kain, Nak masuk maghrib lipat kain, ... malam pulak kena ANGKAT KAIN... Hampa tak kesian ka...Heheheheheee...
ReplyDeleteSebagai ahli PKR Lembah Pantai dan aktivis reformasi, saya mewakili kawan-kawan sangat sedih dengan handling Nurul Izzah dengan isu-isu Lembah Pantai.
ReplyDeleteSalam tuan, minta tuan linkkan blog saya dalam blogroll tuan. Terimakasih.
Kami dah bagitahu YB Nurul dah pasal budak Fahmi Fadzil ni!
kecil hapanya lagi tu...yg sekupu di POK NiK YG TAK settle2 pasal gerai di Kelantan tu..tak nak bising pulak...berlaga buntut..mahal pulak tu...ada aje salahnya org..salah sendiri tak nampak...
ReplyDelete