Monday, January 7, 2013

DAP & PKR ARAH MAT SABU HALALKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu dan PAS?

Baru sekejap lepas PAS melalui Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man keluarkan kenyataan bahawa PAS menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible tiba-tiba Mat Sabu pula keluarkan kenyataan balas bahawa tak salah untuk orang kafir guna kalimah Allah dalam Bible dan upacara ibadah mereka.

Jom kita imbas balik kenyataan penuh Ketua Penerangan PAS Pusat mengenai isu kalimah Allah. Kenyataan ini disiarkan dalam lidah rasmi PAS, Harakah.

"PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Manakala menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.
PAS melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.
Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.
Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.."

Cuba lihat, dalam kenyataan ini Tuan Ibrahim menyatakan bahawa “PAS berpendirian” dan “PAS melihat”. Ini bermakna bahawa kenyataan Tuan Ibrahim bukan kenyataan peribadi, sebaliknya kenyataan rasmi sebagai Ketua Penerangan PAS dan sudah pastinya pendirian rasmi PAS sendiri!!

Tetapi bila kenyataan rasmi PAS ini dikeluarkan, PKR dan DAP tersentak, sehingga Anwar membuat pengumuman bahawa isu kalimah Allah akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

Selepas selesai Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat, Mat Sabu terus buat kenyataan bahawa tiada masalah untuk orang kafir guna kalimah Allah dalam Bible dan upacara ibadah mereka.

Haiii Mat Sabu… Senangnya PAS nak tukar pendirian. Mula-mula tak boleh guna kalimah Allah, lepas kena gertak dengan DAP & PKR, serta-merta tukar pendirian, tiada masalah untuk orang kafir guna kalimah Allah dalam Bible dan upacara ibadah mereka.

Yang hairannya, macam mana parti sekular macam PKR dan parti cauvinis Cina macam DAP boleh arah PAS untuk tukar pendirian dalam isu yang melibatkan agama Islam? Siapa yang sebenarnya lebih arif tentang agama Islam? PAS yang kononnya parti Islam atau parti sekular macam PKR dan parti cauvinis Cina macam DAP?

Kalau tengok berdasarkan isu ni, nampak gayanya dalam hal Islam pun PAS menikus ikut arahan tauke DAP dan PKR!

Uskup Katolik Dr Paul Tan Chee Ing lega dengan tindakan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang membatalkan pendirian asal seorang pegawai bawahan (merujuk kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man) bahawa golongan Kristian tidak patut menggunakan kalimah Allah untuk Tuhan.

Dan yang paling gembira sudah tentulah golongan bukan Islam.  Memang confirm PAS akan dapat undi mereka dalam PRU akan datang nanti.

Begitulah murahnya nilai maruah Islam di mata PAS. Hanya demi undi & kuasa, maruah Islam digadai.

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu dan PAS? 

3 comments:

  1. Nampaknya amaran PKR dan DAP lebih digeruni olih PAS lalang. Bukankah memberi izin kepada Gereja Keristian menggantikan nama Tuhan penganut Keristian yang tak bernama didalam Bible itu satu bentuk syirik disisi Allah? Apakah tidak seorang pun ahli-ahli PAS yang tahu atau pernah tahu bahawa paderi Gereja Keristian berkeyakinan bahawa Tuhan mereka yang tak bernama itu ada anak?

    Memberi izin kalimah Allah untuk digunakan sebagai Tuhan mereka sama jugak dengan beranggapan bahawa Allah pun ada anak jugak !!! Bukan kah ini menunjukkan PAS menyamai sifat Allah sama taraf dengan manusia dan haiwan? Terpulanglah kepada PAS untuk meletakkan hukum apa?

    Apakah murka DAP dan PKR lebih hebat dan dahsyat dari murka Pencipta sehingga PAS terpaksa menukar pendirian mereka dari boleh menjadi tidak boleh dan sekarang dah boleh pulak? Cuba lihat amaran Allah terhadap mereka yang masih gagal untuk mempercayai bahawa sesungguhnya Allah memang murka.

    Surah Mariam ayat 89 – 92.
    19:89 Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
    19:90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap
    19:91 Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
    19:92 Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.

    Orang Islam terutama rakyat Kelantan harus berhenti bertaklik dengan Ulamak PAS yg ternyata tidak ada pendirian yang tetap itu sebaliknya mereka harus menggunakan akal yang telah Allah anugerahkan. Renung-renungkan syurga dan neraka milik Allah sebenarnya dan bukan milik pemimpin PAS.

    W/sallam

    ReplyDelete
  2. Hadi Awang guna ayat Ali'Imran:64 sebagai perisai beliau utk mempertahankan sokongan PAS untuk penggunaan kalimah Allah untuk kafir laknatullah. Ayat ini berkenaan seruan Nabi Ibrahim kepada Ahli Kitab untuk berpegang kepada satu kalimah iaitu "ALLAH"... tetapi di ayat seterusnya Ali'Imran:65, Allah berfirman "Wahai Ahli Kitab! kenapa kamu berbantah-bantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berfikir?"... maksudnya seruan berpegang kepada kalimah Allah kepada Ahli Kitab umat Nabi Ibrahim ini tidak boleh digunapakai sesudah Taurat dan Injil diturunkan... Allah Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  3. Renunga bersama:
    Sebahagian maksud al-kafiruun,
    " aku tidak meyembah apa yang engkau sembah, engkau tidak meyembah apa yang aku sembah..bagiku agama ku bagimu agamamu"
    Jadi kalau dalam bible kata tuhan mempunyai anak dan kita membenarkan tidak kah orang itu mengiakan perkara itu sedangkan ia tidak begitu..apakah orang itu seakan msetuju ia adalah begitu..kalau mereka nak menggunakan perlu mengakui sifat allah itu tidak seperti apa mereka percaya..mereka memang percaya allah itu tuhan tapi sifat berlainan pula..dan adakah ia tidak mengapa padahal ia ia bukan begitu? adakah orang meng-iakan itu termasuk golongan yag bagaimana? sesiapa boleh sebut nama allah..bila melibatkan ia dlm hal kepercayaan agama masing2 tidak sama. bagaimana hal orang mengiakan ya..padahal dgn tegas allah mengataan ia tidak begitu..orang itu seolah-alah setuju pula..bagaimana ia dimata allah?

    ReplyDelete