Wednesday, April 27, 2011

HARAM BACA SUARA KEADILAN !!!

Apa kecoh-kecoh ni Suara Keadilan?

Baru-baru ni Suara Keadilan keluarkan tajuk berita sensasi - "HARAM BACA UTUSAN, TEGAS DR HARON DIN".

Uisyyy.... Sensasi tuuuu... Bukan senang nak keluar hukum HARAM ni.

Tapi yang lawaknya, tak lama kemudian, Dr Haron Din keluarkan kenyataan berbeza pulak.

Haron Din nafi keluar kenyataan baca Utusan haram


KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.

"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.

"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini.

Jadi secara ringkasnya, Dr Haron Din kata mengeluarkan berita palsu dan berunsur fitnah adalah haram. Dia tak sebut pun mana-mana akhbar secara khusus. Macam mana wartawan Suara Keadilan buat kerja ni? Sedap-sedap je buat fitnah. Patutnya Suara Keadilan yang HARAM dibaca sebab mereka memang kaki fitnah.

Ada sesapa ingat tak Suara Keadilan buat fitnah tuduh Dr Zambry, MB Perak,  sebagai pengganas yang tak dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat?

Sekali Dr Zambry saman, terus kecut telur Suara Keadilan, sampai sanggup siar kenyataan "MOHON MAAF DR ZAMBRY" dan tarik balik fitnah mereka.

Zambry menang kes saman fitnah terhadap Suara Keadilan


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menang kes saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain. Nilai ganti rugi akan ditentukan mahkamah.

Pada 25 Februari lalu, Zambry memfailkan saman fitnah menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan; penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata, artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009 hingga 5 Januari 2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas – Gagal masuk ke Amerika Syarikat” mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa permohonan maaf bertajuk “Mohon Maaf Dr Zambry” dan penarikan balik artikel telah disiarkan dalam akhbar parti keluaran 30 Mac hingga 6 April 2010.


Jadi sekarang dah jelas la sapa kaki fitnah, Suara Keadilan ke, Utusan Malaysia?

Kalau mengikut nasihat Dr Haron Din, penyebar fitnah haram dibaca, maka hukumnya:

HARAM BACA SUARA KEADILAN!!!


Apa kecoh-kecoh ni Suara Keadilan?

1 comment:

  1. suara keadilan memang tak bertanggungjawab...

    mohon linkkan blog saya...

    http://hurairahady.blogspot.com/

    thankss

    ReplyDelete