Baru-baru ni Suara Keadilan keluarkan tajuk berita sensasi - "HARAM BACA UTUSAN, TEGAS DR HARON DIN".
Uisyyy.... Sensasi tuuuu... Bukan senang nak keluar hukum HARAM ni.
Tapi yang lawaknya, tak lama kemudian, Dr Haron Din keluarkan kenyataan berbeza pulak.
Haron Din nafi keluar kenyataan baca Utusan haram
KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar  Suara Keadilan.
Menurutnya,  beliau langsung tidak menyentuh  bahawa membaca Utusan Malaysia haram  sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai  berita-berita yang tersebar di negara ini.
"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita  yang kini tersebar di  media massa dan elektronik.  Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut   secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan  membaca Utusan Malaysia adalah haram.
Jadi secara ringkasnya, Dr Haron Din kata mengeluarkan berita palsu dan berunsur fitnah adalah haram. Dia tak sebut pun mana-mana akhbar secara khusus. Macam mana wartawan Suara Keadilan buat kerja ni? Sedap-sedap je buat fitnah. Patutnya Suara Keadilan yang HARAM dibaca sebab mereka memang kaki fitnah.
Ada sesapa ingat tak Suara Keadilan buat fitnah tuduh Dr Zambry, MB Perak,  sebagai pengganas yang tak dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat?
Sekali Dr Zambry saman, terus kecut telur Suara Keadilan, sampai sanggup siar kenyataan "MOHON MAAF DR ZAMBRY" dan tarik balik fitnah mereka.
Zambry menang kes saman fitnah terhadap Suara Keadilan
KUALA  LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir,  menang  kes saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan  Rakyat  (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain. Nilai ganti rugi akan ditentukan mahkamah.
 Pada 25 Februari lalu, Zambry memfailkan saman fitnah menamakan Dr  Wan  Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden, Dr  Syed  Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan; penerbit akhbar   berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan,   Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata, artikel yang disiarkan   dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009 hingga 5 Januari   2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas – Gagal masuk ke Amerika   Syarikat” mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak   berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.
 Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teruk dan   ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi   menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu   atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.
Defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa permohonan maaf bertajuk “Mohon Maaf Dr Zambry” dan penarikan balik artikel telah disiarkan dalam akhbar parti keluaran 30 Mac hingga 6 April 2010.
Jadi sekarang dah jelas la sapa kaki fitnah, Suara Keadilan ke, Utusan Malaysia?
Kalau mengikut nasihat Dr Haron Din, penyebar fitnah haram dibaca, maka hukumnya:
HARAM BACA SUARA KEADILAN!!!
Apa kecoh-kecoh ni Suara Keadilan?
 
suara keadilan memang tak bertanggungjawab...
ReplyDeletemohon linkkan blog saya...
http://hurairahady.blogspot.com/
thankss