Friday, April 1, 2011

GEMPAR! LIM KIT SIANG HENTAM ANWAR TENTANG ISU VIDEO SEKS

Yang ni memang betul-betul kecoh! Lim Kit Siang hentam Anwar pasal isu video seks! Tak percaya? Sila baca terjemahan petikan ucapan beliau di Parlimen:


"Saya kesal Anwar tidak tahu apa yang betul atau salah dari segi moral. Dia patut tahu dia sedang menunjukkan contoh paling buruk dari segi moral kepada generasi muda rakyat Malaysia.

Inilah mentaliti Anwar Ibrahim. Mereka yang korup tidak dianggap melakukan kesalahan, tetapi mereka yang mendedahkan perkara sebenar pula yang dipersalahkan. Sekarang kita diberitahu bahawa mereka yang terlibat di dalam skandal pornografi ini tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi moral berbanding dengan mereka yang mendedahkan isu ini."


Mesti ada yang kata, mustahil Lim Kit Siang cakap macam ni. Tak percaya jugak? Pergilah baca kat blog Lim Kit Siang sendiri. Ni, aku bagi link terus:


Cuma, ucapan ni bukan pasal skandal seks Anwar tapi skandal seks DP Vijandran, bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Ucapan ni pun sebenarnya disampaikan dalam tahun 1990 bukan baru minggu ni.

Tapi apa yang sebenarnya aku nak tunjuk, ialah DAP ni sebenarnya parti takda prinsip. Opps, silap. Ada prinsip - Prinsip Rampas Kuasa Dengan Apa Juga Cara.

Pada tahun 1990, berkobar-kobar Lim Kit Siang dan Karpal Singh nak dedahkan isu video seks Vijandran, sampaikan Anwar dimaki berbakul-bakul kerana kononnya cuba halang kebenaran. Tapi sekarang, bila keluar video seks Anwar, mereka salahkan Datuk T pulak, sampai persoal kenapa Datuk T tak ditahan dan didakwa kerana memiliki pornografi.

Aikkkkk... Dulu beria-ia bela orang yang dedahkan video seks Vijandran tu, sekarang nak hukum orang yang dedahkan video seks Anwar pulak?

Apa kecoh-kecoh ni Lim Kit Siang?

No comments:

Post a Comment