Sunday, April 3, 2011

SARANAN BERNAS PAS MELAKA: SELANGOR PATUT IKUT!

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Tidak lama dahulu saya pernah terbaca dalam Harakah saranan bernas PAS Melaka kepada kerajaan negeri Melaka. Saya petik sedikit:



PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.

Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.

Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.

Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....

PAS yang tidak mempunyai kuasa di negeri Melaka ini sememangnya hanya pandai bercakap dan menasihat sahaja kerana kami tidak ada kuasa. Namun kita hendaklah merujuk kepada Hadis Nabi....Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman.

Memang bagus saranan PAS Melaka ni. Memang hebat!! Tapi malangnya PAS seperti biasa lebih lantang berkokok tentang pencegahan maksiat di negeri bawah pentadbiran BN tapi malangnya di negeri bawah pentadbiran Pakatan Haprak mereka senyap macam syaitan bisu.

Contoh terbaik ialah di Selangor. 257 RIBU ANAK HARAM SETAHUN! LEBIH 83 KELAHIRAN ANAK HARAM SETIAP HARI!

Kita petik balik nasihat PAS Melaka:

Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.

Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....



Habis tu kat Selangor sapa yang tadbir dan kuasai negeri? BN ke? UMNO ke? TAAAAAAAK!!!! Yang tadbir dan kuasai Selangor ialah Pakatan Haprak di mana ahli utamanya ialah PAS. Exco Agama pun bawah PAS, bukan bawah UMNO. 

Berapa banyak kelab malam, pub, rumah urut, dangdut dan spa dah kerajaan Pakatan Haprak di Selangor tutup? Kalau kita pergi ke Petaling Jaya, Kelang, Kelana Jaya, Subang Jaya, Damansara berapa banyak kelab malam, pub, rumah urut, dangdut dan spa kita boleh jumpa?

Apa peranan PAS dalam kerajaan Selangor? Sekadar jadi syaitan bisu? 

Nak hentikan penjualan arak di Shah Alam, Ronnie Liu & DAP bising sikit, terus tak jadi.

Nak hentikan orang Islam bekerja di premis menjual arak di Subang Jaya, Ronnie Liu & DAP bising sikit, terus tak jadi.

Jadi, relevan lagi ke perjuangan PAS nak menegakkan negara Islam ni? Asyik ikut cakap DAP jer,  sedangkan DAP dah memang terang-terang anti-negara Islam. Kalau macam tu baik bubar terus PAS, ramai-ramai masuk DAP!!!

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

1 comment: