Monday, June 20, 2011

NURUL IZZAH GELOJOH MAKAN BENDA HARAM???



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Kelmarin aku pergi kenduri kahwin kat Pantai Ria, ternampak Nurul Izzah tengah syok melahap kat situ. Aku terkejut juga la, sebab tuan rumah tu AJK UMNO, tapi baik pulak dengan Nurul Izzah. Sedara kot?

Lepas tanya keluarga tuan rumah, baru lah terbongkar rahsia. Tuan rumah tak jemput Nurul Izzah pun!!! Dia  tiba-tiba muncul, lepas tu kecoh-kecoh macam dia VIP, terus sedap melantak kat meja tetamu khas. Padahal tetamu khas sebenar ialah Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekututan & Kesejahteraan Bandar, merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, yang pada masa itu baru sahaja nak beredar.

Tuan rumah tak sampai hati nak halau Nurul Izzah, jadi biarkan je lah dia makan. Mungkin dia kebulur, jadi bila nampak ada makanan, terus dia terpa!!

Isy isy isy.... Ko tak tahu hukum Islam ke Nurul?

Hukum makan kenduri tanpa jemputan

Apabila berkaitan dengan kenduri maka hanya orang yang dijemput oleh tuan rumah sahaja yang boleh datang kenduri tersebut. Maka jawabnya tidak boleh makan kenduri jika tidak dijemput datang.

Selama ni pun, aku memang selalu perasan, bila ada program kemasyarakatan kat Lembah Pantai, memang selalu si Nurul ni pakai langgar je, lepas tu berlagak macam dia VIP majlis, padahal penganjur tak jemput pun. Tapi kita kaya dengan budi bahasa, tak sanggup nak halau dia macam anjing kurap, padahal dia memang layak kena baling dengan selipar je!

Hati hati Nurul!! Selalu sangat makan makanan haram, nanti perut boleh jadi buncit macam Papa!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah???

Saturday, June 18, 2011

PKR, DAP, PAS & PILIHANRAYA MASJID YANG TAK 'BERSIH'!!


Apa kecoh-kecoh ni DAP, PAS, PKR & Bersih?

Alhamdulillah, syukur DYMM Agong menjalankan tugas beliau memelihara ugama Islam dengan menitahkan supaya pilihanraya masjid di Pulau Pinang dibatalkan demi mengelakkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Yang part tu aku tak nak ulas, yang aku nak ulas ialah tentang perjalanan pilihanraya masjid tu sendiri. Sebenarnya proses mengundi untuk memilih AJK Surau bukan benda baru. Pernah dibuat sebelum ini tetapi secara kecil-kecilan dan bukan menyeluruh. Tetapi ianya mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab. Kawan aku yang bapanya ahli PAS sendiri mengaku benda ni. Masa proses mengundi di surau kawasannya, bapanya panggil kawan-kawan PAS dari serata Selangor untuk datang mengundi. Diorang ni bukannya anak-anak kariah pun, datang surau tu pun tak pernah, tapi datang semata-mata nak memenangkan calon mereka. Lepas undi mereka terus belah, bukannya ambil peduli pun perjalanan surau jadi huru-hara kerana calon yang terpilih bukannya orang yang sesuai menguruskan surau.

Soalan aku untuk DAP dan PAS Pulau Pinang serta Ambiga dan juga Bersih yang kononnya sibuk memperjuangkan pilihanraya yang bersih dan telus:

1. Siapa yang sediakan senarai pengundi untuk pilihanraya masjid?
2. Siapa yang sahkan pengundi tu anak kariah?
3. Adakah orang ramai boleh lihat senarai pengundi awal-awal dan membuat bantahan?
4. Siapa yang akan siasat bantahan?
dan paling penting,
5. Adakah semua aturan pilihanraya ni lengkap dan disebarkan untuk makluman semua seperti yang SPR amalkan?

Aku tak rasa DAP ada buat aturan lengkap macam tu, tapi yang hairannya sekarang DAP, PAS, PKR dan Bersih sibuk-sibuk nak buat bantahan tentang sistem pilihanraya sedangkan SPR dah jalankan tugasnya dengan baik. Kalaulah sistem sekarang ni teruk sangat, macam mana PAS boleh pegang Kelantan sampai bertahun-tahun dan Pakatan Haprak boleh menang Kedah, Selangor dan Pulau Pinang?

Aku rasa DAP & PAS kena cermin diri sendiri dulu. Kalau pilihanraya masjid pun tak telus, apa hak DAP & PAS nak personal SPR?

PKR jangan ceritalah. Pemilihan parti pun huru-hara. Tak percaya, tanya Nurul Izzah. Pemilihan PKR Lembah Pantai sampai bertumbuk, berbaling kerusi hinggakan diorang sendiri kena panggil polis untuk tenteramkan keadaan. Selama ni diorang kutuk polis, kononnya anjing kerajaan, sekali masa pemilihan parti Nurul kena jilat ludah sendiri minta tolong dengan polis. Lawak lawak….

Benda ni semua Bersih pernah kaji tak? Pernah beri komen? Ambiga sendiri geng Pakatan Haprak, takkanlah dia nak kutuk kawan sendiri kan? Bak kata pepatah, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak!!!

Apa kecoh-kecoh ni DAP, PAS, PKR & Bersih?

Tuesday, June 14, 2011

LO' LO' TERUS MELOLONG DI KAMPONG BHARU


Apa kecoh-kecoh ni Lo' Lo'? 

Baru-baru ni  Lo' Lo' keluarkan kenyataan membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kg Bharu. Banyak sangat kelemahan, katanya. Macam biasa, dia berlagak jaguh, mengaku bahawa Rang Undang-undang (RUU) penubuhan Perbadanan Pembangunan Kg Bharu dipinda atas desakan beliau. 

Betul ke? Mari kita dapatkan ulasan pihak yang terlibat dalam menggubal Rang Undang-undang tu...

"Pindaan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Bharu (RUU) dibuat bukan sebab desakan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa atau mana-mana individu.

Pindaan dibuat atas permintaan pemilik dan pewaris Kampong Bharu semasa sessi pembentangan dan penerangan pertama kepada mereka mengenai RUU Perbadanan Kampong Bharu. Selain itu, pindaan juga dibuat secara muafakat bersama-sama NGO yang berkepentingan di Kampong Bharu. Tak ada sangkut-paut dgn Dr Lo'Lo'. Biasalah dia kena lah mengaku, itu kerja orang politik!

Merujuk kepada isu berkaitan Keanggotaan Perbadanan dalam pindaan RUU, rasional keanggotaan perbadanan pemilik dan pewaris telah ditambah dari dua orang kepada lima orang pula, NGO yang dimaksudkan adalah NGO yang berkepentingan di Kampong Bharu. NGO ini adalah milik pemilik dan pewaris Kampong Bharu.

Kenapa Dr Lo'Lo' pertikaikan bila Kerajaan tambah keanggotaan perbadanan pemilik dan pewaris dari dua orang kepada lima orang? Sepatutnya sebagai wakil rakyat Dr Lo'Lo' kena menyokong, bukan membantah.

Merujuk kepada isu untuk menarik balik RUU yang telah dibentangkan untuk Bacaan Kali Pertama di Parlimen, penarikan balik adalah tidak perlu kerana YB Menteri boleh membuat bacaan kali kedua dengan pindaan atau tanpa pindaan. Oleh itu, Ahli Parlimen Titiwangsa perlu merujuk kepada Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pembentangan Pindaan RUU di Parlimen akan dilakukan setelah pindaan dibuat terhadap RUU Kampong Bharu berdasarkan permohonan daripada NGO yang berkepentingan demi menjaga kepentingan semua pihak terlibat. Tidak timbul sebarang masalah berhubung penetapan tarikh pembentangan Pindaan RUU sebelum pindaan ini siap sepenuhnya kerana pindaan RUU ini dilakukan serentak dengan penetapan tarikh dan akan siap sepenuhnya untuk dibentangkan di Parlimen pada tarikh tersebut."


Tu dia jawapan penuh mengenai isu yang di bangkitkan Lo' Lo'. Nampak sangat dia sebenarnya cuma tahu melolong macam anjing menyalak bukit je padahal habuk pun tarak!!! Kata nak jadi Ahli Parlimen tapi peraturan Parlimen pun jahil? Lepas tu bising sekampung buat tuduhan-tuduhan tak berasas!

Apa kecoh-kecoh ni Lo' Lo'?

Wednesday, June 8, 2011

NURUL SUDAH HABIS MODAL DI LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kelmarin menyaksikan ramai penduduk serta penjaja-penjaja tidak berlesen sekitar Lembah Pantai bersorak keriangan apabila 'soft launch' Bazaria Pantai diadakan. Dengan adanya Bazaria Pantai ini, penduduk yang sebelum ini dilanda masalah kesesakan lalulintas akibat kewujudan gerai-gerai tanpa lesen akan lebih selesa perjalanannya manakala para penjaja tanpa lesen tidak perlu lagi risau akan diambil tindakan penguatkuasaan kerana mereka kini akan ditempatkan secara sah di Bazaria Pantai. Inilah satu lagi bukti keprihatinan Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai memperjuangkan nasib penduduk dan penjaja di Lembah Pantai. Berita lanjut boleh baca di sini.

Tapi dalam kegembiraan penduduk dan penjaja, ada juga suara sumbang yang mempersoalkan projek tersebut. Siapa agaknya? Tak lain tak bukan Nurul Izzah yang kini dah tak senang duduk melihat Dato Raja Nong Chik begitu gigih membela nasib rakyat.

Apa lagi rungutan perempuan meroyan ini agaknya?

"Sementara sy alu2kn gerai2 baru d bkt angkasa, sy persoal ruang yg sebegitu kecil? & samada pbinaan ikut garis panduan."

Itu isu yang ko nak bangkitkan Nurul Izzah? Gerai kecil sangat? Kecil mana agaknya gerai tu? Besar jamban ke? Jom tengok gambar ni, 





Laaaaaa. Ni saiz standard untuk gerai. Takda lah kecik macam jamban. Namanya pun gerai, kalau nak besar ko buatkan penjaja ni sorang satu restoran lah, Nurul. Macam ni ke isu yang ko nak bangkitkan Nurul? Nampak sangat ko dah takda modal!!!!!

Nurul cuma tahu buat bising dan buat kecoh macam tin kosong je. Nak selesaikan masalah penduduk dan penjaja? Jangan haraplah!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?


Thursday, June 2, 2011

BILA NURUL KENCING BERDIRI......


Apa kecoh-kecoh ni Fahmi?

Semalam terpampang luas di dalam media, Fahmi Fadzil, Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan dan juga Setiausaha Politik Nurul Izzah terpaksa mohon maaf melalui Twitter kerana membuat kenyataan berunsur fitnah melalui Twitter kepada sebuah syarikat penerbitan. Beliau terpaksa memohon maaf sebanyak 100 kali dan setiap permohonan maaf tersebut perlu dikeluarkan dalam Twitter setiap setengah jam. Jika tidak, tindakan Mahkamah akan diambil.

Berita lanjut boleh baca di sini. Flying Kick pun turut ulas isu yang sama.

Tu lah Fahmi. Jangan nak suka-suka fitnah orang. Bila gertak sikit terus kecut telur macam anjing bercawat ekor.

Macam ni ke perangai Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Politik Nurul Izzah yang patut kita contohi? Kita tahulah ko anak didik Nurul Izzah, tapi takkanlah sebab Nurul Izzah pun kaki fitnah, kaki kelentong, kaki temberang, ko pun nak ikut sama jadi kaki fitnah, kaki kelentong, kaki temberang? Kalau Ketua Penerangan PKR pun kaki fitnah macam ni, confirm anak-anak buah lagi hebat fitnahnya.

Bak kata pepatah: Bila Nurul kencing berdiri, Fahmi pula kencing berlari....

Apa kecoh-kecoh ni Fahmi?