Tuesday, March 15, 2011

PAKATAN HAPRAK KACAU DAUN DI KG BHARU

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan Haprak?

Semalam geng Pakatan Haprak buat kecoh-kecoh di Kg Bharu. Mereka anjurkan Perhimpunan yang kononnya untuk pemilik tanah Kg Bharu suarakan kebimbangan tentang penubuhan Perbadanan Pembangunan Kg Bharu, tentang kebimbangan hak Melayu akan tergadai.

Yang lawaknya, jumlah hadirin tak sampai 300 orang dan kebanyakannya ahli-ahli Pakatan Haprak sendiri dari luar Kg Bharu.

Yang tak berapa lawaknya, dalam perhimpunan yang kononnya nak perjuangkan nasib Melayu ada pulak wakil-wakil bukan Melayu dari PKR dan DAP yang lantang bersuara kononnya merekalah hero Melayu. Tian Chua dari Batu ada. Lim Lip Eng dari Segambut ada, dan yang paling best, Teresa Kok dari Seputeh pun ada. Teresa Kok yang sebelum ni pernah kecoh pasal azan kat Seputeh tiba-tiba boleh jadi hero Melayu? Hairan bin ajaib sungguh.

Inilah sesungguhnya bukti paling kukuh bahawa Pakatan Haprak bukanlah sebenarnya nak memperjuangkan nasib Melayu. DAP memang jelas memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia di mana semua rakyat Malaysia ada hak yang sama. Maksudnya, tiadalah keistimewaan Melayu!! Tapi tiba-tiba di Kg Bharu, nada lain pula yang dinyanyikan. Boleh percaya ke? Kalau ada juga yang termakan tipu helah Pakatan Haprak ni, maka memang mereka ini orang yang tidak pernah belajar dari sejarah.

Perkahwinan tak sah PAS, PKR dan DAP ni tak lain tak bukan hanya untuk merampas kuasa. tapi persoalannya, macam mana nak tadbir negara bila parti masing-masing ada ideologi yang jauh berbeza? Bila PAS kata nak buat Hudud, Karpal kata ‘langkah mayat aku dulu”!!! Bila Karpal cakap macam tu, PAS terus menikus, tak berani nak cakap apa-apa lagi. Orang macam ni ke yang kita nak beri kepercayaan tadbir negara? Orang yang macam lalang, takda prinsip macam ni ke nak dijadikan pemimpin?

Orang Kg Bharu bukan bodoh. Mereka takkan terpengaruh dengan gimik murahan Pakatan Haprak ni. Mereka akan tunggu dan dengar dulu cadangan Kerajaan baru mereka buat keputusan. Mengapa Pakatan Haprak mati-matian cuba gagalkan usaha Kerajaan nak beri peluang pembangunan kepada penduduk Kg Bharu? Tak lain tak bukan kerana mereka takut, kalau Kg Bharu dimajukan, maka penduduk akan kembali menyokong BN kerana berterima kasih di atas pembangunan yang dinikmati.

Ini pantang besar untuk Pakatan Haprak! Jadi tak kisahlah kalau setengah bahagian Kg Bharu tu macam kawasan setinggan, tak kisahlah kalau ada rumah-rumah yang uzur sampai nak menyembah bumi, tak kisahlah kalau orang Indonesia lebih ramai dari Melayu di situ; apa yang penting untuk Pakatan Haprak, kuasa kekal di tangan mereka.

Sekarang pilihan di tangan pemilik tanah Kg Bharu. Walau apapun pilihan mereka, Kerajaan akan akur dengan keputusan yang dibuat kerana tanah mereka adalah hak mereka. Tapi kalau lepas ni baru nak menyesal tak sudah, menangis tak berlagu sebab kecewa dengan persekitaran sedia ada, tanyalah balik dengan Pakatan Haprak, apa mereka boleh buat untuk bantu Kg Bharu. Kerana setakat ini apa yang mereka buat tak lain tak bukan hanya nak menjahanamkan masa depan Melayu sahaja.

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan Haprak?

No comments:

Post a Comment