Thursday, March 17, 2011

BIBLE, DAP & PAS

Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Baru-baru ni kecoh pasal isu penahanan Bible Bahasa Melayu. Sekarang ni Kementerian Dalam Negeri dah lepaskan tapi kena cop "‘Al-Kitab Berita Baik’ ini untuk kegunaan penganut agama Kristian sahaja dengan perintah Menteri Dalam Negeri". Itupun DAP dengan persatuan gereja tak puas hati lagi. DAP kata cop tu sendiri adalah satu penghinaan kepada penganut Kristian. DAP kata Kerajaan takda hak nak kawal agama Kristian di Malaysia.

Masalahnya DAP macam buat-buat lupa, penyebaran agama lain kepada penganut Islam tu dilarang di bawah undang-undang. Jadi, cop tu sekadar ingatan, jangan sampai Bible Bahasa Melayu digunapakai sebagai bahan berdakwah kepada orang Melayu beragama Islam. Itupun susah nak faham kaa?

Dalam hal ini ABIM pun dah suarakan pandangan membantah pengedaran Bible Bahasa Melayu ni. Tapi yang lebih penting, kita nak tahu, apa pendirian PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam?

Haaaaaaa kawan-kawan, nampaknya PAS tak kisah Bible Bahasa Melayu ni disebar secara meluas. Tak percaya? Pergi tanya Khalid Samad!!! Dia dah keluar kenyataan kata takda masalah sebenarnya kalau Bible Bahasa Melayu dibiar lepas dan disebar merata-rata. Macam mana pulak Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi Awang? Setakat ni diam aje, tapi kata orang, diam tu tanda setuju. Jadi confirmlah PAS bersetuju dengan pandangan DAP sepertimana yang disuarakan oleh tokoh besar PAS sendiri, YB Khalid Samad.

Apa pulak kata penyokong PAS? Kalau semuanya diam, memang betul lah semua setuju dengan pandangan DAP dan Khalid Samad ni.

Ni lah lagi satu bukti jelas bahawa PAS sanggup mengiyakan semua kenyataan DAP demi kepentingan politik semata-mata. Mana pergi sensitiviti terhadap agama Islam? Semua tu tolak tepi, yang penting jangan sakitkan hati DAP, kawan tidur sekatil.

Macam mana ni PAS?

No comments:

Post a Comment