Monday, March 21, 2011

BUKAN SAYA!!! BUKAN SAYA!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nuar?

Semalam kecoh sebab ada sidang media nak tunjuk bukti video seks pemimpin Pakatan Haprak.Tak kisahlah itu semua, yang penting bila ada bukti kukuh barulah rakyat boleh nampak dengan jelas perangai sebenar pemimpin Pakatan Haprak tu.

Tapi yang lawaknya, sebelum mula sidang media, sebelum video tu ditunjukkan kepada wartawan, sebelum nama pemimpin Pakatan Haprak yang terlibat tu disebut - pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak dah sibuk buat pengumuman dalam Facebook dan Twitter bahawa orang yang ditunjukkan dalam video tu bukan Anwar Ibrahim dan video tu adalah palsu.

Aikkk!!! Hairan bin ajaib sungguh. Kalau videonya pun belum diorang tengok, kalau nama pemimpin yang dimaksudkan tu pun belum disebut, macam mana diorang tau pelakon porno tu si Anwar Ibrahim?

Adoiii... Terkantoi sudahhh!! Kot ye pun nak nafi, tunggulah dulu sampai habis sidang media, sampai tuduhan dibuat. Nampak sangat gelojoh, cepat-cepat nak nafi. Nampak sangat rasa bersalah. Nampak sangat memang dia yang buat benda tuuuuut tu.

Orang tak sempat kata apa-apa, dia dah awal-awal dok panjat pokok keliling kampung, jerit kuat-kuat, "Bukan saya!! Bukan saya!!"

Hahahahahahaha... Lawak sungguh kamu ni Nuar....

Apa kecoh-kecoh ni Nuar?

1 comment:

  1. Hahaha! Tahniah Adi Kencana. Memang betul pun, macam mana boleh nafi kalau tengok pun tidak. Nampak sangat kebenaran tak penting bagi Pakatan Rakyat. Semua politik bro!

    ReplyDelete