Monday, April 8, 2013

NURUL IZZAH GUNA MALAYSIAKINI UNTUK FITNAH RAJA NONG CHIK


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Nampak sangat si Nurul dah gerun dengan bayang Raja Nong Chik, sampai habis dikerahnya Malaysiakini untuk tabur fitnah kepada Raja Nong Chik!!

Apa fitnah terkini Malaysiakini?

Malaysiakini buat fitnah kononnya semasa jadi Menteri, Dato’ Raja Nong Chik ada syarikat luar pesisir bertujuan untuk mengelakkan cukai dan menjalankan urusniaga haram.

Tetapi Malaysiakini kantoi kerana sebelum artikel tu keluar, Dato’ Raja Nong Chik dah hantar secara BERTULIS jawapan kepada Malaysiakini menegaskan bahawa syarikat itu dibuka oleh bapanya SEBELUM Dato’ Raja Nong Chik menjadi Menteri dan juga ditutup SEBELUM Dato’ Raja Nong Chik menjadi Menteri.

Syarikat ditutup kerana pelaburan yang dirancangkan tak sesuai untuk dilaksanakan, maka ianya ditutup TANPA MELAKUKAN SEBARANG TRANSAKSI! Kalau dah ditutup tanpa sebarang transaksi, macam mana boleh Malaysiakini tuduh Dato’ Raja Nong Chik menjalankan urusniaga haram? Aku ulang semula, TAKDA SEBARANG URUSNIAGA PUN DIBUAT. Itupun Malaysiakini tak faham? Jawapan bertulis pun Malaysiakini tak boleh baca?

Nampak sangat Malaysiakini ada agenda untuk memburukkan nama baik Dato’ Raja Nong Chik. Walaupun dah ada jawapan bertulis, Malaysiakini langsung tidak mengendahkan fakta sebenar dan dengan sewenang-wenangnya menerbitkan fitnah.

Boleh baca sendiri Kenyataan Media Dato’ Raja Nong Chik menyelar tindakan tidak beretika dan berniat jahat dari Malaysiakini.

Kenyataan Media Dato' Raja Nong Chik

Artikel Malaysiakini bertarikh 5 April 2013 bertajuk “Politicians among 1,500 who own offshore companies” yang memetik nama saya dan secara tidak langsung menyentuh pemilikan dan pembabitan saya di dalam sebuah syarikat luar pesisir (offshore company), RZA International Corporation adalah dirujuk.

Saya ingin menjelaskan bahawa permohonan Malaysiakini bertarikh 29 Mac 2013 melalui email mengenai RZA International Corporation telah dijawab dan dijelaskan oleh saya pada 2 April 2013 seperti  fakta-fakta di bawah;

1.    RZA International Corporation ditubuhkan oleh bapa saya, Raja Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik pada 21 Ogos 2007.

2.    Bapa saya menubuhkan syarikat berkenaan untuk membuat pelaburan luar pesisir yang sah untuk keluarganya.

3.    RZA International Corporation kemudiannya ditutup kerana ia tidak menjalankan sebarang pelaburan luar pesisir.

Walaubagaimanapun, fakta-fakta tersebut telah diputar belit oleh pihak Malaysiakini dengan melaporkan bahawa “Raja Nong Chik set up RZA International Corporation with his father, Raja Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik, a number of his sisters and brothers as well as other family members (Raja Nong Chik menubuhkan RZA International Corporation bersama bapanya, Raja Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik, beberapa adik-beradiknya dan juga ahli keluarga yang lain). Saya secara jelas telah menyatakan bahawa syarikat tersebut ditubuhkan oleh bapa saya seperti email saya bertarikh 2 April 2013.


Walaupun saya telah menulis kepada mereka, Malaysiakini sekali lagi memutar belit kenyataan saya dengan melaporkan bahawa “The Minister did not elaborate on the offshore investments made by his family through the company”. (Menteri tidak menjelaskan tentang pelaburan luar pesisir yang dibuat oleh keluarganya menerusi syarikat tersebut) sedangkan saya telah menyatakan dengan jelas bahawa syarikat tersebut TIDAK membuat sebarang pelaburan luar pesisir. 

Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua pihak kerana Malaysiakini telah memburukkan dan mencemarkan nama baik bapa saya dengan menggambarkan bahawa bapa saya terlibat dengan “wang haram”, “pengelakan cukai” dan “transaksi tidak sah” semata-mata untuk memberikan kelebihan kepada calon mereka di dalam pilihan raya yang akan datang.. Ini jelas menunjukkan sikap tidak beretika dan niat jahat Malaysiakini dengan memutarbelit fakta dalam pelaporan mereka yang seterusnya merupakan satu percubaan untuk mendapatkan kelebihan politik.

Bapa saya memulakan perniagaannya pada tahun 1974 dan seterusnya menubuhkan Kumpulan RZA Sdn Bhd pada tahun 1979. Beliau membina perniagaan keluarga ini dengan penuh dedikasi, komitmen dan usaha yang gigih. Beliau juga telah membuat pilihan untuk mengagihkan harta dan pengurusan pelaburannya kepada semua ahli keluarga.

Pada Ogos 2007, SEBELUM saya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, bapa saya telah membuat keputusan untuk mengagihkan saham RZA International Corporation kepada ibu, adik beradik, anak-anak arwah abang saya dan juga kepada saya. Ini menunjukkan bapa saya seorang ketua keluarga yang pemurah, penyayang serta konsisten dengan apa yang telah diusahakan selama ini dalam Kumpulan RZA Sdn Bhd.

Walau bagaimanapun, tidak ada satupun pelaburan luar pesisir yang dibuat dan pada Disember 2008 (SEBELUM saya menjadi Menteri), bapa saya telah mengarahkan agar RZA International Corporation ditutup. Secara rasminya, RZA International Corporation telah ditutup selepas arahan beliau. Untuk rekod, saya tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham untuk mana-mana syarikat luar pesisir yang lain.

SIRI LAWAK WAKIL RAKYAT PILIHAN RAYA 1 - APAKAH TANDANYA PRU DAH DEKAT?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Wow! Hairan bin ajaib! Macam silap mata bila tengok Nurul Izzah muncul di Lembah Pantai!

Selama ni dia lebih suka makan angin di luar negara sambil memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Nak harapkan Nurul tunjuk muka di Lembah Pantai, jangan mimpilah...

Tapi tiba-tiba dia muncul di Lembah Pantai. Mengapa ya??

Ooooh, PRU dah dekat rupanya...

Itulah wakil rakyat pilihan raya!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Sunday, April 7, 2013

MAHLIGAI ANWAR VS TERATAK RAJA NONG CHIK

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Aku rasa geng-geng Pakatan ni dah habis modal nak burukkan Dato' Raja Nong Chik, last-last sekali dia kutuk Dato' Raja Nong Chik kononnya ada rumah RM15 juta di TTDI. Antara yang giat sebar cerita palsu ni ialah Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil.

Mana datang harga RM15 juta? Saja diorang petik, bukannya ada apa-apa bukti pun. Aku pun boleh buat macam tu, setakat nak letak-letak harga ikut suka hati.

Rumah yang didakwa geng Pakatan kononnya milik Dato Raja Nong Chik.

Tapi kalau betul pun rumah Dato Raja Nong Chik RM15 juta, aku tak heran.

Pasal apa? Sebab sebelum jadi Menteri memang dia dah kaya pun. Dia dari dulu jadi ahli perniagaan yang berjaya. Kejayaannya diiktiraf rakan-rakan usahawan hingga dia dilantik menjadi Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia. 

Rumah ni pula dia beli berpuluh-puluh tahun dulu. Lamaaaaa sebelum jadi Menteri, masa dia jadi ahli perniagaan. Salah ke dia beli rumah hasil titik peluhnya sendiri berniaga?

Korang pernah dengar jenama air con Acson tak? Jenama tu diasaskan oleh syarikat Dato Raja Nong Chik beb. Hebat tu, jenama Malaysia sekarang dah terkenal seluruh dunia dan pengasasnya pula orang Melayu kita. 

Aku rasa bangga beb ada Melayu berjaya macam tu.

Jadi, kalau dia beli rumah mahal pun, memang logik lah.

Tapi aku nak tanya Nurul Izzah, Papa Hebat Anwar beli mahligai ni pakai duit mana beb?





Mahligai tersergam megah macam ni mesti mahal kan? Jauh lagi besar dari rumah Raja Nong Chik! Kawasan eksklusif atas bukit, jauh dari orang, siap ada private road lagi!

Kalau rumah Raja Nong Chik RM15 juta, mahligai Anwar mahu cecah RM100 juta!

Mahligai ni Anwar beli lepas kena penjara 6 tahun kerana meliwat. Sebelum dia dipenjara kerana meliwat, dia cuma jadi Menteri je. Menteri berapa ribu je gaji, macam mana mampu nak beli mahligai mewah macam ni? Mana datang duit beb? Dia bukan ahli perniagaan nak ada simpanan sampai beratus-ratus juta.

Musykil, musykil...

Cuba kita ingat balik. Lepas didapati bersalah kerana meliwat, Anwar kena penjara 6 tahun. Dalam penjara Anwar bukannya dapat gaji. Wan Azizah tak kerja, Nurul Izzah dan anak-anaknya yang lain semua tengah belajar, jadi mana datangnya duit belanja makan? Mana datang duit nak beli mahligai mewah?

Haiiii, takkanlah masa tengah penjara Anwar menang loteri RM1 bilion kan?

Haaaaaa, itulah soalan cepu mas kita hari ini...

APAKAH PUNCA KEKAYAAN MELIMPAH-RUAH ANWAR IBRAHIM?

Siapa dapat beri jawapan yang betul akan dapat pakej melancong ke seluruh dunia menggunakan private jet Anwar dengan syarat mesti bersedia untuk memburukkan nama negara di setiap lokasi yang diliwati.. Opps, sorry, yang dilawati.

Cepat, cepat, jangan ketinggalan hadiah lumayan ini!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE & Anwar? 

Thursday, April 4, 2013

SAMSENG NURUL IZZAH MENGGANAS LAGI DI LEMBAH PANTAI



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Selama ni Nurul Izzah asyik mendabik dada kononnya dialah jaguh kebebasan bersuara. Dia asyik mendabik dada kononnya dia menentang politik ganas. Habis tu mengapa kau hantar samseng untuk mengancam bekas anggota PKR yang sedang mengadakan sidang media?

Eh, apa ceritanya ya?

Begini, baru-baru ini di Lembah Pantai saudara Parthiban, bekas Pengarah Biro Kebajikan & Kemasyarakatan PKR Lembah Pantai sedang mengadakan sidang media di taman Bukit Angkasa mendedahkan penipuan pendaftaran pengundi PKR.

Tiba-tiba Bidin Besi, samseng PKR di Taman Bukit Angkasa yang juga menguruskan Bilik Gerakan PKR Taman Bukit Angkasa muncul dari belakang dan menepuk bahu Parthiban yang sedang mengadakan sidang media. Boleh tengok sendiri wajah Parthiban berubah bila Bidin Besi muncul dan menepuk bahunya. Mengapa? Kerana Parthiban takut dibelasah oleh Bidin Besi dan kuncu-kuncu PKR lain yang dah ramai berkumpul di situ.

Selepas itu, Bidin Besi dengan kuncu-kuncu PKR lain berkumpul di belakang para wartawan dan menjerit kepada Parthiban, “PARTHIBAN!! JANGAN LEBIH-LEBIH!!”

Mengapa Bidin Besi buat begitu? Tak lain tak bukan untuk menakut-nakutkan Parthiban agar tidak membuka pekung Nurul Izzah dan PKR di hadapan wartawan.

Nurul, depan orang ramai kau beria-ia menolak keganasan politik dan menyokong kebebasan bersuara tapi di belakang orang ramai kau pula yang jadi kepala samseng, menghantar kuncu-kuncu kau mengancam Parthiban.

Mana pergi kebebasan bersuara Parthiban? Mengapa kau cuba halang dia dari mendedahkan pekung PKR?

Kau takut tembelang kau pecah ke Nurul sampai beria-ia hantar samseng untuk buat kacau?

Pemimpin macam ni ke orang Lembah Pantai nak?

Depan cakap lain, belakang buat lain. HIPOKRIT!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?


Inilah antara mangsa keganasan politik Nurul Izzah sebelum ini. Adakah Parthiban akan menjadi mangsa seterusnya politik ganas Nurul Izzah?



Wednesday, April 3, 2013

NURUL IZZAH BARU SEKARANG NAK CERITA PASAL PUSAT KHIDMAT RAKYAT LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Kawan-kawan nak tahu tak macam mana rupa wakil rakyat pilihanraya?

Ni lah dia rupanya!! Lepas menang dulu tak pernah turun padang, bila dah dekat pilihanraya baru nampak muka di kawasan.

Baru-baru ni dia berbangga sebab berjaya tulis artikel bertajuk Pusat Khidmat Lembah Pantai dan kejayaan maha gemilangnya itu terus dicanangnya ke seantero dunia menerusi Facebook dan Twitter.

Dia ingat bila dia tulis pasal Pusat Khidmat orang akan puji dia, tapi last-last kena kutuk. Eh, pasal apa kena kutuk?

Boleh baca sendiri komen dari pengikut Twitter beliau.



Abol (@AbolROY) mempersoalkan Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

"Parlimen dah nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk)."

"Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat.," kecam beliau.

Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.

Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.  “Nurul, baru nak cerita pasal pusat khidmat? Sekian lama jadi YB, baru hari ni nak cerita, u demam eh?”

Menurut Adam Reza pula (@adam_reza), bila ditanya abang jual burger di Pusat Khidmat Nurul Izzah, ini komen beliau, “Saya pernah nampak Nurul Izzah turun dua kali je kat sini.”


TU DIAAA!!



5 tahun jadi wakil rakyat, baru dua kali turun Pusat Khidmat?

Kalau kau tanya orang Lembah Pantai, dari 1000 orang, 1 orang je yang tahu Nurul Izzah ada Pusat Khidmat. Ni baru nak tahu kewujudan, kalau tanya lokasi, 10,000 orang kau tanya, 1 je yang tahu kat mana Pusat Khidmat Nurul.

Aikkk? Dah 5 tahun menang pilihanraya, pasal apa sampai sekarang orang tak tahu Nurul ada Pusat Khidmat?

Haaaaaa, mudah je jawapannya. Jawapannya ialah kerana Pusat Khidmat Nurul hanya indah khabar dari rupa.

Lepas lancar, terus tutup sebab Nurul Izzah sibuk nak keliling dunia untuk buruk-burukkan nama Malaysia.

Bila dia ada kat Malaysia pun, dia jarang turun kawasan, jadi Pusat Khidmat dia pun jadi macam biskut Chipsmore, kejap buka kejap tutup! Tapi biasanya tutuplah.

Cuma sekarang ni je Nurul Izzah luar biasa sibuk berada di kawasan, jadi Pusat Khidmat rakyat dia kembali beroperasi. Pasal apa? Sebab pilihanraya dah dekat beb!

Kalau pilihanraya jauh lagi, jangan haraplah nak tengok batang hidung Nurul, bayang pun tak nampak! Pusat Khidmat dia pun akan terus berkunci sampai berhabuk dan bersawang! Silap-silap dalam tu dah jadi hutan!  


Inilah Pusat Khidmat Nurul. Signboard dah berkarat. Tingkap pun takda langsir. Kalau tengok dalam pejabat, kosong takda perabot. Nampak sangat tak pernah pakai.

Pintu Pusat Khidmat Nurul yang sentiasa berkunci. Kunci pun dah berkarat sebab jarang pakai.

Lagi 10 tahun, kalau Nurul masih terpilih jadi wakil rakyat, macam ni lah agaknya rupa Pusat Khidmat Nurul.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Tuesday, April 2, 2013

NURUL IZZAH SOKONG POLITIK GANAS DI LEMBAH PANTAI

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Baru-baru ni Nurul Izzah merengek dan cuba meraih simpati rakyat kononnya beliau menjadi mangsa politik ganas.

Apa insiden-insiden yang dijadikan contoh?
  1. Adam Adli kena tumbuk di Flat 4 Tingkat Kerinchi
  2. Penyokong PKR kena baling batu dan telur
Ok, mari kita kaji insiden ni satu persatu.

Adam Adli kena tumbuk di Flat 4 Tingkat Kerinchi

Adam Adli kena tumbuk pasal dia cuba menghalang kerja-kerja pembangunan semula flat 4 Tingkat Kerinchi yang telah dipersetujui oleh 437 keluarga Melayu di situ. Yang tak setuju dek terpengaruh dengan hasutan Nurul Izzah ada 34 orang.

Untuk menghalang pembangunan semula, Nurul Izzah angkut Adam Adli untuk buat kacau.

Siapa Adam Adli? Dia bukan orang KL, dia bukan orang Lembah Pantai, malahan Flat 4 Tingkat Kerinchi pun dia tak pernah jejak sebelum ni. Mengapa tiba-tiba dia muncul?

Samseng Cina yang dibawa Nurul Izzah menceroboh Flat 4 Tingkat Kerinchi, kawasan 100% Melayu

Samseng India yang dibawa Nurul Izzah menceroboh Flat 4 Tingkat Kerinchi, kawasan 100% Melayu

Tengok gambar-gambar ni. Selain dari orang luar seperti Adam Adli, mengapa Nurul Izzah bawa masuk samseng-samseng Cina dan India untuk buat kacau di kawasan yang penduduknya 100% Melayu?

Dek bengang dengan aksi liar Adam Adli, maka akhirnya penduduk hilang sabar dan menghalau dia keluar.

JADI SIAPA SEBENARNYA YANG AMALKAN POLITIK GANAS?

Penyokong PKR kena baling telur dan batu

Insiden bermula bila penyokong PKR bertindak ganas terhadap penyokong UMNO. Bila dah kena baling batu, penyokong UMNO balas balik lah. Lihat sendiri kecederaan yang dialami adik Saiful. 7 jahitan di dahi beb. 
Wajah adik Saiful yang menjadi mangsa keganasan samseng PKR

Kesian adik Saiful dapat 7 jahitan kerana keganasan samseng PKR

Boleh baca sendiri twit dari saksi-saksi


JADI SIAPA SEBENARNYA YANG AMALKAN POLITIK GANAS?



Keganasan Pakatan tak terhad di Lembah Pantai sahaja, Zulkifli Noordin semasa berceramah di Selangor, penyokong Pakatan serbu naik pentas halang dia berceramah.


Semasa di Permatang Pauh Zulkifli Noordin dilontar dengan telur dan batu oleh penyokong Pakatan. Orang yang nak pergi ceramah diludah oleh penyokong Pakatan. Tayar motor dan kereta dipancitkan.

JADI SIAPA SEBENARNYA YANG AMALKAN POLITIK GANAS?

Semasa di perhimpunan Bersih, kereta polis dibaling lepas tu diterbalikkan. Wartawan juga dipukul peserta perhimpunan Bersih dan banyak lagi aksi liar dan ganas dipamerkan.

JADI SIAPA SEBENARNYA YANG AMALKAN POLITIK GANAS?

Masih tak percaya Pakatan amalkan politik ganas?

Tengok sendiri kat Pemilihan PKR.

Pemilihan Lembah Pantai bergaduh sampai bertumbuk dan baling kerusi hingga akhirnya mereka terpaksa panggil polis. Bayangkanlah, selama ni dia panggil polis 'ANJING', akhirnya dia sendiri panggil polis nak minta tolong.



Gaduh di pemilihan PKR Kelang
Kertas undi yang ditaburkan ahli PKR yang tak puas hati

 
Gaduh di pemilihan PKR Puchong

Gaduh di pemilihan PKR Sabak Bernam sampai berbaling kerusi. Mamat sorang tu sampai berbalut kepala sebab berdarah kena pukul.

 JADI SIAPA SEBENARNYA YANG AMALKAN POLITIK GANAS?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Monday, April 1, 2013

PAKATAN TERDESAK GUNA VIDEO ZULKIFLI NORDIN HINA HINDU SEMASA DALAM PAS



Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Nampak sangat terdesak geng-geng Pakatan ni sehingga video Zulkifli Nordin 10 tahun dahulu semasa dalam PAS digunakan semula untuk burukkan Kerajaan sekarang.

Kecoh geng-geng Pakatan kononnya Zulkifli Nordin hina Hindu dan mereka terus mendesak Kerajaan mengambil tindakan terhadap Zulkifli Nordin. Mari kita tanya Zulkifli Nordin, betul ke dia hina Hindu?

Apa jawab Zulkifli Nordin?

“Mereka sedang berhadapan dengan banyak isu jadi mereka perlu alihkan isu. Main cerita lama yang pada saya video ni makan mereka balik. Sebenarnya itu adalah ceramah depan orang PAS di dalam markas PAS. Memang betul saya buat kenyataan tu tapi kenyataan tu saya buat 10 tahun dahulu semasa kuliah di markas PAS, di hadapan penyokong PAS.

Mereka cuba nak buat isu hinggakan video 10 tahun dahulu pun dikorek balik, tapi isu ni kena balik pada mereka kerana ia membuktikan selama ni PAS memang ekstrem dan bersifat perkauman.”

TU DIAAAA…

Kena balik Pakatan..

DUSH! DUSH! DUSH!

KNOCK OUT!!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?