Saturday, September 22, 2012

ANWAR KENCING PAS LAGI DI LABUAN?



Apa kecoh-kecoh ni Anwar dan PAS?

Aku kesian betul tengok nasib PAS dalam Pakatan pembangkang ni. Walaupun mereka kononnya parti yang memperjuangkan Islam, tapi di Selangor dan Pulau Pinang, Exco Agama Islam di pegang oleh PKR. Hatta, jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang pun dipegang oleh PKR.

Bila nak buat hudud pun DAP selamba je kutuk dan PAS langsung tak berani nak balas penghinaan DAP.

Nampak sangat PAS ni langsung tak dihormati oleh parti-parti lain dalam Pakatan pembangkang.

Dan terkini di Labuan, PAS terus dikencing oleh Anwar Ibrahim.

Sebelum ini pada 6 September, PAS WP dah umumkan bahawa calon PAS akan bertanding di Labuan. Perkara ini telah dipersetujui oleh semua komponen Pakatan.

It’s decided – PAS for Labuan


LABUAN 6 Sept: PAS will contest in the duty free Labuan parliamentary constituency and the decision is ‘final’.

Speaking to reporters here, Federal Territories PAS Commissioner Mohamad Noor Mohamad said – in no uncertain terms – that the Presidential Council of Pakatan Rakyat “had decided on this”.

He said the party will field a candidate for the Labuan parliamentary constituency in the 13th general election and that the name of the individual will be submitted to the party president soon for approval.

“The Presidential Council of PR (Pakatan Rakyat) has decided that for state seats, the State PR (Pakatan) Councils will decide.

“The three leaders of the council from PAS, PKR and DAP had agreed for the Labuan seat to be contested by PAS,” he said.

Mohamad reiterated that the decision by the Presidential Council was made on Aug 18 and that a letter to effect was issued regarding the seat distribution.

“So it is clear that PAS will stand here in Labuan,” Mohamad said.

Muktamad - PAS akan bertanding di Labuan

LABUAN 6 Sept: PAS akan bertanding di kerusi Parlimen Labuan dan keputusan itu adalah 'muktamad'.

Bercakap kepada pemberita di sini, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata – dengan penuh kepastian - bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat "telah membuat keputusan mengenai perkara ini".

Beliau berkata parti itu akan meletakkan calon untuk kerusi Parlimen Labuan dalam pilihan raya umum ke-13 dan nama individu akan diserahkan kepada presiden parti tidak lama lagi untuk kelulusan.

"Majlis Presiden PR (Pakatan Rakyat) telah memutuskan bahawa bagi kerusi negeri, Majlis PR (Pakatan) Negeri akan menentukan pembahagian kerusi.

"Ketiga-tiga pemimpin majlis dari PAS, PKR dan DAP telah bersetuju kerusi Parlimen Labuan akan dipertandingkan oleh PAS," katanya.

Mohamad mengulangi pendirian beliau bahawa keputusan oleh Majlis Presiden mengenai perkara ini telah dibuat pada 18 Ogos dan surat yang mengesahkan mengenai pengagihan kerusi telahpun dikeluarkan.

"Jadi jelas bahawa PAS akan bertanding di kerusi Parlimen Labuan," kata Mohamad.

Tapi yang lawaknya, bila Anwar turun ke Labuan pada 15 September baru-baru ni, dia telah mengumumkan bahawa Ibrahim Menudin yang baru menyertai PKR adalah calon yang bakal bertanding kerusi Parlimen Labuan.

Haiiii…. Pada 6 September, beria-ia PAS bertegas bahawa mereka akan bertanding di Labuan. Kononnya perkara ini telah diputuskan oleh pimpinan Pakatan di peringkat pusat dan negeri, surat pengesahan pembahagian kerusi pun dah dikeluarkan, cuma tunggu pengesahan nama calon sahaja.

Tapi seminggu selepas tu, bila Anwar turun Labuan, lain pula jadinya. Orang PKR yang bakal jadi calon, bukannya orang PAS!!!

Kena kencing lagi PAS!! Dah bersetuju semasa perbincangan, dah keluar surat pengesahan tapi akhirnya ikut suka Anwar lah siapa dia nak jadikan sebagai calon. PAS jangan bising-bising, dok diam-diam cukup.

Mengikut sumber aku di Labuan, semasa Anwar buat pengumuman ni, berubah muka pemimpin PAS tempatan yang turut hadir dalam majlis tu. Geng-geng PAS yang tengah syok dengar ceramah pun ramai-ramai keluar sebagai tanda tak puas hati.

Berat nampaknya peluang Pakatan di Labuan. Nak pilih calon pun bergaduh sesama sendiri, ditambah pula dengan rekod baik Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar yang sering turun padang ke Labuan.

Sekarang aku nak tengok, apa tindakan pimpinan PAS Pusat terhadap Anwar Ibrahim yang jelas langsung tidak menghormati kedudukan PAS sebagai rakan kongsi dalam Pakatan.

Kalau ikut rekod sebelum ni, aku yakin pimpinan PAS Pusat akan terus bersikap bacul dan berdiam diri sahaja.

Dan Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh akan terus ketawa besar melihat tingkahlaku PAS yang bagaikan lembu dicucuk hidung, sentiasa patuh dengan arahan PKR & DAP.

Apa kecoh-kecoh ni Anwar dan PAS? 

No comments:

Post a Comment