Wednesday, September 19, 2012

NURUL IZZAH KECAM LANGKAH KERAJAAN BANTU RAKYAT CEGAH JENAYAH MELALUI TABUNG KESELAMATAN 1WILAYAH



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ini Nurul Izzah telah mengecam langkah Kerajaan membantu rakyat melalui Tabung Keselamatan 1Wilayah.

Apa dia Tabung Keselamatan 1Wilayah ni?

Tabung Keselamatan 1Wilayah Persekutuan ditubuh

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan menubuhkan Tabung Keselamatan 1Wilayah Persekutuan untuk membantu penduduk menyedia, mempertingkat dan membaik pulih kemudahan keselamatan di kawasan perumahan.

Menteri berkenaan Dato Raja Nong Chik Dato Raja Zainal Abidin berkata, ia merupakan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah jenayah seperti rompak, samun dan pecah rumah.

Beliau berkata, dana tabung itu akan digunakan untuk membantu penduduk menyediakan pagar halangan keselamatan, kamera litar tertutup, sistem talian setempat, pos pengawal, lampu jalan, cermin keselamatan selain program kesedaran keselamatan bersama penduduk.

Aik, benda baik macam ni pun Nurul nak kecam?

Mengapa Nurul nak kecam perkara baik macam ni?

Tabung Keselamatan 1Wilayah bukti BN gagal cegah jenayah, kata PKR

 KUALA LUMPUR, 18 Sept — PKR melihat tindakan kementerian Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar (KWPKB) mewujudkan Tabung Keselamatan 1Wilayah adalah bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menunaikan tanggungjawab mereka menyelesaikan isu keselamatan dan mencegah kegiatan jenayah.


Naib Presiden parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu, Nurul Izzah Anwar menegaskan, langkah itu tidak akan berjaya menyelesaikan isu peningkatan kadar jenayah. 

Kalau kita analisa kenyataan Nurul ni, maknanya kalau Kerajaan umumkan sebarang inisiatif untuk bantu mencegah jenayah, maka ianya adalah bukti bahawa Kerajaan gagal mencegah jenayah?

Poning kopalo den dengar logik berbelit dari Nurul Izzah ni.

Kalau macam tu baik Kerajaan tak payah buat sebarang inisiatif untuk mencegah jenayah, sebab menurut Nurul, semua inisiatif itu adalah bukti kegagalan Kerajaan BN. Kalau ikut Nurul, semua inisiatif ni takkan berjaya mengurangkan kadar jenayah! Kalau ikut logik Nurul ni, Kerajaan dok diam goyang kaki lagi bagus kot?

Agaknya Nurul ingat, kalau Kerajaan tak buat apa-apa, kadar jenayah akan turun secara sendiri ke?

Patutnya langkah bagus macam ni disokong oleh semua orang, tak kiralah dari penyokong Kerajaan atau pembangkang kerana ianya bertujuan baik untuk mencegah jenayah.

Ini tak, benda baik macam ni pun Nurul kutuk habis-habisan. Tapi dia sendiri takda pulak bagi penyelesaian. Apa yang dia tahu cuma kutuk, caci, maki, cerca, hina, bangkang, spin, fitnah. Patutpun dia dapat gelaran Betina BSF (Bangkang, Spin, Fitnah).

Macam ni ke jenis orang yang penduduk Lembah Pantai mahukan sebagai pemimpin?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

No comments:

Post a Comment